PruBsn Payment Online: Touch Prudential Bsn Login Takaful

PruBsn Payment Online: Touch Prudential Bsn Login Takaful

prubsn touch login online payment

Ia adalah nama pendek kepada Prudential BSN Takaful Berhad yang merupakan sebuah Syarikat usahasama antara Bank Simpanan Nasional dan Prudential UK PLC. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan kini telah menjadi pengandali terulung takaful di Malaysia.

BACA SINI: Cara Daftar Pendaftaran Online Mysalam tuntutan B40 M40

Berlandaskan konsep ta`awun (kerjasama dan pertolongan bersama), ia menyediakan perlindungan kewangan kepada keluarga di Malaysia melalui tawaran pelbagai produk takaful yang berlandaskan konsep syariah sepenuhnya.

Ini termasuk takaful perlindungan hayat dan perubatan, takaful simpanan, pendidikan dan korporat.

Senarai Kandungan Penting:

Cara Buat Prudential Bsn Takaful Online Payment

Ada banyak cara untuk buat bayaran Prudential Bsn Takaful Online Payment, melalui maybank2u pun boleh buat prudential payment dengan cara masukkan nombor sijil dan juga nombor telefon terkini. Mudah dan senang dengan adanya sistem prubsn online payment ini.

Pihak prubsn juga ada menyediakan dan menawarkan sistem prubsn online payment mereka sendiri di prudential login, https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch.

Cara pembayaran prudential bsn payment malaysia kami kongsikan seperti langkah demi langkah prubsn touch login seperti di bawah ini:

  1. Ada terus ke link pautan ini untuk portal rasmi prudential bsn login, https://app.prubsn.com.my prubsn touch login
  2. Masukkan username dan password yang telah anda tetapkan sebelum ini untuk mula buat pru touch payment.
  3. Pastikan anda gunakan password yang unik dan sukar dijangka untuk mengelakkan akaun prubsn online payment anda tidak mudah diceroboh jenayah siber oleh HACKER yang semakin berleluasa sekarang ini
login prubsn payment

Jangan lupa juga, sila kemaskini akaun prudential bsn dengan memasukkan nombor akaun bank anda bagi memudahkan proses kredit masuk prudential payment untuk pulangan lebihan sumbangan sijil

prudential touch login bsn payment

Prubsn Pelan Takaful Kanser

Pelan PruBSN Takaful Kanser merupakan pelan keluarga bertempoh yang melindungi ahli keluarga terhadap penyakit kanser sehingga umur 70 tahun.

Jumlah perlindungan prubsn payment adalah sehingga RM250000. Pelan yang boleh diperbaharui setiap tahun ini akan membayar anda sekiranya anda didiagnos menghidap kanser.

Walaubagaimanapun, tiada bayaran akan dibayar kepada peserta sekiranya peserta meninggal dunia.

Syarat Kelayakan

  • Berumur 19 hingga 60 tahun
  • Anda perlu membuat pengisytiharan keadaan kesihatan anda dan menyatakan umur anda dengan betul. Anda wajib memaklumkan semua malkumat berkenaan kesihatan anda samada yang anda sedia tahu atau seharusnya anda tahu dengan niat yang baik. Anda wajib memaklumkan keadaan kesihatan anda dari semasa ke semasa.

Manfaat

  • Apabila anda disahkan menghidap kanser, anda akan dibayar sehingga 100 peratus daripada jumlah perlindungan anda secara sekaligus. Dengan ini, anda boleh membiayai kos rawatan anda dan juga menampungkan perbelanjaan keluarga.
  • Anda boleh membuat pilihan sendiri berhubung jumlah sumbangan dari serendah RM0.08 sehari berdasarkan jantina, umur dan status merokok anda.
  • Pembayaran sumbangan prubsn touch login hanya perlu dibuat sekali dalam setahun.

