MAINS: Semakan Bantuan Zakat Negeri Sembilan 2023

Pusat MAINS: Semakan Bantuan Zakat Negeri Sembilan 2023 dan bayar zakat fitrah negeri sembilan mengikut kadar ditetapkan secara online atau di pejabat

zakat mains

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan sebuah agensi kerajaan yang berperanan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sembilan.

Sesuai dengan visi dan misi badan kerajaan ini, ianya diwujudkan untuk memberi manfaat secara menyeluruh kepada penduduk di Negeri Sembilan yang melibatkan dasar-dasar hal ehwal Islam. 

Banyak perkhidmatan yang disediakan di bawah agensi MAINS bagi membantu umat Islam di Negeri Sembilan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah bantuan zakat, kaunseling dan pembangunan Insan, perkhidmatan mal, perkhidmatan wakaf, tauliah pengajian agama dan banyak lagi.

Oleh itu, kini kompleks MAINS menjadi lambang kebangsaan masyarakat penganut agama Islam di Negeri Sembilan. Individu yang menetap dan bermaustatin di Negeri Sembilan boleh melayari laman sesawang https://www.mains.gov.my.

Semakan Bantuan Zakat Negeri Sembilan Mains

MAINS menawarkan perkhidmatan bantuan zakat kepada rakyat Negeri Sembilan mengikut golongan asnaf. Kadar bantuan juga berbeza mengikut golongan asnaf. Berikut merupakan bentuk bantuan zakat yang disediakan oleh MAINS bagi membantu golongan asnaf;

ASNAF NEGERI SEMBILANZAKAT NEGERI SEMBILAN
Fakir & Miskin Negeri sembilanBantuan makanan, bantuan pembaikian rumah, bantuan perubatan dan peralatan perubatan, bantuan hemodialisis, bantuan pembangunan asnaf & modal, bantuan Hari Raya, bantuan kewangan, bantuan persekolahan & pendidikan dan Program Motivasi Fakir Miskin negeri sembilan.
Amil negeri sembilanBantuan pengurusan amil, kursus amil, bantuan tambang & elaun amil dan urusan zakat fitrah negeri sembilan.
Muallaf negeri sembilanBantuan saguhati kemasukan islam, Program Kefahaman Islam & Kursus, bantuan kebajikan muallaf, bantuan membaiki rumah dan sewa rumah, bantuan perkahwinan muallaf, bantuan modal dan perniagaan, bantuan dermasiswa muallaf dan Pertubuhan Muallaf negeri sembilan.
Gharimin negeri sembilanBantuan membayar hutang melibatkan keperluan asasi dan bantuan bencana alam negeri sembilan.
Fisabilillah negeri sembilanBantuan Saguhati Jawatankuasa Masjid, pembiayaan kursus kefahaman islam, bantuan mengurus jenazah tanpa waris, bantuan surau & masjid, derma perayaan islam, bantuan kepada pertubuhan islam, bantuan tahunan masjid, aktiviti pusat kaunseling, usaha penterjemahan kitab dan bantuan kepada badan penguatkuasa agama negeri sembilan.
Riqab negeri sembilanDermasiswa pelajaran, bantuan sekolah agama rakyat, pembudayaan al-quran dan ilmu, bantuan kepada sekolah menegah agama di negeri sembilan, bantuan kebajikan am ipt, bantuan kebajikan persekolahan, saguhati pelajar timur tengah, pembayaran elaun penyelia kafa, bantuan perpustakaan sekolah agama dan bantuan aktiviti Institusi Pendidikan negeri sembilan.
Ibnu Sabil negeri sembilanBantuan tambang musafir, bantuan tambang pelajar dan insentif naik haji pegawai masjid negeri sembilan.

Cara Buat Bayaran Zakat Mains Negeri Sembilan

Pembayaran zakat wajib dibuat oleh individu yang yang memenuhi syarat untuk membayar zakat.

Zakat ini boleh dibayar kepada MAINS melalui dua (2) cara iaitu cara bayar zakat online negeri sembilan dan menerusi kaunter di pejabat MAINS. 

Pembayaran zakat fitrah online negeri sembilan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut;

bayar zakat negeri sembilan online
  • Layari laman sesawang portal rasmi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) seperti pada Rajah di atas ini.
  • Klik pada butang “Klik Di Sini” pada bahagian Tunai Zakat, Wakaf dan Mal
  • Klik pada pembayaran zakat fitrah online negeri sembilan seperti pada Rajah seperti di bawah ini
bantuan baitulmal negeri sembilan
  • Kemudian, klik pada butang “Tunai Zakat Harta” atau “Tunai Zakat Fitrah” seperti pada Rajah di bawah ini
bayaran zakat
  • Seterusnya, masukkan maklumat diri dan maklumat pembayaran dengan lengkap dan betul seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada mana-mana butang kaedah bayaran zakat fitrah negeri sembilan 2023 yang diinginkan sama ada melalui perbankan internet, kad kredit/ kad debit atau JomPay.
bayaran zakat fitrah majlis agama islam negeri sembilan 2023
  • Akhir sekali, setelah selesai bayar zakat negeri sembilan dibuat, bayaran zakat anda telah berjaya dibuat.

Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat menerusi mana-mana kaunter MAINS yang berdekatan dengan masyarakat.

Anda hanya perlu hadir ke kaunter MAINS dan membuat pembayaran secara tunai atau debit di pejabat MAINS.

Anda boleh melayari link https://www.mains.gov.my untuk mengetahui lokasi pejabat pembayaran zakat MAINS. 

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2023

Zakat fitrah ini merupakan kewajipan individu Muslim yang berkemampuan bagi tujuan membersihkan harta. Pembayaran ini perlu dibuat bermula 1 Ramadhan sehingga sebelum waktu solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Kadar zakat fitrah ini telah ditetapkan bagi setiap negeri oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri.

Bagi individu Muslim di Negeri Sembilan, majlis agama Islam menetapkan kadar zakat fitrah negeri sembilan 2023 adalah RM7 iaitu ia merupakan kadar asas bagi setiap pembayar zakat di Negeri Sembilan.

Pembayaran zakat fitrah lebih daripada kadar asas adalah RM10 dan RM21, di mana kedua-duanya adalah digalakkan. Kadar zakat fitrah ini adalah berbeza mengikut tahun. 

Proses bayar zakat fitrah ini boleh dibuat secara atas talian bagi memudahkan pembayar zakat dan juga boleh dibuat melalui pejabat majlis agama atau mana-mana masjid di negeri sembilan yang membuka kaunter pembayaran zakat fitrah.

Borang Permohonan Bantuan Am Mains

Individu yang memenuhi syarat kelayakan untuk mendapat bantuan am boleh membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam negeri Sembilan.

Bantuan baitulmal negeri sembilan ini diberikan kepada individu asnaf bagai membantu meringankan beban kewangan dan kesusahan yang dihadapi.

Tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat Muslim di Negeri Sembilan.

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon bantuan am baitulmal MAINS;

bantuan am kebajikan
  1. Pemohon perlu mengisi borang seperti pada Rajah di atas ini yang boleh didapati di laman sesawang https://www.mains.gov.my dan juga menerusi pejabat
  2. Setelah borang ini diisi dengan lengkap dan betul, lampirkan dokumen yang diperlukan yang telah disahkan oleh imam masjid, pengerusi masjid atau pengerusi MPKK beserta surat sebab menyatakan sebab permohonan bantuan am.
  3. Pemohon perlu menghantar borang, dokumen lampiran dan surat sebab ke pejabat MAINS.
  4. Akhir sekali, pihak berkuasa akan menapis dan meluluskan permohonan pemohon jika memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan. Wang bantuan ini akan diberikan menerusi bank yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan.

Syarat Kelayakan Baitulmal Negeri Sembilan

Tidak semua individu Muslim di Negeri Sembilan layak untuk mendapatkan bantuan am MAINS ini.

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan bantuan am MAINS sahaja akan layak untuk menerima bantuan ini.

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa;

  1. Hanya ketua keluarga sahaja yang boleh membuat permohonan bantuan am kebajikan negeri sembilan ini.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan jelas, lengkap dan betul dengan tulisan berhuruf besar.
  3. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan berdasarkan maklumat yang salah akan ditolak.
  4. Pemohon mestilah tinggal di Negeri Sembilan lebih daripada setahun.
  5. Permohonan bantuan am mestilah disahkan oleh jawatankuasa masjid atau Pengerusi MPKK.

Status Semakan Permohonan Bantuan Mains

Individu yang telah membuat permohonan bantuan am MAINS boleh memeriksa status permohonan mereka di laman portal MAINS di www.mains.gov.my.

Pemohon mestilah klik pada bahagian “Semak Bantuan” dengan klik pada butang “KLIK DISINI”.

Kemudian, pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang “Hantar” seperti pada Rajah di bawah ini. Status permohonan akan dipaparkan bagi rujukan pemohon.

pinjaman pelajar negeri sembilan

Soalan Lazim & FAQ

1. Bila MAINS ditubuhkan

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1949.

2. Apa fungsi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Ia berfungsi dalam memperkasakan perundangan pentadbiran Syariah, pengurusan harta Islam dan sosioekonomi dan pendidikan umat Islam di seluruh Negeri Sembilan.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia