Cara Undi Pos: Daftar Permohonan Spr Postal Vote


Cara daftar permohonan, cara undi pos 2022 & syarat mengundi menggunakan spr postal vote

myspr permohonan undi pos 2022

Ia adalah merupakan salah satu kaedah pengundian melalui pos. Ianya dilakukan melalui edaran kertas undi kepada pengundi dan dikembalikan oleh pengundi di dalam suatu pilihan raya. Ianya berbeza dengan cara pengundian biasa dan pengundian secara elektronik.

BACA SINI >> Portal rasmi myspr semakan keputusan pilihanraya

Kaedah pengundian ini perlu dipohon terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dengan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan undi melalui pos ini hanya tertakluk kepada individu yang bertugas jauh, mempunyai ketidakdayaan untuk menghadirkan diri ke tempat mengundi dan pengundi yang tinggal jauh dari tempat mengundi.

Cara Daftar Permohonan Undi Pos

Cara daftar undi pos terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu 1A (Petugas pilihanraya, Pegawai SPR, polis, tentera dan pekerja media), 1B (warganegara Malaysia yang berada diluar negara tidak kira berkhidmat atau melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa) dan 1C (agensi atau organisasi).

Permohonan bagi kategori 1A hanya boleh dibuat secara manual iaitu dengan menghantar borang A1 ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya berkenaan. 

Manakala, permohonan mengundi pos bagi golongan yang melepasi syarat mengundi secara pos semasa pilihanraya bagi kategori 1B dan 1C boleh dipohon melalui atas talian di portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia https://myspr.spr.gov.my/login  seperti pada Rajah di bawah ini.

spr postal vote
  • Seterusnya, pemohon boleh klik pada butang “Permohonan Akaun Baru” untuk membuat permohonan kali pertama.
  • Isi maklumat pemohon seperti pada Rajah di bawah ini dengan betul dan lengkap, kemudiannya klik pada butang “Hantar” setelah siap diisi dengan maklumat yang betul.
cara mengundi pos
  • Selepas itu, log masuk kembali seperti pada Rajah di atas untuk membuat permohonan dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Pada laman SPR Malaysia, terdapat butang “Myspr Undian Pos”, klik pada butang tersebut dan isi maklumat pada Bahagian A serta semak dengan teliti maklumat-maklumat tersebut. Akhir sekali, klik pada butang “Daftar”.
  • Untuk menghantar borang undi secara pos, pemohon perlu memasukkan nombor TAC yang dihantar kepada pemohon melalui emel.
  • Setelah memasukkan nombor TAC, klik pada butang “Sahkan”.
  • Pemohon akhirnya boleh memuat naik borang 1B/1C mengikut kategori yang dipilih untuk rekod peribadi pemohon.

Syarat Undi Melalui Mengundi Pos

Bagi membolehkan seseorang untuk mengundi secara pos, mereka mestilah individu-individu yang tergolong dalam dua (2) kategori pengundi pos iaitu pengundi secara automatik dan pengundi secara permohonan.

Hal ini tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 pada Peraturan 3(1) dan Peraturan 4 yang membenarkan golongan-golongan ini untuk mengundi secara pos.

Pertama, kategori pengundi secara automatik ialah mereka yang layak secara automatik menjadi pengundi dengan syarat bahawa mereka ialah golongan Pengundi Tidak Hadir (PTH) iaitu penjawat awam yang bekerja diluar negara seperti di Indonesia, Vietnam, Korea, China dan negara lain, suami atau isteri kepada penjawat awam yang berkhidmat diluar negara, pelajar yang belajar diluar negara secara sepenuh masa serta suami atau isteri kepada pelajar yang belajar diluar negara secar sepenuh masa.

Kedua, kategori pengundi secara permohonan yang melepasi syarat untuk mengundi secara pos ialah anggota tentera, polis, Pasukan Gerakan Am, petugas pada hari pilihanraya, anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan individu yang diwartakan oleh SPR sebagai pengundi pos iaitu pekerja media dan warganegara Malaysia yang menetap diluar negara.

Tuntasnya, individu-individu yang tidak tergolong dalam golongan yang dibenarkan oleh syarat untuk mengundi secara pos adalah tidak layak untuk mengundi secara pos.

Cara Isi Borang 1a Undi Pos

Bagi pemohon bagi Kategori 1A, mereka ini perlu mengisi borang 1A SPR untuk membolehkan mereka mengundi secara pos.

Borang 1A seperti pada Rajah di bawah ini boleh dimuat turun melalui laman portal rasmi SPR https://www.spr.gov.my.

daftar borang 1a undi pos spr
  1. Bahagian A borang A1 ini hendaklah diisi dengan memasukkan nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan pemohon, alamat pemohon dan pemohon mestilah menanda kategori golongan mana bagi pemohon.
  2. Pada Bahagian B pula, pemohon mestilah mengisi Parlimen atau Dun dan negeri mana yang pemohon didaftarkan serta mengisi tarikh permohonan dan tandatangan pada bahagian yang disediakan.
  3. Seterusnya pada bahagian C, pihak yang mempunyai kuasa hendaklah memperakui borang ini bagi menunjukkan permohonan ini sahih dan menyatakan sebab spr postal vote ini dipohon.
  4. Ruangan tarikh, tandatangan dan cap rasmi jawatan hendaklah diiisi dengan baik di tempat yang disediakan.
  5. Setelah borang ini siap diisi dengan betul dan tepat, borang ini perlu dihantar kepada Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya. 

Cara Undi Pos

Prosedur cara mengundi pos di dalam negara Malaysia dan luar negara Malaysia adalah dengan mengikuti cara-cara seperti berikut;

  1. Pengundi mestilah memastikan nombor siri kertas undi adalah sama antara Borang 2 dan Sampul A. 
  2. Pengundi hendaklah menandakan kertas undi dan memasukkan kertas undi yang ditanda ke dalam sampul A dan digam dengan cermat.
  3. Pengundi wajib membaca dengan teliti “Arahan Kepada Pengundi” di belakang Borang 2 serta lengkapkan Borang 2 tersebut. Borang yang tidak lengkap berkemungkinan akan menyebabkan kertas undi anda akan ditolak.
  4. Pengundi hendaklah memasukkan Borang 2 yang siap diisi dan Sampul A yang mengandungi kertas undi ke dalam Sampul B serta gamkan Sampul B dengan cermat. Penghantaran kertas undi ini hendaklah dibuat dengan kadar segera.
  5. Akhir sekali, pengundi mestilah memasukkan Sampul B ke dalam peti surat Pos Malaysia atau melalui serahan tangan kepada Pegawai Pengurus. Khidmat penghantaran bagi pengundi luar negara adalah berdasarkan negara yang mereka menetap masing-masing.

YouTube video

Soalan Lazim & FAQ

1. Undi kategori pos ini untuk siapa

Ada diterangkan di artikel atas ini

2. Bila boleh mula mengundi pos

Biasa 2, 3 hari lebih awal pada hari mengundi yang sebenar

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia