Borang Permohonan Rumah PPRT 2023 & Cara Memohon Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin ppr secara online
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Malaysia tidak mahu setiap isi rumah terlepas daripada memiliki rumah sendiri. Samada rumah mewah atau rumah mampu milik untuk isi rumah di Malaysia. Baik yang kaya mahupun yang miskin tegar.
Itu sebablah kerajaan Malaysia memperkenalkan program ppr. Ya miskin tegar, golongan berpendapatan rendah pun ada peluang untuk memiliki rumah mampu milik untuk mereka.
Selain itu ada juga dibuka borang permohonan rumah mesra rakyat 2023 dan rumah mampu milik johor 2023 untuk anda.
Kerjasama jabatan perumahan negara dan lembaga perumahan negeri, kerajaan mahu menawarkan permohonan kepada lebih banyak bantuan rumah pprt dengan bina lebih banyak unit rumah untuk rakyat mohon di bawah projek ini meliputi negeri Sabah sarawak Selangor Johor Perlis Melaka Terengganu Kelantan Pahang Perak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL Pulau Pinang Penang dan negeri Sembilan
Cara Memohon Rumah pprt 2023 Online
Yang bagusnya sekarang ini, sistem permohonan online telah diwujudkan bagi memudahkan anda membuat membuat permohonan rumah ppr online. Cara mohon rumah pprt kami kongsikan seperti di bawah ini:
- BACA SINI >> pengecualian duit setem rumah
- BACA SINI >> projek perumahan melaka
1) Pendaftaran rumah pprt perlu dilakukan terlebih dahulu melalui klik pautan ini, sprn.kpkt.gov.my/user/register
2) Setelah anda verifikasi proses pendaftaran termasuk isi no kad pengenalan anda, anda perlu login semula dan mula mengisi makumat yang diperlukan selengkapnya.
- BACA SINI: Sunway belfield: Invest Dekat Property Menara Merdeka PNB 118
Ini termasuklah memilih skim yang anda inginkan, melengkap info terkini berkaitan diri anda sebagai pemohon, memilih projek yang anda mahu tinggal kelak, menyertakan juga dokumen tambahan yang telah disahkan. Semuanya boleh dilakukan melalui sistem permohonan rumah ppr online ini.
BACA SINI: FAQ dan Panduan Lengkap Cara Isi Borang Permohonan
Syarat Permohonan PPR
Sila semak syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan untuk isi borang permohonan rumah ppr samada skim disewa dan dimiliki samada di sabah sarawak pulau pinang Penang kelantan terengganu pahang Johor, Kedah Perlis Perak Selangor Labuan Kuala Lumpur Kl dan Putrajaya Negeri Sembilan
Syarat Kelayakan Skim Rumah Sewa PPR
- Pastikan anda warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Anda terdiri kalangan golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pastikan juga anda tidak ada rumah sendiri atau belum memiliki rumah sendiri pada ketika anda ingin memohon skim ini
- Anda juga perlu patuh, syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing
Skim Beli Rumah PPRT
- Anda mestilah terdiri dari kalangan warganegara Malaysia
- Pastikan umur anda tidak kurang dari 18 tahun
- Gaji dan pendapatan anda setiap bulan tidak melebihi RM3,000
- Pastikan juga anda tidak ada rumah sendiri pada ketika anda ingin memohon skim ini
- Anda juga perlu patuh, syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing
Contoh Rumah PPR 2023
Anda 2 jenis Projek Perumahan Rakyat PPR yang ditawarkan iaitu rumah pangsa atau rumah flat untuk yang mahu tinggal di kawasan bandar. Tetapi yang boleh tinggal di pinggir bandar ada rumah teres untuk anda pilih dan tinggal.
Yang menariknya, setiap kawasan rumah pprt disediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan keluasan tidak kurang 700 kaki persegi. Ada disediakan juga ruang tamu dan ruang dapur untuk kelesaan anda semua.
Tidak cukup dengan itu, kemudahan seperti surau, ruang niaga, tempat longgokan sampah, tadika, kawasan permainan dan juga dewan komuniti turut disediakan untuk kegunaan anda semua
Harga Rumah PPR
- Jika anda ambil skim sewaan bulanan. Anda hanya perlu bayar serendah RM124 sebulan sahaja.
- Manakala yang mahu beli terus unit di bawah projek ppr, boleh dapatkan dengan senarai harga RM35 ribu seunit jika di Kuala Lumpur Kl Putrajaya Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Perlis Pahang Terengganu Kelantan Kedah Labuan Pulau Pinang Penang, manakala di Sabah Sarawak hanya dikenakan hanya serendah RM42 ribu seunit sahaja
Untuk maklumat lanjut pemohon boleh terus hubungi atau terus hadir ke Pejabat Bahagian Perumahan negeri masing-masing
P/S : Kongsikan berita baik ini di Facebook dan Whatapps rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga anda yang belum ada rumah sendiri.
Rebut peluang keemasan ini. Kelulusan perumahan rakyat ppr sangat mudah untuk yang berkelayakan