SUMBER: Cancer Coverage

Prudential Bsn Takaful Perubatan dan Kesihatan

Pelan perubatan dan kesihatan Prudential medical card ini merupakan sebuah pelan takaful yang melindungi anda sehingga anda berumur 70 tahun dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Pelan prubsn medical card ini akan membayar balik perbelanjaan yang telah anda lakukan untuk kos perubatan yang dikenakan semasa anda dimasukkan ke hospital dan juga menyediakan manfaat pesakit luar.

Semua bayaran prudential malaysia ini dibuat melalui dana Tabarru’ dan peserta tidak akan menerima sebarang bayaran sekiranya meninggal dunia.

Syarat Kelayakan Prudential Medical Card

  • Berumur 19 tahun hingga 45 tahun.
  • Anda perlu membuat pengisytiharan keadaan kesihatan anda dan menyatakan umur anda dengan betul. Anda wajib memaklumkan semua malkumat berkenaan kesihatan anda samada yang anda sedia tahu atau seharusnya anda tahu dengan niat yang baik. Anda wajib memaklumkan keadaan kesihatan anda dari semasa ke semasa.

Manfaat Prubsn Medical Card

  • Pelan prudential malaysia ini melindungi anda daripada sebarang kecederaan akibat kemalangan dan kos penghospitalan serta rawatan pesakit luar sehingga ke rawatan aknses dan rawatan dialisi. Ini termasuk manfaat bilik penginapan hospital, unit rawatan rapi, dan pembedahan.
  • Jika anda menerima rawatan di luar negara, anda juga boleh menerima manfaat perubatan namun terhad kepada kos perubatan yang setara dengan kos rawatan di Malaysia.
  • Segala kos yang telah anda belanjakan untuk menampung kos perubatan dan rawatan anda akan di bayar balik dan anda juga akan menerima RM50 sehari sekiranya anda menerima rawatan di hospital Kerajaan.
  • Pelan fleksibel yang membolehkan anda untuk memilih perlindungan perubatan yang sepadan dengan keperluan diri dengan sumbangan serendah RM4 sehari tertakluk kepada jumlah deduktibel.

PruBSN SME@Work

Pelan prudential malaysia ini merupakan pelan pakej takaful berkumpulan yang direka khas untuk memberi perlindungan yang komprehensif dan juga penjagaan kesihatan yang menyeluruh kepada para pekerja anda serta ahli keluarga mereka.

Dengan melanggan takaful ini, pekerja anda boleh menikmati manfaat asas (GTT) serta manfaat tambahan lain seperti manfaat kematian dan kecederaan akibat kemalangan (GADD), kumpulan penyakit kritikal (GCI) dan kumpulan hospital dan pembedahan (GHS).

Syarat Kelayakan

  • Berumur 16 thingga 65 tahun dengan pilihan pembaharuan sehingga 69 tahun
  • Rakan kongsi, pemilik bersama dan semua pekerja sama ada secara sepenuh atau separuh masa yang mempunyai kontrak dengan organisasi atau syarikat anda layak untuk mendapatkan pelan ini.

Manfaat 

  • Dengan melanggan pelan ini, anda akan menerima manfaat asas iaitu Group Term Takaful (GTT). Sekiranya ahli yang dilindungi meninggal dunia atau mengalami TPD semada tempoh perlindungan atau sebelum berumur 70 tahun, mereka akan dibayar sebanyak 100 peratus daripada jumlah perlindungan secara sekaligus.
  • Bagi peserta yang mempunyai jumlah perlindungan asas RM60000 dan ke atas, mereka juga akan dibayar elaun khairat kematian sebanyak RM1000 dan RM500 sekiranya pasangan atau anak ahli yang dilindungi meninggal dunia.
  • Selain daripada menikmati manfaat asas di atas, peserta boleh menambah manfaat-manfaat pilihan seperti manfaat Group Accidental Death and Disablement (GADD), manfaat Group Critical Illness (GCI) dan manfaat Group Hospital and Surgical (GHS).
  • GADD akan melindungi pekerja anda dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecederaan akibat kemalangan.
  • GCI pula akan membayar peserta secara sekaligus sekiranya didiagnos menghidap mana-mana penyakit kritikal yang dilindungi.
  • Manakala GHS pula menyediakan kemudahan perubatan yang komprehensif kepada pekerja anda sekiranya mereka dimasukkan ke hospital atau perlu menjalani prosedur pembedahan. Lebih istimewa, manfaat ini boleh juga dinikmati oleh pasangan dan anak-anak mereka.

Prubsn Impian

PruBSN Impian merupakan sebuah pelan takaful yang bukan sahaja menyediakan perlindungan yang komprehensif tetapi juga merupakan pelan yang berkaitan simpanan demi melindungi anak-anak anda dan juga masa depan mereka.

Malah pelan ini melindungi anak anda sejak dari dalam kandungan lagi. Bagi menambahbaik pakej perlindungan, anda boleh melanggan rider-rider tambahan seperti rider prenatal, perubatan dan keshiatan, penyakit kritikal serta contributor.

Pelan prubsn touch login ini berasaskan pada PruBSN AsasLink yang merupakan sebuah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membayar 100 peratus jumlah asas perlindungan sekiranya anda mengalami kehilangan upaya kekal dan menyeluruh.

Syarat Kelayakan

  • Umur kemasukan seawall 14 minggu kehamilan sehingga 18 tahun.

Manfaat

  • Kematian orang yang dilindungi yang berlaku sebelum berakhirnya tempoh perlindungan akan dibayar sebanyak jumlah perlindungan asas dan Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).
  • Bagi kematian bayi dalam kandungan sehingga 30 hari selepas dilahirkan, pelan ini akan membayar sebanyak jumlah sumbangan perlindungan tahunan dan Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).
  • Sekiranya orang yang dilindungi megalami hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) pada usianya 70 tahun sebelum tarikh ulang tahun sijil, atau anak anda mengalami TPD dalam tempoh 30 hari selepas dilahirkan, anda, anak anda atau orang yang dilindungi akan dibayar sejumlah sumbangan perlindungan tahunan serta nilai unit dalam akaun unit perlindungan (PUA) dan akaun unit pelaburan (IUA).
  • Melindungi anak anda seawall 14 minggu dalam kandungan sehingga berumur 25 tahun
  • Memberi perlindungan kepada anda dan anak anda dari mula kehamilan, penjagaan anak, perlindungan penyakit kritikal, dan menanggung kos perubatan dan penghospitalan anak anda.

Prubsn Accident (Kemalangan)

Ia menawarkan 3 rider takaful untuk kemalangan.

1) Rider Perlindungan Pendapatan Kemalangan

Rider ini menawarkan manfaat mingguan sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh buat sementara waktu akibat daripada kemalangan sehingga jumlah keseluruhan 104 minggu.

Untuk hilang upaya menyeluruh yang sementara, anda akan menerima RM100 seminggu, manakala untuk hilang upaya yang separa dan sementara, anda akan dibayar RM50 seminggu.

Rider ini boleh ditambah pada pelan PruBSN Setia dan PruBSN Impian.

2) Rider Perlindungan Perubatan Kemalangan

Sepanjang tempoh 104 minggu dari tarikh anda kemalangan, rider ini akan membayar semula semua perbelanjaan yang telah anda belanjakan untuk rawatan perubatan anda.

Anda boleh manambah rider ini pada pelan PruBSN Setia, PruBSN Impian, PruBSN Anugerah Plus dan PruBSN Sinar.

3) Rider Perlindungan Kemalangan Plus

Sekiranya anda meninggal dunia disebabkan kemalangan atau sebab-sebab lain, sebanyak RM2000 akan dibayar.

Bagi TPD dan kematian akibat kemalangan, anda akan dibayar sebanyak jumlan yang dilindungi.

Boleh tambah rider ini melalui pelan Setia, Impian, PruBSN Anugerah Plus dan Sinar

Rider Perlindungan Haji

In merupakan rider yang boleh ditambah pada pelan PruBSN Aspirasi dan PruBSN Warisan Plus.

Ia menyediakan perlindungan tambahan 200 peratus daripada jumlah yang dilindungi sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami TPD ketika mengerjakan ibadah Haji atau Umrah serta manfaat sehigga RM300 setiap 3 tahun untuk imunisasi.

Prubsn Aspirasi

Pelan prudential malaysia ini merupakan pelan yang menggabungkan simpanan, pelaburan dan perlindungan untuk jaminan masa depan dalam satu pelan.

Dengan pelan ini melalui prubsn touch login, anda boleh melaksanakan pengurusan dan perancangan kewangan dengan lebih strategik.

Anda perlu menilai keadaaan dan keupayaan kewangan semasa dan merancang pengurusan kewangan anda agar anda mempunyai dana yang kukuh di hari tua anda dan juga untuk mencapai aspirasi hidup anda.

Syarat Kelayakan

  • Pelan Kanak – kanak: 1 – 18 Umur pada Hari Jadi Akan Datang
  • Pelan Dewasa: 19 – 70 Umur pada Hari Jadi Akan Datang

Manfaat Prudential Bsn Payment

  • Seawal akhir tahun kedua sijil anda, anda akan menerima bayaran tunai sebanyak 3 peratus daripada jumlah perlindungan asas anda. Peratusan ini akan terus meningkat sehingga 100 peratus apabila sijil anda mencecah tempoh 30 tahun.
  • Bayaran ini anda boleh sama ada ingin menggunakannya atau melabur semula.
  • Sekiranya anda atau keluarga anda yang dilindungi mengalami TPD atau meninggal dunia, anda akan dibayar sebanyak minimum RM15000 daripada jumlah perlindungan asas anda.
  • Sekiranya kematian atau TPD tersebut disebabkan oleh kemalangan, anda akan menerima bayaran tambahan sebanyak 100 peratus daripada jumlah perlindungan asas anda.
  • Selain daripada tamabahan itu, anda atau ahli keluarga akan diberi bayaran tambahan lagi sebanyak RM3000 bagi menampung kos pengembumian.
  • Setelah sijil anda mencapai tempoh matang, anda akan menerima bayaran tunai salah satu yang mana lebih tinggi daripada gabungan berikut:
    • 100 peratus jumlah perlidungan asas dan Akaun Unit Pelaburan, atau
    • Akaun MaxiShield dan Akaun Unit Perlindungan dan Akaun Unit Pelaburan
  • Pelan ini memberi fleksibiliti kepada anda untuk memilih tempoh sumbangan selama 5, 10 atau 20 tahun dan tempoh perlindungan dari 15, 20, 25 atau 30 tahun.
  • Anda juga boleh memilih untuk menambahbaik perlindungan anda dengan melanggani pelbagai rider pilihan
  • Apabila anda melampirkan takaful berkaitan pelaburan sepeti Takaful Saver atau Saver Kid bersama pelan ini, sebahagian daripada dana sumbangan anda akan disalurkan ke dalam pelaburan pilihan anda yang mana suatu hari nanti anda akan menikmati pulangan yang lebih tinggi.

Prubsn Gadai Janji

Program gadai jani akan memastikan rumah yang anda miliki kekal menjadi milik anda walaupun anda tidak lagi mampu untuk meneruskan pembayaran akibat kematian ataupun TPD.

Pelan ini akan memastikan keluarga anda terus memiliki hak untuk memiliki rumah tersebut sekiranya perkara buruk berlaku pada diri anda.

