fbpx

TNB Online: Panduan Semak Bil Terkini MYTNB

Register tnb online di MYTNB login Untuk Semak Bil Terkini

semak bil tnb online mytnb login

Dahulu kita perlu tunggu pembaca meter yang datang ke rumah kita untuk mengetahui berapa bil elektrik anda yang terkini bukan? Kadang-kadang tertera tunggakan pada bil tersebut. Sekarang tidak lagi.

Menyedari ramai rakyat Malaysia yang memilki telefon pintar dan melanggan internet Tenaga Nasional Berhad melancarkan portal mytnb dengan harapan memudahkan pelanggan mereka check dan semak bil tnb dengan mudah dan di mana sahaja. Dahulu dengan nama emadis.

Dengan sistem online terbaru ini, anda bukan sahaja ada akses untuk semak bil, malah boleh buat permohonan untuk daftar meter online, upgrade atau downgrade serta boleh bayar secara online.

Semuanya di hujung jari anda. Boleh semak rebat bil elektrik untuk anda dapaat diskaaun daripada kerajaan.

Register TNB Online MYTNB

1) Anda perlu pergi ke portal rasmi mereka terlebih dahulu untuk melakukan proses pendaftaran atau registration, https://myaccount.mytnb.com.my/User/RegistrationLanding

2) Masukkan maklumat yang diperlukan termasuk nama penuh anda, nombor kad pengenalan (IC number), email, password yang anda pilih

emadis

3) Nah sekarang anda sudah boleh login dengan email dan password yang telah anda anda register

PERKARABUTIRANNYA
Akses TNB loginhttps://www.mytnb.com.my/

4) Paparan akaun anda akan terpapar seperti ini.

check bil onlineAnda perlu masukkan nombor akaun Tenaga Nasional Berhad yang anda mahu semak bil anda secara online.

Malah anda boleh terus bayar online menggunakan credit card  atau kad kredit terbaik anda terus di portal ini

tenaga nasional berhad

Jikalau anda tidak jelas lagi boleh semak video tutorial yang kami kongsikan di bawah ini :

Video Tutorial

Download Apps

Tetapi ada cara yang lebih mudah apabila pihak Tenaga Nasional Berhad melancarkan aplikasi mereka sendiri yang boleh anda check dan semak dengan mudah dan senang melalui pautan di jadual bawah ini:

PERKARABUTIRANNYA
Download Aplikasi TNBhttps://www.mytnb.com.my/mytnb-app

Bil Elektrik TNB Tinggi Semasa PKP

Baru-baru ramai yang mengadu bil tnb mereka melambung tinggi berbanding bulan-bulan sebelum ini. Masalahnya, bukan naik sedikit, naik banyak.

Sepatutnya inilah waktu untuk TNB membantu pengguna setianya yang dari dahulu sehingga sekarang yang kebanyakannya ditimpa musibah tiada gaji, pendapatan kurang, kena buang kerja pada ketika ini.

Syarikat monopoli, untung berbilion setahun. Inilah waktunya untuk mengurangkan keuntungan dan memulangkan semula kepada pengguna anda seperti kami di sini.

bil elektrik tnb

Cara Mohon TNB Semakan Semula Bil Elektrik TNB

Setakat ini, apa yang TNB boleh tawar kepada anda jika tidak berpuas hati dengan bil yang anda terima anda dengan memohon semakan semula bil tnb melalui applikasi mytnb. Boleh semak panduan di bawah ini

1. Download Apps & Cari Butang ‘Submit Feeback’

semakan semula bil tnb

2. Tekan Butang Pilihan “Give Us Feedback’

check semula bil elektrik

3. Isi Makumat selengkapnya

semakan semula bil elektrik

Anda tulis permohonan untuk semakan semual bil tnb anda dengan kadar segera dengan sertakan memuat naik gambar bacaan meter di rumah anda. Kemudian hantar!

4. Nantikan Respon!

whatapps tnb

Pegawai TNB akan memberikan kemaskini kepada anda daripada masa ke semasa mengenaai status pembacaan semula meter elektrik di rumah anda. Mereka akan hubungi di nombor yang telah anda daftar dengan aplikasi mytnb melalui perkhidmatan Whatapps

Cubalah!

5 Cara Jimat Elektrik

1) Gunakan peralatan elektrik yang menggunakan teknologi jimat tenaga.

Biasanya ia akan ditambah pada peralatan elektrik tersebut seperti di depan pintu sejuk

Kami sarankan anda pilih yang dapat sekurang-kurangnya rating 4 bintang dan ke atas untuk jimat elektrik rumah anda.

2) Beli peralatan elektrik yang sesuai dengan keperluan hidup anda seharian. Contohnya :

Keluarga kecil tidak perlu beli peti sejuk besar, mesin basuh besar

3) Jikalau anda gunakan aircond tidak perlu tutup jikalau anda mahu keluar sekejap dan kemudian buka balik aircond. Ini akan meningkatkan penggunaan elektrik rumah anda.

4) Pilih peralatan elektrik dengan kapasiti yang sesuai. Jikalau kawasan anda perlu guna 2HP aicond, tetapi anda hanya pilih untuk pasang aircond 1hp sahaja, bil anda akan melambung tinggi

5) Jikalau anda sudah guna peralatan elektrik, sila tutup suis. Lebih baik lagi jikalau anda tanggalkan plug peralatan elektrik di rumah anda.

Berita Baik! Bantuan Elektrik TNB Percuma

Selepas kemerahan berterusan pengguna elektrik TNB di Malaysia, akhirnya Tenaga Nasional Berhad akur dengan desakan rakyat.

  • Anda akan dapat bantuan elektrik percuma TNB bermula bulan April Mei Jun bernilai RM231 jika anda mengunakan elektrik lebih 300Kwj sebulan
  • Insentif ini bermakna RM77 pada setiap bulan
  • Nilai RM231 akan dibawa ke bulan Julai untuk dikreditkan
  • Penggunaan bawah 300kwj adalah percuma

Boleh semak butiran yang lengkap berdasar penerangan sendiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli seperti di bawah ini:

P/S : Jikalau anda ada banyak rumah sewa, homestay aplikasi online ini sangat membantu pengurusan bil deretan rumah sewa milik.

Semuanya boleh anda semak di mana sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter bangunan mereka ataupun telefon terus hotline

PP/S : Dengan ada sistem tnb online ini juga, anda boleh pantau jikalau ada tunggakan dan trend penggunaan elektrik di unit rumah anda setiap bulan.

PPP/S : Bagi kami tindakan dan tawaran seperti ini tidak cukup. Tambahan diskaun bil tnb perlu diberikan kepada pengguna pada waktu ketika gelombang musibah COVID 19 ini. Siapa setuju boleh kongsikan artikel di Facebook dan Whatapps kawan-kawan dan ahli keluarga anda supaya supaya suara anda semua sebagai ‘pengguna setia’ mereka didengari

Scroll to Top