Yoodo SIM 2023: Login Yoodo Unlimited Internet Package coverage
Yoodo merupakan syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan atau servis pelan mudah alih digital. Di era arus digital ini, yoodoo menjadi pilihan masyarakat hari ini.
Walaupun ianya masih baru bertapak di Malaysia, sudah ramai yang telah menggunakan pelan ini. Syarikat Yoodo celcom ini diurus dan diselia oleh syarikat telekomunikasi gergasi iaitu Celcom Axiata Berhad.
Yoodoo menawarkan ciri-ciri pelan mudah alih seperti pelan mudah alih yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengubah pelan mengikut keperluan pengguna tanpa dikenakan caj tambahan.
Pengubahsuaian pelan boleh dibuat pada kadar data, panggilan dan mesej. Pelanggan berhak membuat pilihan mereka sendiri tanpa terikat dengan mana-mana kontrak. Bahkan ianya berbeza dengan syarikat telekomunikasi seperti Tune Talk, Maxis, Digi dan Umobile, dimana semuanya ditetapkan oleh pihak telekomunikasi sebelum membuat langganan.
Senarai Kandungan Penting:
Pakej Yoodo Plan Unlimited Internet
Pakej pelan Yoodo unlimited ini boleh dilanggan di laman sesawang https://www.yoodo.com.my seperti pada Rajah di bawah.
- BACA SINI >> Celcom postpaid plan 2023: topup prepaid pay bill payment online
- BACA SINI >> Maxis postpaid plan 2023: cara topup prepaid & pay bill payment
- BACA SINI >> Maxis fibre home: maxis customer service vs digi celcom
- BACA SINI >> Touch N Go card Refund: eRefund TNG Status Expired
Berikut merupakan antara pakej Yoodo Plan yang ditawarkan pada masa kini;
- Unlimited Bajet Plan yang berharga RM35 / sebulan.
- Unlimited Atas Plan yang berharga RM43 / sebulan.
- Pelan Berkelajuan Tinggi iaitu pelan data abam jimat, makcik bawang, GG, Kepochi dan Ketua yang bermula dari harga RM20 / sebulan sehingga RM60/sebulan.

Cara Akses Masuk Yoodo Login
Bagi individu yang berminat untuk melanggan Yoodo, mereka mestilah memuat turun aplikasi Yoodo terlebih dahulu.
Aplikasi Yoodo boleh dimuat turun di telefon bimbit menerusi App Store atau Play Store.
Setelah selesai mendaftar, pelanggan boleh mula log masuk ke dalam sistem Yoodo dengan memasukkan alamat emel dan kata laluan yang sah seperti yang didaftarkan menerusi aplikasi Yoodo login masuk.
Cara Bayar Yoodo Bill Paymant Online
Bil telekomunikasi mestilah dibayar pada setiap bulan jika masih aktif menggunakannya.
Pembayaran bil ini bergantung kepada kadar harga pakej yang dilanggan oleh pelanggan.
Oleh itu, pembayaran bil Yoodo ini boleh dibuat melalui aplikasi GrabPay, Touch N Go, Boost,Paypal, kad kredit / kad debit atau melalui perbankan atas talian.
Ini akan memudahkan pelanggan membuat bayaran tanpa perlu ke kiosk atau ke mana-mana cawangan berdaftar.
Bukan itu sahaja, ianya dapat menjimatkan kos perjalanan dan menjimatkan masa pelanggan.

Cara Check Yoodo Coverage
Yoodo merupakan servis telekomunikasi mudah alih yang diurus dan diselia di bawah Syarikat Axiata Celcom Berhad, di mana liputan internetnya menggunakan rangkaian Celcom 4G+.
Ianya merupakan jaringan internet yang paling laju di Malaysia yang meliputi seluruh kawasan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, pelanggan boleh melayari laman sesawang www.celcom.com.my coverage Yoodo Malaysia untuk memeriksa liputan jaringan internet di kawasan anda.
Masukkan alamat kawasan tempat anda dan klik “Enter/ Search” untuk melihat tahap kualiti Yoodo di kawasan anda.

Cara Daftar Kad Sim Yoodo
Perkhidmatan mudah alih Yoodo sim ini menjadi tarikan masyarakat kerana ciri-ciri yang ditawarkan berbeza dengan telekomunikasi lain.
Pelanggan boleh mula mendaftar servis Yoodo ini dengan mengikuti cara-cara seperti dibawah;
- Pelanggan perlu memuat turun aplikasi Yoodo ini di telefon bimbit anda menerusi aplikasi Google Apps Store atau Apple Play Store
- Kemudian, buka palikasi tersebut dan klik pada butang “Daftar”
- Masukkan alamat emel dan kata laluan serta klik pada butang “Seterusnya”.
- Kod pengesahan akaun akan dihantar ke alamat emel anda.
- Masukkan kod pengesahan tersebut dan klik pada butang “Hantar”.
- Akhir sekali, skrin akan memaparkan “Pendaftaran Berjaya”
Cara Dapatkan Yoodo Sim Card Percuma dan Free
Kad sim Yoodo boleh didapati dengan dua (2) cara iaitu melalui laman sesawang Yoodo atau menerusi aplikasi Yoodo.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan sim Yoodo melalui laman sesawang Yoodo;
- Layari laman sesawang https://app.yoodo.com.my seperti pada Rajah di bawah

- Klik pada butang “Mulakan”.
- Kemudian, pelanggan perlu memilih pelan “Saya cuma nak SIM PERCUMA, tolong” dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Pelanggan seterusnya perlu log masuk dengan memasukkan alamat emel dan kata laluan serta klik pada butang “Seterusnya”.
- Masukkan alamat penghantaran seperti pada Rajah di bawah dan klik pada butang “Seterusnya”.

- Masukkan nama penuh dan nombor telefon penerima.
- Pelanggan perlu memilih kaedah penghantaran mana yang diperlukan dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Akhir sekali, bagi pemilihan kaedah penghantaran yang berbayar, pelanggan perlu membuat bayaran.
- Manakala, bagi penghantaran secara percuma, pelangga perlu menunggu yoodo esim tersebut dihantar ke rumah anda.

Claim Promotion Yoodo Promo Code
Antara promosi Yoodo yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- Langganan 20GB pada harga RM20 sahaja.
- Potongan promotion yoodo 40 peratus pada add-ons.
- Pelanggan akan menerima kod referral jika mengajak kawan anda melanggan Yoodo seperti kod promo (akan dikemaskinikan)
- Pelanggan akan mendapat faedah 7GB secara percuma dengan menebus kod promo tersebut.
Cara Contact Yoodo Customer Service
Jika anda sebagai pelanggan Yoodo, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Yoodo hotline menerusi tiga (3) cara seperti dibawah;
- Sembang Langsung.
- Yoodo customer service boleh dilakukan menerusi Whatsapp.
- Melalui penyerahan tiket dan akan dihubungi oleh ajen Yoodo.

Yoodo Celcom vs Tunetalk vs Unifi vs Hotlink, Mana Lagi Bagus
Ketiga-tiga perkhidmatan mudah alih seperti Yoodo, Tune Talk dan Unifi ini membawa kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dari segi ciri-ciri yang ditawarkan antara satu sama lain.
Penggunaan servis telco ini semestinya bergantung kepada bajet dan tujuan penggunaan pengguna.
Pengguna berhak untuk memilih telco mana sahaja yang menjadi keinginan mereka.
Namun, secara umumnya, Yoodo dan Tune Talk merupakan telco yang berada di bawah rangkaian jalur lebar Celcom Berhad, manakala Unifi pula di bawah penyeliaan Telekom Malaysia.
Oleh sebab itu, Yoodo dan Tune Talk tidak membawa perbezaan yang ketara dari segi liputan dan kelajuan Mbps nya.
Bagi pengguna Yoodo, semestinya pengguna boleh menikmati pelan mudah alih yang boleh dipilih sendiri mengikut keinginan dan kegunaan individu yang juga mengetengahkan pakej pelan tanpa had dengan kelajuan 3Mbps dan 6Mbps.
Kuota hotspot sebanyak 2GB dan juga pakej add-on yang ditawarkan boleh dipilih oleh pelanggan mengikut bajet persendirian.
Walaubagaimanpun, bagi Tune Talk pula, pelanggan juga menikmati liputan rangkaian tanpa had dengan kelajuan internet 6Mbps serta panggilan tanpa dan hotspot sebanyak 5GB.
Selain itu, pelanggan perlu membayar lebih tinggi jika ingin langganan yang dibuat tidak memadai dengan kegunaan semasa.
Tambahan pula, bagi rangkaian telco Unifi, atau dikenali dengan Unifi Bebas menawarkan rangkaian mudah alih tanpa had dan juga hotspot tanpa had.
Namun, Unifi Bebas ini tidak mempunyai kuota suara. Kekurangannya apabila kuota internet tanpa had bersambung ke rangkaian 2G atau 3G, maka line internet pelanggan akan tiada.
Hanya rangkaian LTE sahaja pelanggan dapat melayari internet.
Secara tuntasnya, Yoodo adalah pilihan yang paling bagus antara ketiga-tiga telco tersebut kerana kebebasan yang ditawarkan oleh syarikat Yoodo memudahkan pelanggan untuk melanggan tanpa perlu menelan kos yang tinggi serta dapat digunakan untuk tujuan yang diinginkan.