Bantuan JKM : Semak dan Cek Duit Masuk Bantuan Kebajikan Bermula RM100 Hingga RM450 Sebulan
Kita dalam hidup ini, ada yang kaya ada yang miskin. Ada yang hidup serba mewah ada yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Melihatkan situasi ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melancarkan satu skim yang membolehkan mereka yang ada masalah kewangan contohnya dibantu melalui mekanisme yang telah ditetapkan.
Dengan harapan bantuan kerajaan yang ditawar dan diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka dan dalam pada masa yang sama ada ruang untuk memperbaiki kehidupan di masa-masa akan datang.
Ada banyak bantuan yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk anda hantar permohonan antara ialah bantuan oku malaysia, bantuan untuk warga emas, bantuan kanak kanak. Senarai penuhnya boleh anda semak di sini sekarang.
Senarai Bantuan JKM 2019
Jadi mudah untuk hantar borang permohonan bantuan kebajikan terus ke sana, samada anda layak atau tidak semuanya boleh tahu di sana.
SENARAI | JUMLAH BANTUAN JKM |
---|---|
Bantuan orang tua | RM350 sebulan |
Elaun Pekerja Cacat | RM400 sebulan |
Bantuan OKU yang tidak boleh kerja lagi | RM250 sebulan |
Elaun sambung belajar kemahiran | RM200 sebulan |
Elaun Bantuan Jaga Orang OKU | RM350 sebulan |
Bantuan Am | RM100 sebulan hingga RM350 sebulan |
Bantuan jaga anak angkat @ anak yatim atau yatim piatu | RM200 sebulan hingga maksimum RM500 sebulan |
Bantuan kanak kanak | RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan |
Yang bagusnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, pejabat cawangan mereka di setiap negeri di Malaysia baik di Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, selangor, Perak, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Boleh juga semak bantuan lain seperti semakan wang ehsan
Semakan Bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat
Segala maklumat dengan duit bantuan ini, pautan untuk mohon secara online, borang yang berkaitan, tarikh bayaran duit kebajikan masuk, cek duit semuanya boleh anda dapatkan info di bawah ini :
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Permohonan bantuan kebajikan secara online | KLIK SINI |
Borang Permohonan Bantuan – JKM 18 | Download Sini |
Kemaskini Maklumat di Borang JKM 20 | UPDATE SINI |
P/S : Sila jangan percaya berita palsu dan berita tidak benar yang mengatakan kononnya jkm tamatkan bantuan kewangan yang dibuat pembayaran secara bulanan kepada anda. TIDAK BENAR!