Bercuti di Lombok Indonesia : Belanja Hanya RM504 Untuk 6 Hari

Tips Belanja budget dan Trip pengalaman Bercuti di Lombok Indonesia Hanya RM504 Untuk 6 Hari. Juga termasuk kos pergi dan tempat menarik di Lombok

Lombok bukan sahaja terkenal dengan Lombok gempa bumi seperti yang berlaku baru baru ini, tetapi Lombok Indonesia terkenal dengan pantai yang cantik dan penduduk yang ramah di sana. Banyak tempat menarik di Lombok. Buat anda yang tercari pengalaman bercuti kalangan rakyat Malaysia di Lombok Indonesia, boleh baca dan selami sendiri pengalaman oleh saudara Haris Jasmin.

bercuti di lombok

Salam kepada semua pembaca, kali ini saya akan berkongsi berkenaan pengalaman percutian budget ke Lombok selama 6 hari 5 malam

Di bawah ini, saya akan berkongsi jadual perjalanan sepanjang saya berada di Lombok Indonesia.

Pengalaman dan Itinerary Bercuti di Lombok

Lombok RM 500+-

  • 6 hari 5 malam (21 Februari 2017 – 26 Februari 2017)
  • 2 pax kongsi bersama (mudah bahagi bilik dan sewa motor)
  • semua kos untuk satu kepala.

Hari Pertama (21 Februari 2017)

  • KLIA2 ke Lombok Airport
  • Sampai pada 4.00 petang. Kalau mahu diikutkan ingin menginap di Gili Terawangan tapi sebab kelewatan penerbangan and bot terakhir ke Gili pada pukul 5 petang, jadi kami menginap sahaja di Senggigi.
  • Dari lapangan terbang ke Senggigi – ambil Damri Bus, mesti betul-betul dekat balai ketibaan. Tiket berharga 35 000rp sehala ke Senggigi.
  • Check in di Hotel Bumi Aditya (150 000rp semalam). Kami bahagi dua orang 75K + percuma sarapan.
  • Aktiviti – pantai, Pura Batu Belong
  • Makan malam berjumlah 50 000rp
  • Simkad Axiata XL – 65 000rp ( 16GB )

Jumlah = 225 000rp bersamaan dengan RM 75

Hari Kedua (22 Februari 2017)

  • Senggigi ke Pelabuhan Bangsal (ETA 30 minit menaiki skuter)
  • Checkout hotel and sewa motor ( 60k sehari dan kami sewa untuk dua hari dan bahagi dua orang). Jadi jumlah untuk dua hari adalah 60k.
  • Isi minyak adalah 10 000rp
  • Dalam perjalanan ke pelabuhan bangsal boleh singgah di Teluk Nipah (percuma sahaja sebelah jalan)
  • Sampai pelabuhan bangsal park motor (5000rp)
  • Tiket ke Gili ( Hati-hati berada disini. Beli dekat kaunter dalam untuk elak ditipu. 15k tiket + 2.5k tiket masuk ke pulau). Mengambil masa 40 minit atas bot.
  • Sampai ke Gili, check in di Midnight Star 2 Hotel – bilik penghawa dingin iaitu harga 135k semalam dan kami bahagi seorang cuma bayar 67.5k dan percuma sarapan.
  • Makan tengah hari adalah 30 000rp
  • Snorkeling adalah 120k ( akan dibawa ke 3 Gili) dan pada waktu petang, kami sewa basikal untuk melihat sunset dengan 30 000rp
  • Makan malam berjumlah 45k

Jumlah = 385k bersamaan dengan RM 129

Hari Ketiga (23 Februari 2017)

  • Checkout hotel pada pukul 9 pagi untuk ke Senaru.
  • Tiket bot dari Gili ke Bangsal adalah 15k
  • Ambil motor untuk ke Senaru (ETA 1jam  30minit)
  • Check in Pondok Guru Bakti Cottage yang berjumlah 150k, hanya berjalan lebih kurang 10 minit ke air terjun dan termasuk percuma sarapan.
  • 30k untuk makan
  • Bayaran masuk ke Tiu Kelep Waterfall & Sedang Gile Waterfall adalah 10k, nanti untuk masuk akan ada yang pandu ke dalam kawasan tersebut. Trek untuk ke air terjun ini tidak perlu pemandu pelancong pun tidak mengapa. Untuk ke Tiu Kelep hanya perlu berjalan lebih kurang 10
  • 15 minit sahaja. Boleh juga untuk berjalan dalam 30 minit untuk mendapatkan pemandangan yang lebih cantik, dan boleh pergi sendiri dengan ikut sahaja mat salleh yang mengupah pemandu pelancong.
  • Kemudian, petang kami berehat sekejap dan selepas itu, menaiki motor ke Sembalun.

 

  • Dari Senaru ke Sembalun ( Bukit Selong) perjalanan mengambil masa dalam 1 jam, jalannya kurang cantik tapi di Sembalun, cuacanya seperti di Cameron Highland kerana sejuk. Perjalanannya memang jauh dan mencabar tapi keseluruhannya memang berbaloi.
  • Tiket masuk ke Bukit Selong adalah 12k bersama parking.
  • Minyak pula berjumlah 5k dan balik ke Senaru.
  • Makan malam adalah 40k.

Jumlah = 227 500 IDR iaitu bersamaan RM 76

Hari Keempat (24 Februari 2017)

pengalaman bercuti ke lombok

  • Checkout cottage pada pukul 9 pagi untuk ke Kuta Beach, kami hantar motor yang disewa ke Senggigi.
  • Minyak pula adalah 5k.
  • Singgah di Tebing Tinggi dan masuk adalah percuma.
  • Dari Senggigi untuk ke Kuta, tidak banyak pengangkutan awam yang disediakan, jadi kena pandai cari di sini jikalau tidak mungkin akan ditipu. Dari Senggigi ke Mataram oleh Bemo berjumlah 30k kerana tidak berkongsi bersama orang lain.
  • Mataram ke Kuta hanya 100k, kami tidak berkongsi kerana mahu cepat dan perjalanannya 1 jam setengah ke 2 jam.
  • Kos makan adalah 50k
  • Check in di JM Hotel (85k untuk satu kepala, biliknya luas dan penghawa dingin)
  • Sewa motor hanya 50k untuk dua hari dan10k untuk minyak.
  • Aktiviti yang dilakukan adalah Selong Belanak Beach yang yuran masuknya adalah 5k.
  • Pantai Semeti adalah yang paling mencabar di Lombok tetapi pemandangannya sangat menggamit hati. Ia juga dikenali dengan Pantai Krypton. Yuran masuk pula adalah 5k.
  • Makan malam adalah 45k.

Jumlah = 400k rupiah yang bersamaan dengan RM 134

Hari Kelima (25 Februari 2017)

  • Kami berkunjung ke tempat tempat menarik di timur Kuta
  • Check out dan check in di Kuta Garden Homestay. Kosnya adalah 50k.
  • Pantai Pink ( 1 jam 32 minit dari Kuta) dan bayaran masuk adalah 5k.
  • Tanjung Ringgit (1jam 40minit)
  • Batu Payung ( 7.5km dari Kuta) dan bayaran masuk adalah 5k.
  • Tanjung Aan ( 6km dari Kuta) dan bayaran masuk adalah 5k.
  • Bukit Marese
  • Seger Beach (5km dari Kuta) dan bayaran masuk adalah 5k.
    Makan pada hari tersebut adalah 70k.

Jumlah = 176K rupiah bersamaan dengan RM 59

Hari Keenam (26 Februari 2017)

  • Checkout dari hotel
  • Pengangkutan ke lapangan terbang adalah 60k dan makan pula adalah 30k.

Jumlah = 90k bersamaan dengan RM 30

Jadi keseluruhan kos perbelanjaan yang dibelanjakan adalah RM 504. Sangat murah dan sangat menjimatkan!

Jadi, itu sahaja pengalaman, tips dan perbelanjaan yang ingin saya kongsikan berkunjung bercuti ke Lombok. Semoga ianya membawa dan mendatangkan manfaat kepada anda semua.

Lagi Koleksi Gambar Bercuti di Lombok

  • Semak 5 lagi gambar percutian di Lombok : KLIK SINI

P/S : Nampaknya saudara Haris Jasmin tidak menggunakan supir di Lombok Indonesia.

PP/S : Jika tips pengalaman bercuti di Lombok ini membantu anda merancang percutian ke Lombok, kongsikan juga bersama rakan anda di Facebook dan Whatapps mereka.