Visa Malaysia Check Online www.imi.gov.my untuk tourist & cek Work Permit
Visa Malaysia merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara mengikut negara residensi pemohon dengan kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertujuan untuk membenarkan pelancong asing memasuki Malaysia untuk sesuatu tempoh dan tujuan tertentu.
BACA SINI >> myimms e services: eservices.imi.gov.my Status Malaysia
Visa ini akan diluluskan dengan kebenaran pihak imigresen sesebuah negara dengan tujuan untuk menetap di sini untuk tempoh masa yang telah ditetapkan sahaja.
Terdapat tiga (3) jenis visa yang ditawarkan iaitu visa sekali masuk, visa beberapa kali masuk dan visa transit.
Cara Apply Visa Malaysia Secara Online
Permohonan visa online boleh dilakukan dengan dua (2) cara iaitu dengan membuat permohonan menerusi kaunter di Pejabat Perwakilan / Kedutaan Malaysia atau secara atas talian yang dikenali sebagai eVisa.
- BACA SINI >> Ukuran gambar background passport
- BACA SINI >> Money Changer Near Me: Tukar Duit Malaysia Rate Murah Terbaik
- BACA SINI >> Renew Driving License Malaysia: Cara Buat International License
Bagi permohonan menerusi kaunter, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan oleh pihak PPM bagi tujuan pengeluaran visa tersebut.
Manakala, bagi permohonan atas talian, pemohon perlu akses portal check visa online, www.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini

Dokumen Yang Diperlukan
Permohonan e visa check yang dilakukan di Pejabat Pewakilan, pemohon perlu membawa dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan meluluskan permohonan visa pemohon.
Terdapat dua (2) jenis visa application malaysia iaitu permohonan visa tanpa rujukan (VTR) dan permohonan visa dengan rujukan (VDR).
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan VTR adalah seperti berikut;
- Pasport asal pemohon beserta dua (2) salinan fotostat pasport.
- Dua (2) salinan borang permohonan visa online (Form IMM.47) yang telah difotostat.
- Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon.
- Tiket penerbangan pergi dan balik atas nama pemohon beserta dua (2) salinan fotostat.
- Penyata bank persendirian pemohon.
- Surat jemputan atas nama pemohon jika melibatkan urusan perniagaan.
- Bayaran visa.
Manakala, dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan VDR adalah seperti berikut;
- Surat kelulusan permohonan visa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen atau agensi berkuasa beserta dua (2) salinan fotostat passport.
- Dua (2) salinan passport yang telah difotostat.
- Dua (2) salinan borang permohonan visa (Form IMM.47) yang telah difotostat.
- Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon.
- Tiket penerbangan pergi dan balik atas nama pemohon beserta dua (2) salinan fotostat.
- Penyata bank persendirian pemohon.
- Bayaran visa.
Cara Check Status Visa Malaysia Kelulusan Online
Bagi memohon visa Malaysia dipohon menerusi Pejabat Perwakilan Malaysia, status permohonan visa akan dimaklumkan kepada pemohon selepas dua (2) sehingga tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh permohonan.
Pemohon akan menerima emel berkenaan dengan status visa tersebut.
Cara mohon visa yang dilakukan secara online iaitu eVisa pula boleh disemak menerusi laman sesawang www.imi.gov.my visa check.
Kenapa Permohonan Visa Malaysia Tidak Lulus & Kena Tolak
Permohonan visa Malaysia bagi pelancong asing yang perlu membuat permohonan visa bagi kemasukan ke Malaysia adalah diwajibkan.
Pelancong yang gagal untuk mengemukakan visa untuk masuk Malaysia layak dikenakan tindakan undang-undang dan dinafikan untuk memasuki Malaysia.
Kelulusan permohonan visa ini adalah bergantung kepada dokumen-dokumen yang dilampirkan oleh pemohonan.
Walaubagaimanapun, visa ini juga boleh dinafikan oleh pihak Pejabat Perwakilan dan Jabatan Imigresen atas alasan tidak lulus.
Faktor-faktor penyebab kepada permohonan visa Malaysia ditolak adalah disebabkan oleh;
- Dokumen yang diperlukan oleh pihak Pejabat Perwakilan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia tidak lengkap atau salah.
- Visa yang dipohon bukan atas tujuan lawatan sosial atau perniagaan.
- Pasport pemohon kurang daripada enam (6) bulan daripada tarikh tamat tempoh.
- Pemohon pernah disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia.
- Dokumen yang diserahkan oleh pemohon visa adalah meragukan.
- Tiket pulang dari Malaysia tidak dikemukan.
Bolehkah Check Online Malaysia Visa By Passport Number
Permohonan malaysia visa check online by passport number tidak boleh sama sekali disemak secara atas talian dengan menggunakan nombor passport.
Segala keputusan permohonan sama ada diterima atau ditolak akan dimaklumkan kepada pemohon visa menerusi emel.
Pelancong Negara Mana Perlu Apply Malaysia Tourist Visa
Visa Pelancong adalah visa yang dikenali sebagai Visa Dengan Rujukan (VDR).
Visa ini membenarkan pelancong asing memasuki Malaysia dengan tujuan lawatan sosial tidak melebihi 3 bulan.
Visa ini dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan dengan kelulusan Jabatan Imigresen.
Berikut merupakan senarai pelancong yang perlu membuat permohonan visa pelancong;
- Afghanistan
- Angola
- Bangladesh
- Bhutan
- Burkina Faso
- Burundi
- Cameroon
- Central African Republic
- China
- Colombia
- Comoros
- Democratic Republic of the Congo
- Republic of the Congo
- Ivory Coast
- Djibouti
- Equatorial Guinea
- Eritrea
- Ethiopia
- Ghana
- Guinea-Bissau
- Hong Kong
- India
- Liberia
- Mali
- Mozambique
- Myanmar
- Nepal
- Niger
- Niger
- Pakistan
- Rwanda
- Serbia
- Montenegro
- Sri Lanka
- United States
- Western Sahara
Berapa Harga Permohonan Visa Price Malaysia 2023
Berikut merupakan harga bayaran visa Malaysia yang dikenakan ke atas pemohon daripada negara-negara berikut;
NEGARA | KADAR VISA (RM) | HARGA VISA TRANSIT (RM) |
---|---|---|
Argentina | 20.15 | 4.10 |
Bangladesh | 20.00 | 20.00 |
Bhutan | 20.00 | 20.00 |
Bolivia | 11.00 | 11.00 |
Burma | 19.50 | 6.60 |
Brazil | 17.00 | 17.00 |
Bulgaria | 21.90 | 11.00 |
Chile | 24.50 | 24.50 |
P.R.China | 30.00 | 30.00 |
Costa Rica | 9.00 | 20.00 |
Czech & Slovak | 19.30 | 8.20 |
Denmark | 6.00 | – |
Dominican Republik | 12.90 | 9.65 |
Ecuador | 7.00 | 0.50 |
Finland | 7.00 | – |
France | 12.90 | – |
Haiti | 16.00 | 6.00 |
Hungary | 21.45 | 10.30 |
India | 50.00 | 50.00 |
Indonesia | 15.00 | 3.50 |
Israel | 9.70 | 1.10 |
Itali | 9.50 | – |
South Korea | 30.00 | 15.00 |
Liberia | 13.00 | 13.00 |
Mexico | 17.50 | 17.50 |
Myanmar | 20.00 | 20.00 |
Nepal | 20.00 | 20.00 |
Panama | 14.50 | 14.50 |
Pakistan | 20.00 | 20.00 |
Peru | 20.00 | 20.00 |
Poland | 26.20 | 8.00 |
Portugal | 6.50 | 6.50 |
Saudi Arabia | 17.20 | 8.60 |
Sri Lanka | 15.00 | 15.00 |
Sudan | 12.90 | 4.30 |
Amerika Syarikat | 6.00 | 20.00 |
Uruguay | 13.50 | 13.50 |
Venezuela | 18.00 | 18.00 |
Vietnam | 13.00 | 1.50 |
Lain-lain negara entri visa malaysia fees yang tidak dinyatakan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00 |
Soalan Lazim & FAQ
Adakah menggunakan visa untuk tinggal lebih lama adalah satu kesalahan kes jenayah?
Jika anda tinggal expiray date, anda boleh dikenakan denda dan penalti sebanyak Rm1000 atau bersamaan USD214 atau boleh kena penjara sehingga 5 tahun
Berapa lama pelancong yang guna tourist visa tinggal bercuti di negara ini?
Maksimum 90 hari