Syarat Kelayakan

  • Berumur 17 tahun sehingga 70 sekiranya pembiayaan perumahan adalah dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Manfaat 

  • Sekiranya anda meninggal dunia, pelan ini akan membantu melangsaikan pembiayaan rumah anda dan rumah anda tidak akan ditarik.
  • Seandainya anda mengalami TPD di usia belum mencecah 71 tahun, pelan ini bukan sahaja akan melangsaikan pembiayaan rumah anda, malah akan membayar RM1000 kepada anda untuk menanggung kos perubatan anda.
  • Setiap kematian keluarga anda akan menerima bantuan kewangan termasuk maksimum 2 orang anak.
  • Sekiranya anda melangsaikan pembiayaan perumahan anda lebih awal daripada kontrak dan terdapat lebihan wang terkumpul di dalam akauan anda, anda boleh mendapatkan lebihan wang tersebut.
  • Setelah mencapai tempoh matang dan terdapat lebihan wang terkumpul di dalam akauan anda, anda boleh mendapatkan lebihan wang tersebut.

PruBSN Untuk Pekerja Swasta

Bagi pekerja swasta, mereka boleh melanggan 2 jenis pelan perlindungan iaitu SME@work seperti yang dibincangkan di atas dan juga Group@Work.

Group@Work merupakan takaful berkumpulan yang meneydiakan perlindungan komprehensif dan bersesuaian dengan pekerja anda dan juga ahli keluarga mereka.

Manfaat 

  • Dengan melanggan pelan ini, anda akan menerima manfaat asas iaitu Group Term Takaful (GTT).
  • Sekiranya ahli yang dilindungi meninggal dunia atau mengalami TPD semada tempoh perlindungan atau sebelum berumur 70 tahun, mereka akan dibayar sebanyak 100 peratus daripada jumlah perlindungan secara sekaligus.
  • Bagi peserta yang mempunyai jumlah perlindungan asas RM60000 dan ke atas, mereka juga akan dibayar elaun khairat kematian sebanyak RM1000 dan RM500 sekiranya pasangan atau anak ahli yang dilindungi meninggal dunia.
  • Selain daripada menikmati manfaat asas di atas, peserta boleh menambah manfaat-manfaat pilihan seperti manfaat Group Accidental Death and Disablement (GADD), manfaat Group Critical Illness (GCI) dan manfaat Group Hospital and Surgical (GHS). GADD akan melindungi pekerja anda dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecederaan akibat kemalangan.
  • GCI pula akan membayar peserta secara sekaligus sekiranya didiagnos menghidap mana-mana penyakit kritikal yang dilindungi.
  • Manakala GHS pula menyediakan kemudahan perubatan yang komprehensif kepada pekerja anda sekiranya mereka dimasukkan ke hospital atau perlu menjalani prosedur pembedahan.
  • Lebih istimewa, manfaat ini boleh juga dinikmati oleh pasangan dan anak-anak mereka.

Cara Membuat Tuntutan dan Claim Prubsn Takaful

Untuk membuat tuntutan, anda perlu melengkapkan borang tuntutan, menyediakan semua dokumen yang diperlukan dan menghantar permohonan anda ke alamat e-mel customer@prubsn.com.my atau hantar tuntutan melalui ejen takaful anda. Ini adalah contoh borang yang perlu diisi untuk prubsn online payment:

prudential bsn takaful

Borang ini perlu dilengkapkan dan dihantar bersama dokumen sokongan seperti di bawah:

Tuntutan Kematian

  • Salinan Sijil Kematian asal atau yang yang telah disahkan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bukti hubungan yang
  • Borang e-Kredit

(i) Keperluan Tambahan untuk Kematian Semula Jadi:

  • Sijil Perawat Perubatan

(ii) Keperluan Tambahan untuk Kematian Bukan Semula Jadi:

  • Laporan Polis
  • Laporan Post-mortem terperinci
  • Laporan Toksikologi

(iii) Kematian di Luar Malaysia

  • Surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara
  • Sijil Perakuan penempatan (kematian warga asing)
  • Salinan buku pasport penuh

Tuntutan Hilang Upaya Kekal & Cacat Kekal

  • Sijil Perubatan Sulit – Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal
  • Salinan sebenar surat penamatan pekerjaan
  • Salinan surat kebenaran keluar perubatan
  • Laporan Polis bagi kes kemanlangan
  • Lain-lain bukti rawatan dan perubatan
  • Borang E-kredit

Tuntutan Prudential Takaful Penyakit Kritikal

  • Sijil perubatan sulit
  • Semua laporan perubatan yang berkaitan

Tuntutan Rawatan Kemasukan Hospital

  • Ringkasan discaj
  • Kenyataan doktor
  • Borang e-kredit
  • Bil asal/invois cukai dan resit asal
  • Bil terperinci
  • Salinan ujian makmal, x-ray, imbasan mri/ct, laporan ultrasound, histopatologi
  • Butiran penyata tuntutan dari pihak ketiga

Tuntutan Luar Negara

  • Salinan pasport yang menunjukkan nama, tarikh berlepas dari Malaysia dan ketibaan dari luar negara
  • Bil dan resit asal kemasukan hospital

Tuntutan Penghospitalan Serta Rawatan Kanser dan Dialisis Pesakit Luar

  • Borang e-Kredit
  • Bil asal/invois dan resit asal
  • Senarai terperinci yuran perundingan, ubat, caj ujian/siasatan dll
  • senarai terperinci nama ubat, harga unit, kuantiti dan tempoh bekalan

Tuntutan Rawatan Pesakit Luar / Kecemasan

  • Kenyataan doktor bagi kes kemalangan
  • Borang e-kredit
  • Bil/invois dan resit asal
  • Maklumat terperinci, jika jumlah bil melebihi RM200
  • Salinan laporan imbasan X-Ray, MRI/CT

Senarai Panel Hospital Prubsn

Manfaat Hospital / Elaun / Pampasan / Mingguan

  • Butiran kemalangan
  • Ringkasan discaj
  • Kenyataan doktor
  • Borang e-kredit
  • Salinan sijil cuti sakit
  • Laporan kemajuan pemulihan

Permohonan Ejen Takaful Prubsn

(i) Syarat Kelayakan Minimum Untuk Daftar Ejen Prubsn

  • Berumur 18 hingga 55 tahun
  • Warganegara atau permastautin tetap di Malaysia
  • Lulus 5 mata pelajaran SPM

(ii) Senarai Dokumen 

  • Borang permohonan asal
  • Sijil akademik
  • Melengkapkan borang permohonan asal (Fax tidak dibenarkan)
  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar berukuran passport
  • Borang pendaftaran Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) serta yuran
  • Sijil peperiksaan pra kotrak (PCE) dan sijil peperiksaan insuran hayat berkaitan pelaburan (CEILLI) atau slip keputusan peperiksaan. Buku rujukan PCE dan CEILLI, klik sini
  • Perjanjian ejen, surat jamian dan kod etika dan kendali yang lengkap
  • Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic & Conduct yang lengkap diisi
  • Borang Auto Pay
  • Surat perletakan jawatan bagi permohonan sepenuh masa

Prubsn Customer Service

  • Anda boleh contact prubsn customer service di nombor +03-20537188, ataupun
  • Boleh hantarkan persoalan anda di prudential customer service melalui emel customer@prubsn.com.my

Soalan Lazim & FAQ

1. Benarkah PRUBSN merupakan syarikat takaful terbesar di Malaysia

Ya. Syarikat ini juga bekerjasama dengan bank kebangsaan Malaysia iaitu Bank Nasional Berhad (BSN) bagi menawarkan perkhidmatan kewangan beserta insurans. Hasil gabungan antara Prudential dan BSN membentuk satu syarikat takaful yang dikenali sebagai PruBSN. PruBSN telah memegang pasaran takaful yang terbesar di Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 2006. 

2. Apakah anugerah yang diterima oleh Pru BSN

Menjelang tahun 2011, PruBSN menjadi peneraju insurans keluarga yang pertama dan juga pernah memenangi anugerah “Institusi Takaful Terbaik” yang dinobatkan oleh The Asset.

Dengan perlindungan yang semakin menyeluruh ditambah kemudahan prubsn online payment yang semaki baik, menyebabkan sistem prudential insurance menjadi pilihan rakyat Malaysia hari ini.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia