Tragedi Masjidil Haram : Ketika Zainudin Omar Buat Umrah 1979 PART 5

Tragedi Masjidil Haram : Ketika Zainudin Omar Buat Umrah 1979 PART 5

Selepas menunaikan solat subuh di masjid, kami bertolak ke Jabal Omar melalui tepian bangunan yang berselerak dikeliling bukit. Semasa zaman sistem ‘Sheikh’ sebelum sistem Muassasah (Maha-susah sebenarnya), Pak Sheikh akan menempatkan jemaah Haji dikawasan sebegini, dengan memuatkan lebih 20 orang jemaah didalam sebuah bilik kecil.

tragedi masjidil haram

Berjubah memang sesuai di tanah arab kerana udara yang panas dan kering. Tetapi adakah ianya sesuai di Malaysia ?

Walaupun sempit, tetapi jemaah redha dengan keadaan nya kerana masjid hanya dihadapan mata sahaja.

Bangunan dibina tidak teratur, dan amat susah untuk berjalan menuju keatas Jabal Omar. Orang Patani memang satu komuniti besar menetap di Mekah, kebanyakan mereka melarikan diri dari penindasan kaum Islam di Patani dan sebahagian mereka tidak pulang selepas menunaikan Haji dan Umrah.

Ramai kaum perempuan Patani berniaga menjual nasi lemak, batu akik dan kain baju secara haram di laluan jemaah Haji atau Umrah disekitar Masjidi Haram. Kebiasaan kejar mengejar berlaku apabila Penguatkuasa Saudi datang untuk menangkap mereka.

Bukan Mudah Dapat Kerakyatan oleh Arab Saudi

Orang luar tidak diberikan kerakyatan oleh Kerajaan Saudi walaupun anak-anak yang lahir di Tanah Suci. Untuk menjadi seorang anggota keselamatan Saudi diwajibkan salur galur keturunan diperiksa sehingga ke nenek moyang bagi memastikan semua asal usul dari suku kaum Arab Badwi.

Pemandangan dari atas Jabal Omar memang mengasyikkan kerana kami dapat melihat Masjidil Haram dan Kaabah dengan nyata. Kami berhenti disebuah warung makan untuk bersarapan pagi dan ramai orang Patani berada disitu.

Apabila mereka mendapat tahu kami orang Melayu berasal dari Malaysia, layanan mesra diberikan kepada kami. Seorang Pak Cik mempelawa kami ke rumah beliau yang hanya berdekatan dengan warung tersebut.

Rumah Pak Cik Ahmad itu tersangat simple dan kecil walaupun beliau telah berada di Mekah lebih dari 30 tahun. Beliau bekerja sebagai seorang petugas Haji dan bekerja dengan seorang Pak Sheikh Arab Saudi.

sejarah masjidil haram

Di Badar, tempat pertempuran pertama diantara orang Islam (300 orang) dan Mushrik (3000 orang).

Beliau menceritakan tragedi masjidil haram itu bahawa masyarakat Patani di Jabal Omar memang nampak pertempuran dengan mata kepala sendiri diantara askar Saudi dan puak Al Mahdi dari kediaman mereka.

Beberapa orang Patani juga telah terkorban dek kerana tragedi masjidl haram tersebut terkena peluru sesat semasa pertempuran tersebut.

Situasi Tragedi Masjidil Haram Ditawan Al Mahdi

Pakcik Ahmad menceritakan detik detik berlaku traged masjidil haram itu :

  1. Kesemua pintu masuk ke masjid telah ditutup oleh puak Al Mahdi selepas solat subuh dan ramai jemaah Malaysia terkurung didalamnya.
  2. Jemaah Malaysia dan Indonesia dilepaskan satu persatu selepas mereka diperiksa berasal dari tanah Jawi. Jemaah Arab ditawan sebagai tembusan.
  3. Selain dari tuntutan isu besar saperti penurunan kuasa ‘The House of Saud’ dan lain lain, puak Al Mahdi juga menuntut jual beli di dalam masjid dihentikan (air zam zam dijual di dalam masjid), penghapusan blue movie dan pornographic material di Mekah (memang berleluasa pada masa itu) dan penghapusan sindiket pelacuran (memang saya ada dengar).
  4. Sebelum kemasukan komando Pakistan dan GIGN (French Anti-Terrorist Commandos), askar Saudi mengguna taktik ‘human wave’ untuk meredah masuk ke dalam masjid dan mengakibat ratusan mati ditembak satu persatu oleh sniper Puak Al Mahdi.
  5. Sniper Al Mahdi ditempatkan di semua minaret masjid dan menembak sesiapa saja yang bergerak. Ada orang Patani yang terkena tembakan sniper di Jabal Omar.
  6. Askar Saudi menggunakan Mortar dan Meriam untuk membedil sniper di minaret tetapi semua tersasar ke kediaman orang awam.

(Bersambung……..)

Baca 3 Lagi 3 Artikel Berkaitan Di Bawah: