Web Hosting Malaysia: Terbaik & Speed Laju Tetapi Murah

Senarai ranking web hosting malaysia terbaik & speed laju tetapi harga murah bagi tahun 2022 antara exabytes shinjiru bluehost webServer yeahhost hostinger

web hosting malaysia terbaik

Berdasarkan pengalaman kami sendiri lebih 10 tahun dalam lapangan internet marketing, kami kongsikan senarai website hosting malaysia yang terbaik sepanjang kami menguruskan beberapa portal dan buat blog sendiri. Pemilihan web hosting cukup penting bagi memastikan operasi website anda tidak mengalami masalah seperti uptime, apabila ada masalah senang untuk hubungi bahagian support.

Syarikat web hosting ada banyak di Malaysia. Ada bagi harga murah, servis tidak memuaskan. Ada bagi harga mahal, servis memuaskan. Ada juga bagi harga mahal, servis mengecewakan. Terlalu banyak. JADI TUGAS KAMI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMILIH!

Berbanding di Malaysia, ada banyak lagi syarikat webhosting di luar negara yang boleh kami cadangkan dan SEMESTINYA terbaik untuk anda gunakan contohnya BLUEHOST ataupun KINSTA.

Ini kerana kami sendiri menggunakannya dan kami SANGAT BERPUAS HATI. Tetapi untuk permulaan / NEWBIE, kami cadangkan anda rujuk senarai webiste dan bloghosting Malaysia seperti di bawah ini.

Senarai Web Hosting Malaysia Terbaik

Selepas menggunakan kelima-lima syarikat webhosting Malaysia, ini senarai ranking web hosting malaysia yang terbaik berdasar pengalaman kami selama tempoh 10 tahun.

RANKINGWEBSITE HOSTINGTAHAP
1ServerFreakSANGAT MEMUASKAN
2IpserveroneBERPUAS HATI
3DataklOk
4ExabytesBiasa
5NetklBiasa

1) Shared WebHosting Malaysia Sesuai & Terbaik Untuk Wordpress

Kami bermula buat blog dengan menggunakan servis perkhidmatan dari NETKL.

Masa itu masih bertatih lagi. Jadi apa yang ada di depan mata, kami gunakan sahaja. Dahulu NETKL terkenal dengan penyedia domain yang jual pada harga yang murah untuk sesiapa yang mahu membuat blog. DAHULU…..

Jadi alang-alang kami sudah beli domain di situ, kami terus subscribe hosting NETKL. Apa yang kami puji tentang NETKL ini, support yang diberikan sangat BAGUS.

Hari berganti hari, pengunjung trafik ke blog terus meningkat. Malangnya spesifikasi pakej web hosting yang ada pada Netkl tidak menampung. AKHIRNYA…..

dedicated server malaysia terbaik

2) Semi Dedicated Server

AKHIRNYA…kami berpindah ke webhosting DataKL. Kami memilih pakej semi dedicated server seusai dengan kapasiti trafik blog kami pada masa tu.

Begitu juga NETKL, support dari pihak DATAKL juga bagus. Mudah menerima respon dari mereka setiap kali berhadapan dengan masalah.

Apabila trafik kami terus meningkat tinggi, syarikat Datakl tidak mampu menawarkan pakej yang bersesuaian dengan kehendak semasa kami. Kami perlu memilih syarikat hosting lain untuk menguruskannya.

3) Pindah Ke Dedicated Server Malaysia

(i) ipserverone Malaysia

Kali ini kami memilih syarikat web hosting ipserverone. Buat pertama kali pada masa itu, kami memilih pakej dedicated server untuk website / blog kami.

Kami berpuas hati dengan spesifikasi yang diberikan dan prestasi speed blog / website kami.. Respon support daripada pihak mereka pun memuaskan.

Tetapi sayangnya pakej harga dedicated server yang diberikan AGAK MAHAL. Kami sempat menggunakan servis mereka sekitar 2 tahun dan selepas itu kami bertindak untuk pindahkan / migrate blog / website kami ke syarikat lain.

(ii) Exabytes Malaysia

Sebelum kami memilih exabytes, terus terang kami ada rancangan untuk ambil pakej dengan syarikat web hosting Shinjiru.

Ini kedua pakej harga bagi kedua-dua syarikat pada masa itu hampir sama tetapi jauh lebih MURAH berbanding IPSERVERONE pada masa itu.

Tetapi entah kenapa, kami memilih Exabytes pada masa itu. Mungkin iklan agresif Exabytes pada masa itu yang boleh nampak di mana-mana website dan blog di Malaysia.

Jadi, akhirnya kami syarikat Exabytes jadi pilihan kami.

Malangnya, prestasi dedicated server Exabytes TIDAK MEMUASKAN dan support dari pihak mereka juga amat MENGECEWAKAN tidak setanding dengan status sebagai salah sebuah syarikat gah untuk menyediakan webhosting dan dedicated server.

4) Dedicated Server Murah & Speed Laju

Dan akhirnya, pejam celik pejam celik sudah lebih 5 tahun serverfreak menjadi pilihan kami untuk menguruskan website dan blog kami sejak berpindah dari Exabytes sehingga ke hari ini.

Boleh baca pengalaman kami sendiri sepanjang menggunakan servis Serverfreak di link pautan di bawah ini

BACA SINI: Serverfreak Review yang JUJUR berdasar pengalaman sendiri (BERBALOI-BALOI BACA)

Kesimpulan, ada banyak syarikat wordpress hosting di Malaysia seperti Yeah Host, Exabytes, Thegigabit, icore, webserver, internet webhosting (iwhost), ipserverone, shinjiru, jimat, hostinger, syokhost, gb network dan yang terbaik semestinya SERVERFREAK

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa itu web hosting

Dalam bahasa mudah maksud Web hosting adalah ibarat rumah bagi domain anda , di mana merupakan sistem yang mampu menyimpan data untuk membuat website / laman web / blog anda anda aktif untuk tatapan pengguna / trafik. Semakin tinggi trafik, semakin tinggi kos web hosting dan semakin hebat spesifikasi hosting tersebut.

2. Apa itu shared web hosting

Anda sebagai pengguna shared web hosting di malaysia terpaksa berkongsi beramai-ramai dengan pemilik domain yang lain pada satu-satu masa. Sesuai utuk blog baru tetapi tidak lagi sesuai untuk website / blog yang sudah menerima peningkatan trafik.

3. Apa itu dedicated server

Dedicated server adalah merupakan komputer tunggal dalam rangkaian yang mana anda sebagai pemilih mempunyai hak tunggal untuk menggunakan nya secara eksklusif tanpa berkongsi dengan sesiapa.

4. Pilihan terbaik dedicated server vs vps vs cloud server?

Didicated server adalah lebih baik dan yang terbaik berbanding dari VPS atau banding Cloud Server dalam banyak perkara termasuk prestasi CPU

5. Berapa kos harga untuk guna dedicated server?

Untuk kos harga dedicated server di Malaysia yang sesuai untuk trafik yang tinggi mesti di atas RM600 ke atas.

6. Bolehkah saya beli, memiliki dan menguruskan server sendiri?

BOLEH! Dan anda akan dapat kos yang lebih murah. Jika anda mampu untuk menguruskan server anda sendiri, dipersilakan. Tetapi untuk kami yang tiada masa dan kepakaran, kami memberikan tugas tersebut sepenuhnya kepada yang lebih pakar dalam bidang lapangan ini.

Semoga perkongsian senarai ranking web hosting malaysia terbaik pada harga murah ini membantu anda buat blog & menguruskan website. TERBAIK!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia