UPIM Online: Sistem Institusi Pendidikan Mara (IPMA)

Semakan pengambilan UPIM Online : Sistem Masuk Ke Institusi Pendidikan Mara (IPMA) UNIKL, IKM, KPTM

upim online

Ada banyak institusi pendidikan mara di Malaysia di bawah kendalian MARA. Antaranya, Kolej Profesional Mara, Kolej Poly Tech MARA (KPTM), Kolej Mara yang dijadikan sebagai program persediaan untuk Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) atau Institut Kemahiran Mara (IKM), German Malaysia Institute (GMI) dan tidak lupa juga Kolej Profesional Mara (KPM), semua ini boleh masuk melalui sistems emakan pengambilan upim online.

Jadi untuk mengawal dan menguruskan segala permohonan online melibatkan kesemua institusi pendidikan mara (IPMA MARA) seperti yang tersenarai di atas ini, pihak MARA telah membangunkan sistem online dengan Unit Pusat Institusi MARA .

Sistem online ini akan menguruskan permohonan dan pengambilan sebanyak 2 kali setiap tahun (samada Januari atau Julai), baik yang mohon untuk program Foundation, Pra Diploma atau Sijil, Diploma sehinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).

Setakat ini sistem Unit Pusat Institusi MARA telah dapat menguruskan ribuan permohonan setiap tahun tanpa sebarang masalah dan kesulitan.

Semakan UPIM Online

Jikalau anda berminat untuk hantar permohonan ikm online, permohonan kolej profesional mara, permohonan unikl, permohonan GMI, permohonan KKTM sesi tahun ini, Permohonan KPTM boleh gunakan pautan yang Mypt3 kongsikan di jadual bawah ini :

PerkaraPautannnya
Sistem Pengambilan upimonline (SPUIM)KLIK SINI

upimonline

Senarai Kelebihan Belajar Di bawah IPMA

  1. Berpeluang untuk mendapatan pinjaman mara sepanjang tempoh pengajian anda di GMI, KPTM, ataupun di UNIKL
  2. Yang menariknya MARA menawarkan pinjaman tersebut boleh ditukarkan kepada biasiswa ataupun pengurangan pembayaran semula dengan syarat anda mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jadi anda berpeluang untuk tidak perlu pening-pening bayar semula pinjaman pendidikan yang telah anda lakukan pada jumlah yang tinggi.
  3. Malah institusi seperti KPM, KKTM, IKM memberikan kemudahan yuran FREE dan PERCUMA

Jadi apa tunggu lagi kepada adik-adik lepasan SPM ataupun STPM boleh cuba untuk mohon institusi MARA yang tersenarai di atas. Rebut peluang ini sekarang.

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top