Ubahsuai Rumah Hipster Asal Macam Penagih Dadah

Beli Rumah ‘Sampah’ Penagih Dadah, Akhirnya Berjaya Ubahsuai Rumah menjadi rumah Hipster Yang Wow!

ubahsuai rumah

Jikalau disingkap semula keadaan rumah ini pada asalnya. Tiada siapa yang berminat dengan rumah buruk yang boleh dikatakan ibarat tinggalan bekas tempat ‘sampah’ penagih dadah.

Sangat-sangat teruk.

Tetapi tidak untuk figura yang mahu dikenali dengan panggilan Mohd Khairul MK.

Ini kerana pertama kali melihat rumah ini, beliau sudah pun tahu apa yang mahu dilakukannya terhadap rumah buruk seperti ini sehingga menjadikan ia satu rumah impiannya sendiri.

Senarai Kandungan Penting:

Konsep Ubahsuai Rumah

Tidak mahu menerapkan tipikal design rumah orang dulu-dulu yang lebih mementingkan kepuasan tetamu yang datang berbanding kepuasan diri sendiri.

Ini termasuk hanya meletakan sofa tempat duduk dan hiasan pinggan-pinggan mahal semata untuk tatapan saudara mara, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang datang rumah.

Beliau mahu satu konsep industri yang minimalis tetapi praktikal untuk dirinya dan keluarga sendiri.

Koleksi Gambar

Sebelum Renovate

foto 1 1
foto 3 1
foto 2 1
foto 14 1

Ini hasilnya selepas renovate berjaya dilakukan……..

foto 4 1
foto 5 1
foto 6 1
foto 7 1
foto 8 1
foto 9 1
foto 10 1
foto 11 1
foto 12 1
foto 13 1

Idea-idea untuk ubahsuai rumah ini diperoleh sewaktu beliau melancong ke Australia dan juga negara Jepun. Yang mana-mana kedua-dua negara ini mempunyai satu persamaan, mereka membuat ruang di dalam rumah semuanya mempunyai tujuannya tersendiri walaupun tampak minimalis.

Yang paling penting kata Khairul, rumah yang diduduki ini adalah selesa untuk dirinya, isteri dan anak-anaknya. Tidak stress dari bajet yang melampau dan paling pentingnya ukur baju di badan sendiri.

P/S: Sumber Gambar & Kisah dari Khairul MK