Berapa nilai tukaran USD to MYR: Nilai Tukar USD Ke Ringgit Malaysia Hari Ini
US Dollar atau yang dikenali sebagai Dolar Amerika Syarikat merupakan mata wang dunia. Mata wang dunia ini mula dicetak pada tahun 1914. Kod mata wangnya adalah USD.
Penggunaan mata wang dollar ini diiktiraf di seluruh dunia dan juga diterima sebagai mata wang rasmi oleh seluruh negara. Mata wang ini juga dikatakan paling banyak digunakan dalam urusniaga antarabangsa. Oleh sebab itu, ianya diangkat sebagai mata wang dunia.
Mata wang US Dollar ini digunakan dalam setiap transaksi perniagaan di seluruh dunia melibatkan transaksi antarabangsa dan di Amerika Syarikat sendiri.
Walaupun ianya bukanlah mata wang yang paling tinggi nilainya berbanding Euro, Dinar, Pound dan sebagainya, tetapi disebabkan oleh mata wang ini mendominasi ekonomi dunia, maka ianya diangkat dan diiktiraf sebagai mata wang dunia.
Berapa Tukaran USD to MYR Hari Ini
Sedang dikemaskinikan
- BACA SINI >> Tukaran Ringgit ke Rupiah Hari Ini 2023: Penukaran RM to RP
- BACA SINI >> Bercuti di Pulau Kapas: Pengalaman Trip 3 Hari 2 Malam
- BACA SINI >> Check eCCRIS BNM: Semak ccris report Online Percuma 2023
Kenapa Nilai Ringgit Malaysia Meningkat dan Mengukuh
Malaysia menggunakan mata wang Ringgit Malaysia, manakala Amerika Syarikat menggunakan mata wang US Dollar.
Kedua-dua mata wang ini saling berkait rapat antara satu sama lain apabila melibatkan transaksi antarabangsa. Malaysia kini mula bergerak ke arah pengukuhan ekonomi setelah berhadapan dengan krisis ekonomi yang telah menjejaskan mata wang Malaysia.
Ianya mula menguat jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia.

- Antara punca mata wang Malaysia semakin menguat berbanding US Dollar adalah disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang semakin meningkat.
- Malaysia adalah salah satu negara pengeluar minyak dunia. Pergerakan harga minyak mentah ini akan sedikit sebanyak memberi impak kepada mata wang Ringgit Malaysia.
- Anggota OPEC merupakan anggota yang bertanggungjawab mengawal pengeluaran minyak di dunia. Pengeluaran minyak yang rendah akan meningkat kadar harga minyak sekaligus meningkatkan dan mengukuhkan mata wang Ringgit Malaysia.
- Ekonomi dan politik saling berkait rapat. Apabila terjejasnya politik negara, ekonomi negara juga akan turut terjejas. Ini kerana pengurusan ahli politik melibatkan ekonomi negara mempengaruhi mata wang Malaysia.
- Mata wang Malaysia akan semakin menguat jika Malaysia mencapai kestabilan politik pada tahap optimum. Kestabilan politik akan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
- Oleh itu, pentadbiran politik di Malaysia memainkan peranan penting dalam menguatkan mata wang Malaysia agar setaraf dengan dengan negara-negara maju yang lain.
- Akhir sekali, pasaran saham Malaysia yang semakin meningkat akan mengukuhkan lagi mata wang Malaysia. Hal ini akan menyebabkan ramai pelabur asing berminat untuk melabur dalam pasaran bursa Malaysia. Aktiviti import dan export akan giat dijalankan.
- Ianya dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan. Walaubagaimanapun, banyak faktor yang perlu diambil kira kerana banyak punca yang boleh menjejaskan kenaikan dan penurunan matawang Malaysia.
SUMBER: Theedgee
3 Punca Nilai USD ke Ringgi Malaysia Hari Ini Semakin Mengukuh
Pengukuhan nilai US Dollar disebabkan oleh faktor ekonomi Amerika Syarikat yang semakin membaik dan meningkat. USD adalah mata wang yang paling berkuasa di dunia.
Ianya menjadi penanda aras kepada kejatuhan dan kenaikan mata wang dunia yang lain termasuklah Malaysia.
- Antara sebab faktor utama yang menjadikan matawang US Dollar semakin mengukuh apabila Rizab Persekutuan AS (Fed AS) meningkatkan kadar bunga Overnight Policy Rate (OPR).
- Kenaikan kadar bunga yang tinggi akan menjanjikan pulangan dengan kadar yang tinggi. Secara tidak langsung, ianya akan memberi kesan negatif kepada matawang Ringgit Malaysia kerana ianya boleh menyebabkan penjualan semula bon/ ekuiti oleh pelabur asing di pasaran Malaysia kerana dianggap akan merugikan mereka. Tuntasnya, matawang Ringgit Malaysia akan jatuh merudung.
- Selain itu, kadar ekonomi yang pesat dan kadar pengangguran yang tinggi di Amerika Syarikat secara langsung mengukuhkan matawang US Dollar. Kedua-dua elemen ini berkait rapat dan mampu menjejaskan matawang negara.
- Apabila ekonomi mula berkembang pesat, banyak transaksi antarabangsa dan tempatan akan dijalankan. Oleh itu, hal ini dapat menarik ramai pelabur asing apabila ianya dilihat memberi keuntungan pada jangka masa panjang.
- Bukan itu sahaja, ekonomi yang pesat akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang banyak akan mengurangkan kadar pengganguran. Oleh sebab itu, ianya saling berkait rapat.
- Akhir sekali, Amerika Syarikat merupakan antara negara yang paling terkenal dalam pasaran saham. Pasaran saham yang melibatkan transaksi export dan import ke negara luar memberi kesan kepada pengukuhan matawang US Dollar. Permintaan yang tinggi kepada barang dagangan Amerika Syarikat mengukuhkan matawang US Dollar.
- Ini kerana permintaan yang tinggi akan meningkatkan kadar ekonomi negara Amerika Syarikat. Ianya termasuklah barang dagangan yang diexport ke Malaysia. Oleh sebab itu, matawang dunia, US Dollar semakin mengukuh berbanding Malaysia.
Kesan Kepada Malaysia, Jika Nilai Tukar USD Dollar Hari Ini Melemah
Banyak kesan positif dan negatif akan berlaku ke Malaysia jika Rizab Persekutuan AS (Fed AS) mengumumkan mata USD semakin melemah.
Matawang USD yang semakin melemah akan memberi ruang kepada matawang Malaysia untuk meningkat. Pasaran saham Malaysia juga akan meningkat.
Secara tidak langsung, ianya akan menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Ini akan memberi keuntungan syarikat-syarikat di Malaysia.
Walaubagaimanapun, ianya juga mampu memberi impak negatif kepada transaksi export dan import apabila matawang USD semakin melemah.

Banyak syarikat export dan import akan mengalami kerugian disebabkan oleh kos yang semakin rendah. Kadar untung bersih juga akan terjejas.
Oleh itu, ianya sangat penting untuk memastikan kadar matawang dunia, US Dollar berada di tahap optimum supaya ianya memberi kesan positif kepada semua pihak termasuklah perniaga, pelabur dan masyarakat.
Impak Kepada Malaysia, Jika Nilai USD to Ringgit Semakin Mengukuh
Matawang USD yang semakin menguat dan meningkat akan menjejaskan banyak mata wang utama negara-negara yang lemah antaranya termasuklah Malaysia.
USD yang semakin menguat akan menjejaskan negara Malaysia. Kos sara hidup akan semakin meningkat kerana harga barangan yang semakin meningkat.
Ketidakstabilan ekonomi akan berlaku yang akan menjejaskan banyak individu terutamanya individu yang berpendapatan rendah.
Bukan itu sahaja, USD yang semakin menguat akan mengurangkan kadar kemasukan pelabur asing ke Malaysia. Matawang Malaysia akan dilihat tidak stabil dalam jangka masa yang panjang.
Ianya akan membawa kebimbangan kepada banyak pihak. Walaubagaimanapun, jika ekonomi Malaysia semakin pulih daripada inflasi dan menuju ke arah kestabilan, matawang Malaysia dilihat sebagai satu peluang untuk menguat seiring dengan matawang USD.
Oleh itu, industry politik memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan negara yang membangun seiring negara-negara maju yang lain.