Wang Tidak Dituntut : Semakan Pembayaran WTD Online

Pembayaran Wang Tidak Dituntut : Semakan WTD Online

Adakah anda ada akaun bank yang ditutup, anda telah lupa sepenuhnya entah berapa sebenarnya baki yang tinggal di dalam akaun tersebut? Ataupun deposit wang anda yang telah ditinggal untuk sekian lamanya.

wang tidak dituntut

Mungkin ramai yang tidak sedar, baki duit seperti ini akan diiktiraf sebagai wang tidak dituntut (WTD) yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) di bawah dana yang dipanggil sebagai amanah yang disatukan.

Walaupun ramai yang mula bertanyakan dan mengutip wang masing-masing tetapi berdasarkan rekod masing banyak lagi dana yang tidak terusik. Mungkin ia milik orang yang sudah meninggal dunia? Mungkin juga.

Sehingga bulan lepas, masih ada sejumlah RM5.7 bilion wang tidak dituntut sejak dari tahun 1977. Wow, lamanya.

Antara yang boleh dikategorikan sebagai wang tidak dituntut adalah seperti berikut :

  • akaun simpanan
  • akaun semasa
  • akaun deposit

Tetapi jangan ada yang mengatakan wang tersebut akan berkembang dan bertambah berdasarkan nilai faedah tertentu. Tidak sama sekali. Jangan berfikir begitu.

Jangan risau dana ini tiada tarikh luput, boleh disemak dan dituntut pada bila-bila masa sahaja. Dalam pada yang sama, Jabatan Akauntan Negara juga sedang membangunkan sistem semakan wang tidak dituntut online yang akan beroperasi bermula tahun 2018 ini. Jadi nantikan.

Cara Mudah Semakan Wang Tidak Dituntut

Caranya mudah sahaja.

  1. Anda hanya perlu ke mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara ANm yang terdekat dengan kediaman anda.
  2. Tunjukkan kad pengenalan di kaunter untuk semakan
  3. Nah, nanti akan akan ketahui adakah ada dana untuk dikembalikan kepada anda atau tidak

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...