TN50: Objektif & Cabaran Transformasi Nasional 2050

TN50: Objektif & Cabaran Transformasi Nasional 2050

transformasi nasional tn50

Jikalau di zaman Tun Mahathir dahulu, beliau mahu meletakkan negara kita Malaysia berada di satu tahap yang tinggi di bawah Wawasan 2020.

Kemudian di bawah pimpinan Datuk Seri Najib razak, satu lagi halatuju negara mahu diletakkan pada tahun 2050 di bawah Transformasi Nasional 2050. Antara inisiatif beliau yang paling popular adalah semakan bsh bujang 2020 bantuan sara hidup

Di bawah inisiatif ini, kerajaan Malaysia telah mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan yang diberi mandat untuk sama-samz mengerakkan wawasan ini bagi mencapai fokus utama yang telah pun disasarkan.

Turun padang dan berdialog bersama-sama rakyat Malaysia di bawah apa yang mereka mahukan Malaysia daripada aspek pendidikan, ekonomi Malaysia, sosial masyarakat, alam sekitar menjelang tahun 2050 kelak.

Objektif Transformasi Nasional tn50

Boleh lihat kriteria yang ditetapkan sebelum ini

  1. Mula dilancarkan pada 19 Januari 2017
  2. Diharapkan menjadi satu kerangka yang lebih jelas untuk masa depan Malaysia menjelang tahun 2050
  3. Saiz ekonomi Malaysia berjaya mencapai sehingga RM2 trilion
  4. Malaysia berada dikalangan 8 negara yang memiliki kuasa besar ekonomi di dunia

Cabaran

Malaysia akan berhadapan dengan cabaran yang besar di masa akan datang. Antarannya ialah:

  1. Kekurangan sumber asli seperti simpanan minyak dan gas semakin meruncing
  2. Jumlah warga tua dan warga emas semakin bertambah di Malaysia dibandingkan golongan muda dan bekerja di Malaysia
  3. Mengawal pengurusan kewangan dalam pembayaran tinggi gaji dan pembayaran pencen penjawat awam serta tidak lupa juga kos operasi kesihatan
  4. Perubahan iklim dunia
  5. Pergerak cepat ekonomi digital di seluruh dunia

Walaubagaimanapun nampaknya selepas tumbangnya regim Barisan Nasional, rakyat Malaysia tertanya apa sudah jadi dengan polis ini?

Selepas pelancaran baru-baru ini Wawasan Kemakmuran Bersama di bawah pimpinan baru iaitu Tun Mahathir Mohamad, maka secara rasmi Transformasi Nasional 2050 telah pun berkubur.

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top