Rumah Mampu Milik Melaka 2023

Senarai Borang permohonan Rumah Mampu Milik di Melaka 2023 rmm Semurah RM100,000

senarai rumah mampu milik melaka 2023

Nampaknya kerajaan negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Negeri Melaka tampak bersungguh-sungguh menyediakan rmm seperti anda, anda di sini.

Bukti? Buktinya akhbar perniagaan yang cukup berpengaruh di Malaysia, The Edge Markets telah menyediakan satu laporan eksklusif di sini, yang mengatakan jikalau anda tercari-cari rumah yang paling mampu milik di Malaysia ada di negeri Hang Tuah. Beruntung orang Melaka! Jika anda orang Selangor yang nak rumah mampu milik Selangor, boleh juga semak senarai projek rumah selangorku

Dengan harapan setiap keluarga di Melaka ada rumah sendiri tidak kiralah ada rumah jenis kos rendah, kos serdahana, rumah mampu milik ataupun rumah mewah bergantung kepada gaji dan pendapatan masing-masing. Ini yang sedang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Jika anda sedang tercari-cari rumah di Melaka berdasar bajet anda yang tersendiri, boleh semak senarai yang telah kami rangkumkan dan ringkaskan untuk anda seperti di bawah ini termasuk bantuan belia rm1000.

Senarai Rumah Mampu Milik Melaka 2023

Kami perhatikan ada banyak lokasi sekarang yang menawarkan rumah Melaka di bawah pengawasan dan tawaran kerajaan negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Negeri Melaka atau LPNM

Antaranya projek perumahan rumah mampu milik adalah di Sungai Udang, Durian Tunggal, Alor Gajah, Masjid Tanah, Parit Melana, Jasin, Merlimau, Serkam, Batu Berendam, Paya Rumput, Bachang, Padang Temu, Bertam, Cheng, Malim dan juga Ayer Keroh Melaka.

PERKARABUTIRANNYA
Pautan Senarai Projekhttps://lpnm.gov.my/projek/senarai-projek/

1. Skim Rumah Belia Melaka RBM

Ini pula berita baik untuk golongan belia di Melaka.

Kalangan belia yang berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun, gaji dan pendapatan bulanan pun tak lebih RM8,000 sebulan dan sudah pun tinggal di negeri melaka lebih dari 5 tahun sudah boleh mohon skim rumah Belia Melaka RBM ini.

PERKARABUTIRANNYA
Borang Permohonan onlineKLIK SINI

Yang menariknya, rumah jenis ini jikalau anda layak, anda akan dapat keistimewaan dengan bantuan subsidi sebanyak 10 peratus daripada harga rumah yang dijual kepada anda.

Manakala untuk bayaran duti setem dan juga pembayaran guaman akan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.

Bantuan ini ditawarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka

2. Rumah Kos Rendah Melaka

Jika anda merupakan warganegara Malaysia, masih tiada rumah sendiri lagi, memiliki gaji RM3,000 ke bawah sebulan dan juga umur anda sudah pun menginjak 20 tahun dan ke atas, anda dijemput untuk mohon projek rumah kos rendah di Negeri Melaka

PERKARABUTIRANNYA
Borang Permohonan OnlineKLIK SINI
Syarat Kelayakan, Dokumen Yang Diperlukan & Cara Memohonhttps://lpnm.gov.my/rumah-kos-rendah-negeri-melaka/

3. Rumah Kos Serdahana Rendah

PERKARABUTIRANNYA
Borang Permohonan OnlineKLIK SINI

4. Rumah Mampu Milik

Jikalau pendapatan isi rumah anda tak lebih RM8,000 sebulan, boleh cuba mohon deretan projek rumah mampu milik yang ditawarkan sekarang ini di melaka

PERKARABUTIRANNYA
Borang Permohonan rumah mampu milik melaka OnlineKLIK SINI
Syarat Kelayakan, Dokumen Yang Diperlukan & Cara Memohonhttps://lpnm.gov.my/projek/rumah-mampu-milik/

Soalan Lazim & FAQ Rumah Mampu Milik di Melaka

1. Borang permohanan saya boleh perolehi di mana?

Anda boleh terus dapatkan di pejabat Perumahan Negeri Melaka yang terletak di Kompleks Komersial Boulevard, Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka atau anda boleh terus pergi ke cawangan di Bangunan UTC Melaka

2. Saya berasal dari negeri lain tetapi sudah bekerja di Melaka, adakah saya layak memohon?

Ya. Anda layak untuk memohon. Dipersilakan.

3. Boleh saya tahu waktu operasi Pejabat Lembaga Perumahan Melaka LPM?

Pejabat dibuka setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang

P/S: Kepada orang Melaka, mari ler sambau tawaran perumahan mampu milik oleh rumah yang ditawarkan lembaga perumahan melaka lpm ini. Boleh kongsikan juga tawaran menarik di Facebook & Whatapps kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat anda di Melaka. Mari Lerrr….

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia