Senarai Lengkap jumlah bayaran dan cara bayar zakat fitrah online melibatkan kaedah pembayaran seluruh negeri Malaysia tahun 2021 termasuk di Johor, Selangor dan di Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam setiap negeri telah menetapkan kadar yang diumumkan berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing makan.
Dinasihatkan bahawa pembayaran zakat fitrah oleh umat Islam adalah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam.
Bagi membolehkan golongan yang layak disempurnakan mendapat agihan sebelum Hari Raya Aidlfitri adalah sebaik-baiknya bayaran ditunaikan di awal Ramadhan.
Berikut di bawah kami berkongsi senarai lengkap kadar zakat fitrah seluruh negeri untuk 2021 cara pembayaran samada melalui jom pay, Maybank2u, qrpay, asnafcare, aplikasi fastpay, SnapNpay, apps zakat, menerusi amil yang dilantik.
Senarai Kandungan Penting:
Jumlah Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2021
Sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Di bawah ini adalah kadar bayaran, harga bayar zakat fitrah bagi setiap individu untuk tahun 2020 (1441 Hijrah) bagi cara pembayaran seluruh negeri Malaysia termasuk ezakat Johor, Kuala Lumpur KL, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang Penang dan Pahang
1. Cara Bayar Zakat Fitrah Johor Online
Kadar zakat bagi negeri Johor yang diumumkan muij adalah :
a) RM7.00
b) RM10.00
Kaedah Pembayaran adalah melalui :
1) Bayaran atas talian iaitu :
- i) Laman Sesawang Johor Online Payment – https://onlinepayment.johor.gov.my
- ii) Zakat Johor Online Payment
– Pengguna berdaftar boleh bayar zakat fitrah online melalui epayment maij gov my https://epayment.maij.gov.my
– Fastpay melaui https://fitrah.maij.gov.my - iii) Aplikasi SnapNpay
BACA SINI: Dapatkan bantuan raya di sini sekarang
2. Zakat Fitrah Kedah
Kadar zakat bagi negeri Kedah adalah :
a) RM5.00
b) RM7.00
c) RM14.00
d) RM21.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1) Amil fitrah yang dilantik; atau
2) Bayaran atas talian :
- i) Laman sesawang Asnaf Care https://asnafcare.com.my
- ii) Laman sesawang Jom Zakat https://jomzakatkedah.com.my
- iii) Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) http://bit.ly/zotkdh (IOS dan Android)
3. Cara Bayar Zakat Fitrah Kelantan Online
Kadar zakat bagi negeri Kelantan adalah :
a) RM7.00 (Namun, adalah digalakkan membayar kadar fitrah RM14.00 dan RM21.00 berdasarkan harga beras yang dimakan)
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1) Amil fitrah yang dilantik; atau
2) Bayaran atas talian :
- i) QR Code
- ii) Financial Process Exchange (FPX) melalui https://www.e-maik.my
- iii) Aplikasi MyMaik eZakat Payment
- iv) Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
- v) SMS
4. Cara Bayar Zakat Fitrah Melaka Online
Kadar zakat bagi negeri Melaka adalah :
a) RM7.00
b) RM14.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1) Amil fitrah yang dilantik; atau
2) Bayaran atas talian :
- i) QRPay Bank Muamalat
- ii) Laman sesawang https://www.izakat.com/online_payment/fitrah
5. Cara Bayar Zakat Fitrah Negeri Sembilan Online
Kadar zakat bagi negeri Negeri Sembilan adalah :
a) RM7.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1) Amil fitrah yang dilantik**; atau
2) Bayaran atas talian :
- i) Aplikasi SnapNPay
- ii) Aplikasi ZakatN9
- iii) Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
- iv) JomPAY
**(Mengikut keputusan pihak pengurusan, keperluan amil hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS)
6. Zakat Fitrah Pahang
Kadar zakat bagi negeri Pahang adalah RM7.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1. Bayaran e zakat muip gov my portal atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah
7. Zakat Fitrah Perak
Kadar zakat bagi negeri Perak adalah :
a) RM7.00
b) RM14.00
c) RM21.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1. Amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian :
i) QRPay Maybank
- ii) Aplikasi GoPauZ
- iii) Aplikasi SnapNPay
- iv) FPX melalui www.maiamp.gov.my;
8. Zakat Perlis
Kadar zakat bagi negeri Perlis adalah :
a) RM7.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1. Amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian :
- i) Aplikasi SnapNPay
9. Zakat Pulau Pinang Penang
Kadar zakat bagi negeri Pulau Pinang Penang adalah :
a) RM7.00
b) RM16.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1) Amil fitrah yang dilantik; atau
2) Bayaran atas talian :
- i) QR Code mysejahtera
- ii) JomPay
- iii) Aplikasi GoPayZ
- iv) Aplikasi SnapNPay
- v) FPX
10. Cara Bayar Zakat Fitrah Selangor Online
Kadar zakat bagi negeri Selangor adalah :
a) RM7.00
b) RM14.00
c) RM21.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1. Amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian :
i) Aplikasi e-dompet Boost
ii) Aplikasi e-dompet GoPayZ
iii) FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
- iv) QR Code
- v) Portal MyEG login boleh digunakan untuk bayar secara online zakat fitrah
- vi) Pos Online
- vii) Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
11. Zakat Fitrah Terengganu
Kadar zakat bagi negeri Terengganu adalah :
a) RM7.00
Kaedah pembayaran adalah melalui :
1. Amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian :
- i) Aplikasi SnapNPay
- ii) FPX melalui pautan http://www.maidam.gov.my.index.php
12. Zakat Sarawak
Kadar zakat bagi negeri Sarawak adalah :
a) RM7.00
Kaedah pembayaran pula adalah melalui :
1. Amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian :
- i) Maybank2U
- ii) Aplikasi SnapNPay
- iii) Portal MyEG
- iv) Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
- v) Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
13. Zakat Sabah
Kadar zakat bagi negeri Sabah adalah :
a) RM6.00
b) RM7.50
Kaedah pembayaran pula adalah melalui :
1) Amil fitrah yang dilantik; atau
2) Bayaran atas talian :
- i) Aplikasi SnapNPay
- ii) Portal MyEG
- iii) JomPAY
- iv) Laman sesawang Ejen-Ejen Bank
14. Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kadar zakat bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan adalah :
a) RM5
b) RM7
Kaedah pembayaran pula adalah :
1) Amil fitrah yang dilantik; atau
2) Kaunter PPZ – MAIWP, atau
3) Bayaran atas talian:
- i) Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank);
- ii) Melalui portal PPZ: fitrah.zakat.com.my
- iii) Portal MyEG
- iv) Pos Online
- v) PayHalal
- vi) U-Mobile
Kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing hendaklah dipilih oleh setiap pembayar zakat.
- Contohnya jika beras daripada jenis Super Tempatan dijadikan makanan harian untuk umat Islam di negeri Melaka dan perlu membayar sebanyak RM7.
- Manakala bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah beras basmathi, beras wangi dan seumpamanya perlu membayar kadar RM14.
Senarai Cara Bayar Zakat Fitrah Online
Bagi memudahkan anda semak pautan untuk Cara bayar zakat fitrah online bagi setiap negeri termasuk pembayaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kl Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang Penang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Johor, Selangor dan Perlis seperti di bawah ini.
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Zakat KUALA LUMPUR (PPZ – MAIWP) | zakat2u.com.my |
Zakat SABAH (MUIZ) | appszakat.sabah.gov.my |
Zakat SARAWAK di Baitulmal (TBS) | pelanggan.tbs.org.my |
Zakat TERENGGANU (MAIDAM) | epay.maidam.gov.my |
Zakat KELANTAN (E-MAIK) | zakat.e-maik.my |
Zakat PERLIS (Maips) | maips.gov.my |
Zakat PULAU PINANG (Pusat Pungutan Penang) | zakatpenang.com/jompay |
Zakat KEDAH | jom.zakatkedah.com.my |
Zakat PAHANG (MUIP) | zakatpahang.my/index.php/bayar-zakat |
Zakat PERAK (eZakat MAIP) | ezakat.maiamp.gov.my |
Zakat SELANGOR (MAIS) | fpx.zakatselangor.com.my |
Zakat MELAKA (MAIM) | pay2.izakat.com |
Zakat NEGERI SEMBILAN (PZNS) | zakatns2u.biz/fitrah/ |
Zakat JOHOR di majlis agama islam johor (MUIJ) | Zakat fitrah.maij.gov.my |
Semoga ibadah puasa yang kita jalankan pada tahun ini lebih baik dan sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya.
Keberkatan Ramadhan ini marilah kita rebut dengan berpuasa, berzakat dan memperbanyak amal-amal kebaikan.
Selamat menyambut Ramadhan buat anda semua.
P/S: Diharapkan perkongsian cara bayar zakat fitrah online ini membantu anda melakukan pembayaran dari rumah tanpa perlu bersesak-sesak di luar sana.