Pengalaman Trip Cuti di Washington USA oleh Wan Syazrin Untuk 2 Hari

Trip Cuti di Washington oleh Wan Syazrin Selama 2 Hari

percutian ke usa

Hari tu saya dah kongsikan pasal trip saya bercuti ke USA bagi bandar Orlando. Kali ini sedikit perkongsian tentang Washington DC pula.

Trip saya adalah New York City -Orlando- Washington D.C.- Philadelphia – New York City. Untuk trip Washington DC ini, saya naik flight Jetblue.

Saya beli multicity New York City-Orlando-Washington DC. Oleh kerana saya menaiki penerbangan tempatan, saya mendarat dekat Ronald Reagan Airport yang lagi dekat dengan puast bandar.

Stopover saya kat Washington DC tak lama, lebih kurang 2 hari je. Saya sampai pagi Selasa dalam pukul 9, saya bertolak ke Philly pada rabu malam.

Itinerary ke Washington USA

Sampai-sampai, saya naik DC Metro untuk ke HI Washington untuk letak beg. Hostel ni ada locker kat basement yang kita boleh sewa untuk $4 sehari. Saya tak boleh check in lagi since awal, tapi mereka benarkan saya guna facilities hostel jadi saya letak barang, mandi dan kemudian keluar jalan-jalan. Hostel ni saya book untuk $28 untuk 10 bedded room. Breakfast and wifi free diberikan.

1st day saya jalan sendiri je, tengok-tengok museum kat Smithsonian Institute. Di sini banyak muzium-muzium yang percume dan menarik. Saya jalan sekitar dan masuk 3 muzium iaitu Museum of American History, Museum of Natural History dan Air and Space Museum. Ada 11 semuanya di sini kalau tak silap macam museum arts dan sebagainya. Museum of African American baru buka jadi dia ada timed entry ticket yang kita perlu tempah awal, jadi saya tak masuk yang itu. Kemudian baki masa pada hari tu saya jalan-jalan ke Washington Monument, White House.

Hari kedua, saya ambik walking tour yang ‘pay as you wish’ dari Free Tours by Foot. Mereka juga ada buat tour di New York City dan banyak bandar lain. Saya juga ambil tour Lower Manhattan dengan mereka. Di Washington D.C, saya ambik National Mall and Monuments tour selama 4 jam dari 1 petang hingga ke 5 petang. Pergi ke banyak monument seperti Washington Monument, Lincoln Memorial dan Martin Luther King memorial antaranya. Jarak jalan lebih kurang 2 batu. Banyak info yang dapat dari tour ni sebab tour guide sangat informative. Tour ni pakai konsep tipping so atas diri sendiri nak bagi berapa. Saya tengok ramai bagi $5 jadi saya pun bagi yang sama.

Pengangkutan di Washington DC ni ada metro, bus dan of course teksi/uber. Selama saya di sini, sekali saya naik metro, 2 kali naik Circulator bus. Lain saya jalan kaki. Saya banyak jalan di DC ni, rasa ada la kot 10-15 kilometer saya jalan je 2 hari tu. Circulator bus murah, $1 per ride and saya naik bus tu sekali dari Jefferson memorial balik ke World War 2 memorial dan lagi sekali ke Union Station untuk ambik bas saya ke Philly.

Di harap informasi trip perjalanan saya ke Washington D.C ini memberi manfaat kepada anda.

Lagi 5 Gambar Bercuti Washington USA

Scroll to Top