Touch N Go NFC Card: Cara Beli & Tempat Jual Kad TNG NFC


Cara beli Kad Touch N Go NFC Card: Tempat jual & Where To Buy Kad TNG

cara beli kad touch n go nfc

Peredaran teknologi pada masa kini telah berkembang pesat seiring dengan peredaran zaman. Kad Touch n Go yang dulu kini dinaik taraf kepada kad NFC yang dikenali sebagai kad Touch n Go Near Field Communication.

BACA SINI >> Cara guna touch ‘n go ewallet

Kad NFC ini menggunakan kaedah penghantaran data secara “wireless” melalui aplikasi Touch n Go E-wallet tanpa perlu ke kiosk-kiosk untuk membuat pernambahan nilai ke dalam kad.

Pengguna boleh menambah nilai ke dalam kad tersebut pada bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi aplikasi TNG E-wallet.

Cara Beli Touch N Go NFC di TNG Ewallet

Beli kad nfc touch n go mudah sahaja, di mana Kad ini boleh didapati menerusi TNG eWallet dan boleh juga cari di tempat jual tng nfc touch n go melalui mana-mana stesen minyak di Malaysia. Bagi pengguna eWallet, mereka boleh memiliki kad ini dengan mengikut cara-cara seperti berikut seperti pada Rajah di bawah ini

BACA SINI >> Cara daftar rfid registration untuk lokasi pemasangan percuma

  1. Pengguna perlu ke halaman utama eWallet dan klik pada ikon TNG Card untuk memesan kad ini.
  2. Kemudian, klik pada butang “Order Touch n Go Card/ Check status” pada bahagian bawah di skrin telefon bimbit anda.
  3. Seterusnya, klik pada butang “Order Now”.
  4. Pengguna perlu membuat pembayaran kad dengan mengklik “Buy Now” dengan nilai RM10.
  5. Akhir sekali, pengguna hendaklah memasukkan maklumat penghantaran seperti nama, nombor telefon dan alamat sebelum membuat pembayaran.

Setelah kesemua langkah diatas selesai, pengguna hanya perlu menunggu kad mereka dihantar ke rumah untuk digunakan. 

beli kad tng nfc card

SUMBER: https://www.touchngo.com.my

Beza NFC TNG Baru Vs Kad Touch Touch N Go Lama

Perbezaan ciri dan fungsi yang membezakan antara kad Touch n Go biasa (lama) dengan kad baru

Kad Touch n Go lama dan NFC ini banyak memberi manfaat kepada pengguna di mana kegunaannya adalah untuk pembayaran tol, terutamanya.

Kad ini penting bagi pengguna jalan raya untuk memiliki kad ini.

Ini akan memudahkan perjalanan pengguna jalan raya terutamanya pengguna yang tinggal di bandar-bandar besar seperti bandar Kuala Lumpur, Penang dan banyak lagi negeri-negeri yang mempunyai tol.

Selain itu, bagi pengguna pengangkutan awam, kad ini juga penting untuk pembayaran tambang bas dan kereta api seperti LRT dan MRT.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan penggunaan tiket fizikal serta secara tidak langsung dapat menjimatkan masa para pengguna pengangkutan awam ketika waktu puncak.

Pembayaran parkir dan pembayaran di kedai juga boleh menggunakan kad Touch n Go bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai kerana Malaysia kini membangun seiring negara-negara maju.

  1. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara kad Touch n Go yang lama dan baru seperti kad NFC sahaja yang boleh menambah nilai secara “wireless” menggunakan bagi eWallet menerusi aplikasi eWallet.
  2. Pengguna tidak perlu ke mana-mana stesen minyak atau 7eleven untuk menambah nilai.
  3. Ini dapat memudahkan pengguna untuk menambah nilai pada bila-bila masa sahaja.
  4. Penambahan nilai boleh dibuat dengan baki yang terdapat di dalam aplikasi eWallet. 

Where to Buy Touch N Go NFC Petrol Station

Kad tng nfc card where to buy petrol station boleh didapati melalui merchant yang berdaftar seperti pada Rajah di bawah ini dan juga mana-mana stesen minyak seperti Petronas dan Caltex.

touch n go tng nfc petrol station

Di rajah atas ini adalah contoh senarai lokasi kad touch n go nfc

Cara Link NFC Dengan TNG ewallet

Cara untuk aktifkan dan link kad NFC dengan TNG eWallet adalah seperti yang boleh dilihat pada Rajah di bawah.

where to buy nfc
  1. Pengaktifan kad TNG perlu dibuat terlebih dahulu sebelum digunakan.
  2. Pengguna boleh klik pada bahagian “TNG Card” untuk mengaktifkan kad.
  3. Kemudian, masukkan 10 digit nombor yang terdapat pada kad dan pautkan kad tersebut ke aplikasi eWallet untuk menyemak baki dan menambah nilai.
  4. Letakkan kad TNG anda yang baru untuk “scan” selama 5 saat untuk membolehkan kad tersebut link dengan aplikasi eWallet anda.

Cara Topup Touch n Go Nfc

Untuk menggunakan kad TNG ini, kad tersebut mestilah ditambah nilai dimana ianya boleh dilakukan melalui aplikasi eWallet. Antara cara guna nfc touch n go termasuk untuk menambah nilai kad adalah seperti berikut;

  1. Pada halaman utama aplikasi eWallet anda, terdapat ikon “TNG Card” dan pengguna hendaklah klik pada ikon tersebut.
  2. Pengguna mestilah memilih kad yang mempunyai ciri NFC untuk menambah nilai pada kad tersebut dan ikon NFC akan bertukar warna biru jika kad anda mempunyai ciri-ciri NFC. Kemudian, klik pada butang “Reload”.
  3. Seterusnya, imbas kad NFC anda pada bahagian belakang telefon bimbit anda.
  4. Pengguna perlu memasukkan nilai atau jumlah yang ingin ditambah nilai ke dalam kad anda. Had maksima adalah RM500 dan had minimum adalah RM10.
  5. Selepas itu, klik pada butang “Reload Now” dan masukkan nombor pin 6 digit Touch n Go eWallet anda.
  6. Anda kemudiannya perlu mengimbas sekali lagi kad NFC anda untuk kali kedua untuk tujuan pengesahan.
  7. Jika transaksi tersebut berjaya, pengguna akan dipaparkan dengan notifikasi “Reload Successful”, manakala jika tidak berjaya, notifikasi “Reload Unsuccessful” akan dipaparkan.
  8. Akhir sekali, pengguna boleh klik pada butang “Check Balance” untuk melihat baki kad NFC anda yang telah ditambah nilai.

Kelebihan Kad Touch n Go Nfc

Kad tng nfc memberi banyak kelebihan kepada pengguna.

Kaedah “Near Field Communication” ini memudahkan para pengguna untuk menambah nilai ke dalam kad tanpa perlu ke kiosk, kaunter TNG, stesen minyak dan 7eleven.

Secara tidak langsung, ianya akan menjimatkan masa pengguna untuk menambah nilai dan topup ke dalam kad TNG NFC mereka.

Oleh kerana ianya menjadi keperluan harian para pengguna terutamanya pekerja-pekerja yang menggunakan lebuhraya dan pengangkutan awam, kad ini dapat memudahkan urusan harian mereka dengan hanya menambah nilai menerusi aplikasi eWallet.

YouTube video

Kelemahan

Kad ini kini menjadi permintaan ramai kerana kegunaannya yang canggih dan mudah.

Walaubagaimanapun, kad tersebut juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

Antara kelemahan kad NFC ini adalah tidak semua pengguna boleh memautkan atau linkkan kad mereka dengan aplikasi eWallet disebabkan oleh sistem telefon bimbit yang tidak menepati syarat NFC.

Oleh itu, pengguna mestilah memastikan peranti telefon bimbit mereka boleh mengimbas kad NFC tersebut sebelum beli kad TNG NFC itu.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia