i Miliki Malaysia: Application imiliki untuk Pelepasan Duti Setem Rumah
Untuk bakal pembeli rumah selepas ini, minggu lepas, Perdana Menteri ada umumkan tentang pengecualian dan pelepasan bayaran cukai rumah. Persoalannya sekarang untuk pembeli rumah pertama, banyak ke jimat?
BACA SINI: i biaya skim rumah pertamaku
Jawapannya adalah ia merupakan cukai yang perlu dibayar oleh pembeli ketika membeli sesuatu hartanah. Tetapi bermula 1 Jun 2022, mana mana hartanah yang dibeli dengan harga RM1 juta dan ke bawah, diberikan pengecualian.
Berapa banyak? Mari Mypt3 terangkan kepada anda. Sebab ada 2 jenis cukai yang dikenakan.
Senarai Kandungan Penting:
Info i Miliki Application Pelepasan Stamp Duty Rumah
Info imilik rumah adalah seperti berikut:
- Ia merupakan satu lagi insentif dan bantuan pengecualian duti setem rumah melibatkan surat cara pindah milik dan juga melibatkan perjanjian pinjaman perumahan bagi urusan beli rumah pertama yang mana diskaun yang diberikan mengikut harga rumah.
- Apabila anda beli rumah RM500000 ke bawah untuk rumah pertama anda, anda akan dapat diskaun 100 peratus untuk stamp duty i miliki rumah malaysia
- Manakala jika harga rumah antara RM500 ribu hingga RM1 juta untuk pembelian property yang pertama, anda boleh dapat rebat duti setem sebanyak 50 peratus
1. Duti Setem Bagi Transaksi Hartanah Malaysia
- BACA SINI: Perodua loan calculator & proton loan calculator
Duti ini dikenakan bagi setiap pindahmilik Hartanah dengan pengiraan berikut:
- RM100,000 pertama : 1 peratus
- RM100,001 – RM500,000 : 2 peratus
- RM500,001 – RM1.0 juta : 3 peratus
- Melebihi RM1.0 juta : 4 peratus
Contoh: Jika harga rumah dibeli pada harga RM500,000, duti dikira adalah seperti berikut:
- RM100,000 X 1 peratus = RM 1000
- RM400,000 X 2 peratus = RM 8000
- JUMLAH = RM 9000
2. Duti Dokumen Pinjaman Perumahan
Duti ini dikenakan sebanyak 0.5 peratus. Daripada jumlah pinjaman tersebut, ambil contoh yang sama di atas
Harga: RM500,000 namun pinjaman yang dipohon
Adalah 90 peratus bersamaan RM450,000
RM450,000 X 0.5 peratus = RM2250
Pengecualian Duti Setem Rumah
a) Pindah milik bagi Rumah Pertama sahaja
b) Pengecualian yang diumumkan:
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Harga RM500000 ke bawah | 100 peratus |
Harga RM1 juta ke bawah | 50 peratus |
c) Tempoh: 1 Jun 2022 – 31 Disember 2023. MANAKALA Harga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025
Dengan kadar RM9,000 bagi perkara (1), dan RM2,250 bagi perkara (2) di atas, Maka penjimatan adalam sebanyak RM11,250.
Manakala untuk contoh berapa banyak boleh jimat dengan contoh harga rumah RM 300000
- Stamp duty pindah milik : RM 5000
- Stamp duty perjanjian pembiayaan : RM 1500
Kedua-dua stamp duty total RM6500. Tidak perlu bayar sesen pun. Percuma! Jelas?
Berapa penjimatan jika harga hartanah RM1 juta. Boleh cuba buat pengiraan sendiri yer

SUMBER: KPKT Malaysia
P/S: Dapat sesuatu dengan perkongsian bantuan imiliki malaysia ini? Maka boleh dikongsi di GROUP WHATAPPS dan FACEBOOK family terdekat dan rakan-rakan anda, supaya ilmu tersebut terus mengalir.