UOB Online Banking: Daftar & infinity Bank Login Malaysia

Cara daftar UOB Online Banking: infinity Bank Login Malaysia

portal uob login online bank malaysia

Bank ini berkembang dari tahun ke tahun ke 19 buah negara dengan adanya 500 cawangan keseluruhannya termasuklah Malaysia.

Cawangan UOB ini terdapat di negara-negara seperti Australia, Brunei, Myanmar, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Tanzania.

Mengikut kepada jumlah aset yang dimiliki oleh institusi UOB ini, OUB tersenarai sebagai bank ketiga terbesar di Asia Tenggara. 

Bank ini menawarkan perkhidmatan kewangan seperti pinjaman, kad kredit, kad debit, perbankan syarikat, perbankan persendirian, unit amanah saham, deposit, pelaburan dan insurans kepada masyarakat. Informasi dan maklumat lanjut berkaitan dengan United Overseas Bank (OUB) ini boleh dilihat di portal rasmi https://www.uob.com.my

Cara Buka Akaun UOB Open Account

Dunia hari ini semuanya melibatkan transaksi bank. Setiap bank menawarkan kelebihan dan faedah yang berbeza.

Bagi individu yang berminat untuk membuka akaun bank UOB, berikut merupakan cara-caranya;

  1. Individu yang ingin membuka akaun baru bersama UOB mestilah menghadirkan diri di mana-mana cawangan bank UOB yang berdekatan.
  2. Kad pengenalan dan wang deposit mestilah dibawa bagi tujuan pembukaan akaun baru.
  3. Kemudian, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil oleh pegawai bank.
  4. Pegawai bank akan memberikan borang pembukaan akaun baru UOB untuk diisi.
  5. Anda mestilah mengisi borang tersebut dengan lengkap dan seterusnya menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bank semula setelah selesai mengisinya untuk diproses.
  6. Selepas itu, pegawai bank akan memberikan anda sehelai kertas persetujuan membuka bank akaun UOB dengan nombor akaun tertera padanya dan anda diminta untuk membayar deposit. Pembayaran akaun tersebut mestilah dibuat di mesin Cash Deposit Machine (CDM) di cawangan tersebut.
  7. Setelah selesai memasukkan deposit, pegawai bank akan memberikan kad debit untuk tujuan pengeluaran duit dan urusan-urusan lain.
  8. Akhir sekali, pegawai bank akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon di mesin ATM untuk keperluan OTP apabila menggunakan transaksi bank secara atas talian.
cara buka akaun uob open account

Cara Daftar UOB Online Banking

Individu yang membuka akaun UOB boleh mendaftar akaun perbankan internet UOB untuk memudahkan urusan yang melibatkan perbankan atas talian.

Bukan itu sahaja, pengguna boleh menghantar wang, membuat pembayaran bil, memeriksa penyata bank secara bulanan dan banyak lagi fungsi lain menerusi perbankan atas talian. Ianya boleh diakses oleh pengguna pada bila-bila masa sahaja.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun perbankan internet UOB;

daftar uob online banking
  • Klik pada butang “Register Now”.
  • Masukkan butiran peribadi pengguna dengan betul dan lengkap seperti pada Rajah di bawah ini dan tekan pada butang “Next”.
register uob internet banking
  • Masukkan kod OTP yang telah dihantar kepada pengguna menerusi SMS.
  • Seterusnya, pengguna perlu memasukkan nombor kad dan nombor pin serta klik pada butang “Next”.
  • Setelah itu, pengguna perlu mencipta “username” dan “password” bagi akaun perbankan internet UOB pengguna.
  • Akhir sekali, klik pada butang “Register” untuk mendaftar.

Cara Log Masuk UOB Login Online

Individu yang telah berjaya mendaftar perbankan internet UOB, mereka boleh mula log masuk ke akaun tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Hal ini dapat memudahkan urusan harian pengguna.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun perbankan internet UOB;

  1. Layari laman sesawang https://uob.com.my
  2. Masukkan username pengguna yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada butang “Submit”.
  4. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log In”.
  5. Akhir sekali, menu utama UOB akan dipaparkan.

Cara Register UOB Infinity Login

UOB Infinity merupakan akaun bank UOB yang membolehkan pengguna menguruskan keperluan transaksi bank bagi tujuan perniagaan yang lebih baik dan maju.

Ciri-ciri yang ditawarkan melaui UOB Infinity adalah senang dan selamat untuk digunakan.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar UOB Infinity;

uob infinity login malaysia
  • Klik pada butang “Apply Now”.
  • Isi butiran maklumat yang dikehendaki dan pengguna perlu cetak borang pendaftaran tersebut.
  • Bawa borang pendaftaran seperti pada Rajah di bawah ini ke cawangan bank UOB yang berdekatan.
uob sme login
  • Pengesahan cap jari pemohon perlu disahkan bagi pembukaan akaun UOB Infinity.
  • Setelah selesai, pendaftaran pemohon berjaya dan transaksi perniagaan boleh dijalankan melalui UOB Infinity.

Cara Login UOB Infinity

Individu yang berjaya mempunyai akaun UOB Infinity boleh log masuk ke akaun tersebut untuk melakukan transaksi bagi perniagaan pengguna.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun UOB Infinity;

login uob bank
  1. Layari laman sesawang https://my.infinity.uobgroup.com  seperti pada Rajah di atas ini
  2. Masukkan lokasi, ID perniagaan dan ID pengguna yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada butang “Next”.
  4. Masukkan kata laluan yang sah.
  5. Akhir sekali, klik pada butang “Log In” untuk log masuk ke akaun UOB Infinity.

Adakah UOB Bibplus Masih Aktif?

UOB Infinity merupakan portal rasmi baru yang menggantikan UOB BibPlus.

Platform UOB Infinity adalah platform yang lebih cekap dan efektif bagi menggantikan UOB BibPlus.

Ciri-ciri yang ditawarkan di bawah platform ini lebih canggih berbanding UOB BibPlus.

Oleh itu, UOB BibPlus sudah tidak lagi digunakan.

Kini, pengguna UOB BibPlus boleh beralih kepada UOB Infinity tanpa perlu membuat pendaftaran baru dan log masuk boleh dibuat menggunakan ID Pengguna dan ID Perniagaan yang sama.

Bank UOB Citibank Malaysia Bergabung

Institusi perbankan UOB telah berkembang pesat seiring perkembangan ekonomi dan teknologi Malaysia.

uob citibank malaysia

Dengan potensi kemajuan UOB yang semakin meningkat menyebabkan entiti ini mengambil alih institusi perbankan Citibank.

Hal ini telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Oleh itu, Mahkamah Tinggi Malaya memerintahkan Citibank untuk memindahkan segala aset dan liabiliti di bawah pengurusan bank UOB. 

Soalan Lazim & FAQ

1. United Overseas Bank Limited berasal dari negara mana

United Overseas Bank Limited merupakan sebuah institusi perbankan multinasional milik Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1935.

2. Apa nama asal UOB

Pada awalnya, ia dikenali sebagai United Chinese Bank (UCB) dan menukar nama kepada United Overseas Bank (UOB) pada tahun 1965. 

3. Bila UOB tersenarai di Bursa Malaysia

Pada tahun 1970, OUB tersenarai di dalam pasaran Bursa Malaysia dan menyediakan perkhidmatan dalam industri kewangan di Malaysia pada tahun 1993

Kini, pelanggan dan pengguna Citibank beralih kepada UOB bagi segala aktiviti perbankan termasuklah perbankan internet, pembelian saham, deposit, ekuiti dan banyak kali.

Tuntasnya, segala aset dan liabiliti milik Citibank kini dibawah penyelian dan pemilikan penuh UOB bermula pada 1 November 2022. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia