Contoh Tugasan Sejarah PT3 : Kerja Kursus Sejarah Kegiatan Ekonomi
Jikalau sekarang ini, pelajar tingkatan 3 sedang bertungkus lumus menyiapkan Tugasan Geografi PT3, sekarang ini tiba giliran mereka untuk mula membuat semakan dan perancangan bagi perancangan menyiapkan tugasan Sejarah PT3 tahun ini.
Pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah dan juga Tugasan Sejarah PT3 merujuk kepada dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 yang mana anda perlu sertakan beberapa perkara dan isi penting termasuklah :
- Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
- Faktor Persetiaan Persekutuan 1895
- Kesan Persetiaan Persekutuan 1895
- Perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895
Pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk disiapkan kajian dan kerja kursus Sejarah PT3 sekurang-kurangnya 300 patah perkataan dan ke atas yang mana tempoh masa yang diberikan sekitar 2 minggu bermula 28 Jun 2015 sehinggalah 10 Julai 2015.
Anda boleh juga semak buku teks muka surat 46 untuk dijadikan rujukan.
Tugasan Sejarah PT3 : Senarai Penting Kandungan
Klik gambar di bawah ini untuk melihatkan contohnya…
- a) Tajuk : Terpulang kepada kreativiti contohnya anda boleh letakkan seperti Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
- b) Nama Penulis Tugasan Sejarah Pt3 : Nama Anda
- c) Isi Kandungan : Yang mana anda perlu sertakan 4 faktor, kesan dan juga perkaitan disebalik terjadinya Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
- (i) Pengenalan – Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895 (Punca, sebab dan bagaimana perjanjian ini perlu dilakukan)
- (ii) Faktor – Senaraikan sekurang-kurangnya 4 faktor punca Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 ditandatangani
- (iii) Kesan – Sertakan 4 kesan persetiaan Persekutuan 1895 melibatkan Negeri-Negeri Melayu
- (iv) Hubung kait dan Perkaitan Pembentukan Persekutuan dan Kedaulatan Malaysia.
Pelajar Tingkatan 3 perlu sertakan 3 perkaitan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 berserta dengan contoh dan penjelasannya. Bagai memudahkan anda memahami apa yang dikehendaki, MYpt3 sertakan contoh seperti di bawah ini :
– Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
– Kejayaan dalam perkembangan ekonomi
– Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan - e) Rumusan dan kesimpulan Tugasan : Pengetahuan nilai atau unsur patriotisme dan harapan
- f) Senarai sumber rujukan yang sahih dan lengkap : Contohnya : buku, internet, majalah, jurnal dan internet
Lagi Klik SINI : Senarai contoh peristiwa bersejarah di malaysia