Etiqa Travel Insurance Malaysia: Insurans Perjalanan Ke Luar Negara

Care beli insurans perjalanan ke luar negara Airasia Etiqa travel insurance Aia Aig Axa Travel Insurance Malaysia termasuk takaful insuran coverage covid 19 yang terbaik tahun 2023

axa etiqa travel insurance malaysia terbaik

Apabila merancang perlancongan ke sesuatu tempat, menjadi suatu kewajipan bagi seseorang individu beli travel insurance. Insurans perjalanan sebagai contoh etiqa takaful perjalanan merupakan suatu insurans yang memberi perlindungan dan pampasan kepada individu apabila berlaku sesuatu ketika melancong.

Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan seseorang daripada menanggung kos yang tinggi apabila berlaku perkara yang tidak diingini di tempat orang. 

Insuran perjalanan takaful malaysia ini memberi perlindungan dan menjamin pampasan dalam situasi seperti kemasukan ke hospital, kemalangan, ketinggalan kapal terbang, waktu kapal terbang tertunda, bagasi rosak dan banyak lagi. Tempoh perlindungan tersebut adalah bergantung kepada tempoh perjalanan percutian individu.

Begitu juga dengan kos insuran, ianya tertakluk kepada jenis insurans perjalanan ke luar negara dan coverage yang dipilih. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai insurans perjalanan, mereka boleh membuat permohonan tuntutan dengan syarikat insuran luar negara untuk menampung kos yang mereka hadapi. 

Senarai Pakej Insurance Travel Malaysia 2023

Berikut merupakan senarai insurans perjalanan ke luar negara termasuk yang menawarkan perlindungan coverage covid 19 yang terbaik di Malaysia pada tahun 2023 (melancong secara domestik atau pun ke luar negara)

Secara tuntasnya, liputan insuran perjalanan ke luar negara adalah bergantung kepada tempat melancong individu, tahap keselamatan dan risiko tempat yang dilawati oleh pelancong.

Kos memohon insuran perjalanan takaful malaysia secara tidak langsung diperangaruhi oleh liputan insurans perjalanan ini.

Semakin besar liputan insurans perjalanan, maka kos tuntutan dan permohonan juga tinggi.

1. Pakej AIA Travel Insurance

AIA Travel Insurance dikenali dengan AIA Travel PA memberi kelebihan dari segi perlindungan yang meliputi perbelanjaan kesihatan sepanjang perjalanan bagi penyakit yang tidak dijangka, pembatalan dan pertundaan waktu perjalanan dan perlindungan terhadap bagasi daripada hilang dan rosak bagi perjalanan ke luar negara.

Walaubagaimanapun, AIA Travel PA juga memberi perlindungan terhadap perjalanan domestik.

Harga, kadar dan juga cara membeli travel insurance bagi insurans ini boleh disemak dengan mendaftar bersama syarikat insurans AIA.

SUMBER: AIA

BACA SINI: Cara claim eksiden kereta

2. Insuran Takaful Perjalanan Tune Travel Insurance

insurans perjalanan tune travel insurance ke luar negara

Tune Travel Insurance menawarkan dua (2) jenis polisi insurans perjalanan iaitu Tune Protect Travel Easy dan COVID Travel Pass.

Ia merupakan pelan insurans komprehensif yang memberi perlindungan bagi keperluan individu dan keluarga yang akan melancong ke luar negara atau dalam negara.

Bagi polisi insurans perjalanan COVID Travel Pass, insurans ini memberi perlindungan kepada individu dari segi kesihatan terutamanya COVID. 

Tune Travel Insurance ini melindungi individu yang merangkumi pembatalan insurans perjalanan berkelompok seperti tiket penerbangan, perbelanjaan hotel aau kediaman, sewa kenderaan dan tour.

Selain itu, insurans ini juga menampung kejadian-kejadian seperti kejadian melibatkan kesihatan dan kematian dalam tempoh perjalanan, kehilangan dan kerosakan bagasi, kebakaran dan bencana alam.

Manakala, bagi COVID Travel Pass hanya meliputi perjalanan luar negara sahaja.

Individu yang ingin memohon permohonan insurans perjalanan daripada syarikat AIA, pakej harga insurans yang ditawarkan adalah seperti berikut;

KAWASANHARGA INDIVIDUHARGA FAMILY
DomestikRM14-RM79RM30-RM196
Luar Negara (Asia)RM35-RM207RM99-RM508
Luar Negara (Kawasan 1)RM53-RM311RM148-RM870
Luar Negara (Kawasan 2)RM64-RM373RM178-RM1044

SUMBER: TUNE PROTECT

3. Takaful Travel Insurance Malaysia

Takaful MyClick Travel PA merupakan insurans perjalanan yang ditawarkan oleh Takaful Malaysia yang meliputi perlindungan dari segi kehilangan dan kerosakan bagasi, kehilangan dokumen perjalanan, kehilangan wang peribadi, bagasi tertunda, perjalanan ditunda dan dibatalkan, terlepas penerbangan, terlebih tempahan penebangan yang menyebabkan pihak penerbangan menunda, membatalkan dan menafikan penerbangan dan kehilangan deposit disebabkan oleh kecuaian pihak ajen perlancongan.

Liputan insurans perjalanan ini melindungi individu selama 190 hari bagi perjalanan tunggal dan setahun bagi perjalanan setahun.

Walaubagaimanapun, insurans perjalanan Takaful ini tidak meliputi mana-mana perjalanan yang dibatalkan disebabkan oleh Covid-19.

Ianya hanya tertakluk kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia dan warga asing yang mempunyai pass pekerja Malaysia.

Kadar harga insurans yang ditawarkan adalah bergantung kepada jenis plan yang dipilih sama ada Bronze, Silver atau Gold dan jenis kawasan yang dipilih iaitu Kawasan 1, Kawasan 2 dan Kawasan 3 seperti berikut;

takaful insurance malaysia

SUMBER: TAKAFUL

4. Berjaya Sompo Travel Insurance

berjaya sompo travel insurance

Individu yang membeli insurans perjalanan dengan Sompo Travel Insurance akan menikmati kelebihan seperti pemindahan dan penghantaran perubatan kecemasan, perbelanjaan perubatan dan bil-bil hospital, kemalangan diri, pembatalan kapal terbang yang tidak dijangka, kos kuarantin covid-19, perjalanan yang terputus kerana kecemasan dan penghantaran pulang individu yang dimasukkan hospital luar negara ke tanah air.

SOMPO TravelSafe memudahkan perjalanan pelanggan jika berlaku sebarang masalah. 

SOMPO TravelSafe memperkenalkan pelbagai jenis plan insurans perjalanan yang berbeza dengan liputan dan harga yang berbeza.

Berikut merupakan jadual kadar harga yang perlu dibayar oleh pelanggan.

insurans perjalanan etiqa takaful ikhlas

SUMBER: SOMPO

5. Etiqa Travel Insurance Malaysia

Etiqa Travel Insurance malaysia menawarkan perlindungan dan pampasan terhadap kelewatan perjalanan, perubatan pesakit luar perjalanan, bagasi, kesan peribadi, pembatalan dan pengurangan perjalanan bagi perjalanan domestik dan luar negara.

Kadar insurance travel etiqa takaful perjalanan yang perlu dibayar oleh pelanggan adalah hanya bermula dengan harga RM14 seorang mengikut jenis plan dan tempoh perjalanan.

SUMBER insuran perjalanan etiqa: ETIQA

6. Kurnia Travel Insurance

Insurans perjalanan yang disediakan oleh syarikat insurans Kurnia adalah merangkumi perlindungan dari segi perbelanjaan perubatan, sarung bagasi, kehilangan wang dan dokumen perjalanan, kelewatan perjalanan dan penerbangan, pemindahan perubatan kecemasan, terlepas perlepasan, bagasi tertunda, kemalangan diri, kehilangan deposit, rampasan, elaun hospital, penghantaran pulang jenazah, penerbangan terlebih tempahan, kehilangan penggunaan kemudahan hotel, kos tambahan sewa kereta dan caj telefon bimbit kecemasan.

Kesemua kelebihan ini adalah bertujuan untuk memastikan pelanggan insurans Kurnia dapat melancong tanpa perlu risau akan perkara-perkara yang tidak diiingini berlaku.

Berikut merupakan kadar harga yang perlu dibayar jika melanggan bersama insurans perjalanan Kurnia;

kurnia travel insurance

SUMBER: KURNIA

7. Allianz Travel Insurance

Allianz Travel Insurance memberi perlindungan kepada anda dan keluarga apabila melancong.

Ia memberi kelebihan dalam bentuk liputan covid-19, perjalanan domestic dan luar negara, kematian dan kehilangan upaya kekal akibat kemalangan semasa percutian, perbelanjaan perubatan, perjalanan dan kelewatan bagasi dan pemindahan serta penghantaran pulang perubatan kecemasan.

Harga insurans perlindungan Allianz yang merangkumi kelebihan-kelebihan tersebut adalah seperti berikut; 

allianz travel insurance

SUMBER: ALLIANZ

8. AIG Travel Insurance

aig travel insurance

Faedah yang ditawarkan oleh AIG Travel Insurance ialah faedah berkaitan dengan Covid-19 termasuklah elaun kuarantin, perbelanjaan bil hospital disebabkan oleh Covid-19, pembatalan dan penangguhan serta sekatan perjalanan, faedah berkaitan perubatan, faedah kemalangan diri, faedah pembatalan perjalanan, pengecilan dan sambungan terlepas penerbangan, perlindungan kelewatan penerbangan dan bagasi, tanggungan peribadi, perkhidmatan bantuan perjalanan dan faedah dari kesan peribadi seperti kehilangan wang peribadi, dokumen peribadi, penipuan kad kredit dan lebihan caj sewa kereta.

Kadar faedah yang ditawarkan oleh insurans perjalanan AIG adalah berdasarkan pakej yang dipilih oleh individu seperti pakej pemula, asas, standard dan deluxe.

Bagi liputan insurans dalam negara hanyalah bermula dari kadar harga RM18 seorang, manakala liputan bagi perjalanan luar negara adalah bermula dengan kadar harga RM19 seorang bagi pakej pemula, RM39 seorang bagi pakej asas, RM60 seorang bagi pakej standard dan RM112 seorang bagi pakej Deluxe.

SUMBER: AIG

9. Airasia Travel Insurance

airasia travel insurance

Perlindungan melalui insurans perjalanan Airasia terbahagi kepada 4 plan yang berbeza seperti Covid19 Travel Insurance, Outbound Travel Insurance, perjalanan domestik dan perjalanan tahunan.

Ia meliputi dan menawarkan 22 jenis kelebihan yang dilindungi melindungi individu bermula dari sebelum, semasa dan selepas perjalanan. Ianya memberi perlindungi kepada pelanggan yang memilih penerbangan Airasia.

Harga yang perlu dibayar jika memilih insurans ini adalah seperti berikut;

insuran melancong bercuti

SUMBER: AIRASIA

10. Insuran Perjalanan Etiqa 360 Travel Insurance

Etiqa 360 Travel Insurance ini terbahagi kepada 2 jenis plan iaitu komprehensif dan juga syariah.

Ianya merupakan insurans perjalanan yang paling menjadi pilihan pelancong kerana perkhidmatan tuntutan yang sangat efektif dan cepat.

Rata-rata kelebihan yang ditawarkan oleh insurans perjalanan Etiqa etiqa360 ini meliputi kelebihan yang sama dengan syarikat insurans lain tetapi mempunyai perbezaan dari segi pembayaran kos perubatan di luar negara.

Insuran perjalanan Etiqa 360 menawarkan tuntutan segera tanpa pelanggan perlu mengeluarkan duit mereka terlebih dahulu, terutamanya melibatkan kemalangan yang memerlukan rawatan segera di hospital luar negara.

Kadar harga yang perlu dibayar bagi pelanggan insuran travel ke luar negara ini ialah;

covid insurance travel

SUMBER: ETIQA

11. RHB Travel Insurance

insurans rhb travel insurance ke luar negara

RHB Travel Insurance menawarkan kelebihan seperti kemalangan, kesihatan, bagasi, dokumen perjalanan, penerbangan, kredit kad, teroris dan rampasan.

Kesemua insurans travel luar negara ini boleh dibeli dengan kadar harga seperti berikut;

insurans ke luar negara

SUMBER: RHB

12. Axa Travel Insurance Malaysia

AXA Insurance Travel 48 Malaysia menawarkan plan insuran perjalanan terbaik ini yang merangkumi plan individu, keluarga dan domestik. Bagi kami sendiri AXA adalah travel insurance terbaik di malaysia.

axa travel insurance

Ketiga-tiga plan ini mempunyai kelebihan dan faedah yang berbeza-beza.

Ianya meliputi isu yang melibatkan elaun kuarantin, perbelanjaan bil hospital disebabkan oleh Covid-19, pembatalan dan penangguhan serta sekatan perjalanan, faedah berkaitan perubatan, faedah kemalangan diri, faedah pembatalan perjalanan, pengecilan dan sambungan terlepas penerbangan, perlindungan kelewatan penerbangan dan bagasi, tanggungan peribadi, perkhidmatan bantuan perjalanan dan faedah dari kesan peribadi seperti kehilangan wang peribadi, dokumen peribadi, penipuan kad kredit dan banyak lagi.

Kadar harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah serendah RM20 dan berbeza mengikut liputan yang dipilih.

SUMBER: AXA

Travel Insurance Terbaik Dengan Coverage COVID 19

Tidak semua insurans perjalanan yang ditawarkan di Malaysia mempunyai liputan terhadap penyakit Covid-19.

Antara insurans perjalanan yang menawarkan liputan Covid-19 ialah Etiqa360 oleh Etiqa Insurance Travel, SmartTraveller Enhanced oleh AXA Travel Insurance, Travel Easy oleh Tune Travel Insurance, AIG Travel Guard oleh AIG Travel Insurance dan SOMPO TravelSafe oleh SOMPO Travel Insurance. 

Oleh sebab dunia kini dilanda wabak Covid-19 ini, maka perlindungan yang meliputi wabak ini sangat penting.

Secara tuntasnya, insuran perjalanan Etiqa etiqa360 adalah merupakan antara insurans perjalanan yang terbaik yang meliputi perlindungan wabak ini.

Kelebihan Pakej Insurans Perjalanan ke Luar Negara

Insurans perjalanan ini sangat penting untuk dilanggan oleh semua individu sebelum memulakan perjalanan untuk keluar bercuti.

Ia merupakan langkah persediaan terbaik sebelum keluar melancong, ini kerana bak kata pepatah; malang tidak berbau.

Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan terutamanya apabila kita ke tempat orang.

a) Kos Kesihatan di Luar Negara Mahal

Pertama, insurans perjalanan ini penting jika berlaku masalah kesihatan apabila bercuti, terutamanya melibatkan kos menerima rawatan dan kematian di luar negara atau dalam negara.

Sebagai contoh, insurans perjalanan Etiqa 360 menawarkan kelebihan untuk membayar kos rawatan gi luar negara.

Mengikut statistik, kos rawatan di negara-negara maju sangat mahal seperti pada rajah dibawah.

insuran perjalanan ke luar negara covid 19

Oleh sebab itu, setiap pelancong perlu mempunyai insurans perjalanan sebelum memulakan percutian. 

Isu kesihatan ini sangat membimbangkan apabila keluar melancong. Kes kecemasan seperti jatuh sakit, kemalangan yang menyebabkan kesakitan atau kematian akan memburukkan lagi keadaan. Individu yang melancong tanpa insurans akan pening memikirkan kos perbelanjaan rawatan yang mungkin akan menelan sehingga ribuan atau ratusan ribu ringgit apabila berlaku masalah kesihatan.

b) Eksiden & Kemalangan di Luar Negara

Kedua, insurans perjalanan ini juga penting untuk melindungi individu jika berlaku kemalangan melibatkan kenderaan sewa.

Dengan adanya insurans takaful dan perlindungan, ia dapat meringankan beban individu daripada membelanjakan kos yang tinggi kerana ianya boleh dituntut melalui insurans.

Hakikatnya, malang tidak berbau, sudah pasti tidak ada di antara kita yang tidak ingin perkara-perkara ini terjadi semasa bercuti.

Kemalangan sewa kereta ini boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa terutamanya apabila kita memandu di negara orang dengan syarat pemanduan yang berbeza.

Maka, pembelian insurans menjadi langkah penting untuk diambil oleh individu sebelum keluar melancong.

c) Musibah Bencana Alam di Luar Negara

Ketiga, insiden luar jangkaan manusia seperti bencana alam mungkin juga terjadi semasa melancong.

Bencana alam seperti rebut taufan, tsunami, gempa bumi, banjir, hujan salji, letusan gunung berapi dan banyak lagi boleh menjejaskan perjalanan kita apabila melancong, antaranya termasuklah penerbangan kapal terbang dibatalkan.

Oleh itu, ianya sangat penting bagi semua individu untuk mempunyai insurans perjalanan.

Tuntutan boleh dibuat jika anda mempunyai insurans perjalanan bagi menjimatkan kos yang akan terjejas disebabkan oleh bencana alam.

Insurans Perjalanan Penjawat Awam Ke Luar Negara

Tahukah anda sebenarnya anda layak untuk claim semula denan pihak kerajaan apabila anda beli insurans ke luar negara bagi penjawat awam dengan mana-mana agensi yang register dan daftar dengan Bank Negara Malaysia BNM.

Cara Claim Travel Insurance Malaysia

Tuntutan kepada insurans perjalanan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang diliputi oleh syarikat insurans, indivdu yang melanggan insurans pada syarikat tersebut boleh membuat tuntutan terhadap kos yang ditanggung.

Tuntutan ini boleh dibuat dengan cara menghantar permohonan secara atas talian atau menghubungi ajen yang berdaftar.

Kemudian, bukti-bukti perlu disediakan bagi mengukuhkan lagi tuntutan yang dibuat.

Semua dokumen yang diperlukan perlulah dilampirkan bersama birang tuntutan untuk diproses oleh pihak syarikat insurans.

Jika tuntutan anda berjaya, pihak insurans akan mengkreditkan wang pampasan kepada anda bagi menampung kos kerugian, kerosakan, kelewatan dan kehilangan yang ditanggung oleh pelanggan insurans perjalanan.

Senarai Yang Tidak Dilindungi Insurans Perjalanan Luar Negara

Menurut kebanyakan-kebanyakan insurans di Malaysia menawarkan faedah perlindungan yang lebih kurang sama, namun berbeza dari segi nilai tuntutan dan harga yang perlu dibayar untuk melanggan polisi insurans tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara atau kejadian yang tidak dilindungi oleh kebanyakan insurans perjalanan di Malaysia iaitu;

(i) Aktiviti lasak dan agresif

Kebanyakan insurans tidak melidungi individu yang melancong melakukan aktiviti lasak seperti scuba diving, water rafting, menaiki hot air ballon, water rafting dan aktiviti lasak yang seumpama dengannya.

Ini kerana risiko terhadap aktiviti-aktiviti tersebut adalah tinggi.

Oleh sebab itu, masyarakat perlu melanggan insurans yang berbeza yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti berikut dengan kadar harga yang sedikit tinggi.

(ii) Penyakit yang sedia ada

Penyakit menjadi isu yang sangat sensitif dalam kalangan pelancong.

Ini kerana penyakit boleh sahaja datang tanpa diminta. Kebanyakan syarikat insurans tidak memberi perlindungan kepada individu yang telah mempunyai penyakit yang sedia ada seperti sakit jantung, kanser, penyakit buah pinggang dan banyak lagi.

Ini kerana jika berlaku masalah kesihatan apabila bercuti yang melibatkan penyakit yang sedia ada, kos yang akan ditanggung adalah tinggi, terutamanya kos menerima rawatan di hospital luar negara.

Oleh itu, mana-mana syarikat insurans tidak melindungi penyakit yang telah dihidapi oleh individu sebelum tarikh perlangganan bermula.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia