Senarai Harga Kereta terkini Volkswagen 2020 dan model Volkswagen terbaru
Jikalau di Malaysia, orang Malaysia kurang minat dengan jenama kereta ini. Sangat jarang jenama volkwagen malaysia berada di atas jalan raya.
Orang Malaysia masih lagi tipikal dengan jenama kereta seperti ini, tetapi sinonim dengan jenama Toyota (Toyota Vios) atau Honda (Honda City atau honda civic baru KETAM).
Kata orang VW membawa maksud Visit Workshop. Ini semua gara-gara sejarah hitam volkswagen malaysia yang tidak bertindak drastik melakukan apa yang terbaik berdasarkan kehendak dan aduan pelanggan mereka. Ini kisah dahuli…
Sekarang ini kita boleh lihat sendiri, pihak mereka ini agak agresif menawarkan kempen dan vw promotion bagi model mereka untuk siri 2020 kali ini. Pelbagai pakej diskaun yang ditawarkan pada anda yang mahu merasa kereta Conti ini. Ini semua dilakukan bagi memenangi hati rakyat Malaysia semua dengan harapan lebih ramai yang berminat dan beli model jenama kereta ini.
Harga Kereta Volkwagen Malaysia 2020
Di jadual bawah ini dikongsikan kepada anda senarai model kereta di untuk tahun 2020 sebagai rujukan kepada anda
MODEL | HARGA VW |
---|---|
Polo | RM75,730 |
Vento | RM85,430 hingga RM92,045 |
Jetta | Sudah tiada lagi di pasan Malaysia gara-gara tidak dapat berdepan saingan sengit untuk segmen C terutamanya dari model Honda Civic |
Beetle | RM153,095 |
Tiguan | RM166,560 |
Harga Passat 2020 | RM189,012 |
Volkswagen Golf | RM174,110 hingga RM305,562 |
SUMBER Volkswagen Passenger Cars Malaysia VPCM mengumumkan harga baharu selepas diskaun cukai jualan: https://www.volkswagen.com.my/model-and-configurator/models
Kelebihan Kereta VW
- Tolak tepi perkara lain. Tetapi jikalau anda sudah merasa handling dan performance kereta VW, anda tidak pandang lagi jenama kereta Toyota atau Honda. Memang sedap.
- Jimat minyak dan drive sangat selesa tatkala di selekoh pada kelajauan tinggi. Anda sendiri akan rasa lebih yakin bawa kereta ini walaupun dengan hanya bawa Vento atau Polo sekalipun
Kekurangan
- Terus terang kami akui service volkswagen cars agak mahal di Malaysia. Jikalau poket anda biasa-biasa, kami sarankan anda boleh cari model kereta lain
Bayaran Bulanan Bagi Harga Kereta Volkswagen 2020
Akan dikemaskinikan
Kereta Volkswagen Malaysia Promotion 2020
Akan dikemaskinikan
Dan sekarang ini, secara rasmi tiada lagi penjualan kereta Bettle dan Jetta dek kerana strategi terbaru syarikat volkswagen ini pada masa akan datang bagi pasaran Malaysia.