Bantuan Warga Emas dan Bantuan Orang Tua RM250 Sebulan

Borang permohonan Bantuan Elaun Warga Emas dan orang tua sebanyak RM250 Sebulan Untuk Sara Hidup

borang permohonan bantuan warga emas

Ada beberapa usaha yang giat dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelbagai golongan di Malaysia bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna untuk mereka setiap bulan.

Sudah pastinya golongan tua tidak terkecuali.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM350 sebulan. Ini boleh diperolehi berdasarkan senarai bantuan jkm jabatan kebajikan masyarakat yang mypt3 turut kongsikan di dalam portal ini.

Jikalau anda mengenali golongan tua yang menepati syarat kelayakan seperti di bawah, anda dipelawa untuk bantu mereka mohon bantuan ini.

Borang Permohonan Bantuan Warga Emas

  1. Anda perlu bawa orang yang berumur tersebut di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan untuk mohon.
  2. Tetapi jikalau golongan tua tersebut tak larat, anda boleh bantu dengan bawa surat, ataupun telefon ataupun email sahaja pun boleh untuk mohon pun boleh
  3. Borang permohonan boleh anda download di portal rasmi Jkm Malaysia ataupun boleh ambil terus di cawangan berdekatan
  4. Dalam pada masa yang sama anda boleh bawa beberapa dokumen penting termasuklah salinan kad pengenalan yang mohon, gambar atau dokumen lain jikalau ada bersama

SUMBER: http://www.jkm.gov.my/jkm/

Syarat Kelayakan Untuk Orang Tua

Bukan semua boleh dapat secara automatik. Semuanya perlu melalui syarat kelayakan yang cukup mudah untuk memudahkan kelulusan borang permohonan bantuan orang tua anda seperti di bawah ini.

  1. Golongan tua tersebut mestilah umur 60 tahun dan ke atas. Bawah daripada umur tidak dibenarkan sama sekali
  2. Tiada gaji atau pendapatan bulanan untuk individu tua tersebut untuk sara hidup
  3. Keluarga terdekat, anak sendiri tidak mampu untuk bantu beliau dan menyara kehidupannya

Dengan harapan hanya yang benar benar layak sahaja diberikan bantuan ini.

P/S : Nantikan status permohonan dan semakan bantuan kebajikan anda, apabila terima panggilan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas satu bulan permohonan bantuan yang lengkap di hantar

PP/S : Oleh itu, kepada anda yang mengenali secara dekat atau jauh, boleh warwarkan berita baik ini. Lebih baik lagi bantu mereka dengan memohon. Semoga kebaikan yang anda lakukan terbalas jua akhirnya. Insyaallah.