Tips SPM 2019 : Tiru Teknik Cara Bagaimana Anda Boleh Dapat SEMUA A

Tips SPM 2019 : Tiru Teknik Cara Bagaimana Anda Boleh Dapat SEMUA A

Tahukah anda tips spm yang Mypt3 kongsikanĀ  di bawah ini pernah dipraktikkan oleh ramai orang (PROVEN METHOD). Menariknya lagi….

tips spm

Menariknya, ada yang sampai berjaya dapat SEMUA A+ dalam semakan keputusan spm dan tips POWER ini terus digunapakai sehingga pernah ada yang dapat Anugerah Diraja Universiti Malaya.

Panduan ini boleh digunakan untuk semua subjek.

Ia merangkumi dan boleh digunapakai melibatkan tips spm english, sejarah, biology bahasa Melayu (BM), Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik, Kimia dan lain-lain lagi.

Boleh juga dipraktikkan tips belajar spm untuk anda mahu dapat keputusan upsr, keputusan pt3 dan juga result spm dan cemerlang.

Senarai 30 Tips SPM Yang PROVEN!!

1) Kita mesti kena ada matlamat dan sasaran dalam hidup. Contohnya untuk keputusan peperiksaan sekolah saya nak dapat sekurang-kurangnya 5A, lepas 6 A, dan seterusnya.

Jikalau tidak, anda macam tiada halatuju dan kurang bersemangat untuk buat lebih dan lebih baik lagi

2) Pilih matapelajaran yang sukar terlebih dahulu. Dan buat latih tubi sehingga subjek yang paling sukar sehingga anda berjaya menguasai.

Kemudian beralih pula untuk subjek yang kurang mencabar dan seterusnya

3) Perlu pandai untuk bahagiakan masa. Antara waktu makan, waktu rehat, waktu bermain untuk hilangkan stress dan waktu belajar.

Peruntukkan masa yang lebih lama untuk subjek yang susah. Itulah pentingnya ada jadual waktu belajar setiap hari

4) Anda pasti tahu anda lebih mudah untuk sennag belajar pada waktu apa? Jikalau anda rasa lebih senang dan selesa belajar waktu tengah malam peruntukkan masa tersebut untuk tumpukan pelajaran yang sukar.

Begitulah sebaliknya jikalau anda lebih selesa belajar selepas bangun dari tidur selepas anda solat Suboh. Jangan tidur balik selepas bangun tidur!

5) Orang belajar jangan tidur terlalu lama. 5 jam tidur sudah memadai

6) Amalkan makan kismis setiap hari. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mudah untuk anda belajar

7) Pilih tempat belajar yang sesuai. Macam kami dahulu, tidak sesakali belajar di tempat tidur bersekalikan dengan bantal, alamatnya lelap selepas itu.

8) Kadang-kadang akan rasa stress juga belajar. Jangan push the limit. Rehat sekejap. Kalau dapat hubungi ibu bapa anda. Minta semangat, doa dan nasihat daripada mereka.

Seperti kami, jikalau dapat hubungi mak ayah rasa tenang sahaja. Insyaallah. Cubalah. Apatah lagi doa mereka cukup MUSTAJAB

9) Jikalau ada yang perli-perli dengan kesungguhan kita belajar. PEDULIKAN.

Yang nak balas jasa baik ibubapa kita, yang nak berjaya dalam hidup kita sendiri, yang nak ubah nasib keluarga kita sendiri.

10) Ada masa itu sebelum peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, jengok-jengoklah muka kedua ibu bapa mereka. Minta restu dan doa daripada mereka.

11) Lebih baik gunakan teknik PANCAINDERA yang kami kerap praktikkan setiap kali menghadapi peperiksaan, mata dan telinga kita . Contohnya :

  • Warnakan dengan warna terang fakta dan pint-point penting
  • Perlu SEBUT fakta dan point penting yang perlu diingat itu, sebut berkali-kali sambil menulis dan warnakan. Insyaallah. Kuat daya ingatakan anda.

12) Nak lebih mudah belajar, lebih banyak dekat diri dengan Allah bagi umat Islam. Jangan lebih sembahyang terus bangun. Sebaliknya panjatkan doa kepada Nya. Amalkan lepas suboh baca surah Yaasin.

Amalkan juga solat hajat. Jangan putus-putus minta padaNya. Insyallah anda belajar mudah sangat ingfat dan faham.

Anda pun akan jimat masa, tak pelru nak belek dan study benda yang sama berkali-kali. Anda ingat Allah, Allah akan ingat anda. Insyaallah!!

13) Jaga percakapan anda. Jangan mencarut. Jangan sebut SUSAH. PAYAH. Itu adalah DOA!

14) Jangan lupa kekuatan study group. Setiap daripada anda ada kelebihan yang berbeza.

Perbincangkan setiap topik dan subjek yang pelru diberikan penekanan untuk diperbincangkan

15) AJAR, AJAR dan terus berkongsi ilmu dengan seberapa ramai kawan-kawan supaya menguatkan lagi daya ingatan dan kefahaman anda.

16) Tips spm yang keenam belas. Ada masa buatlah NOTE yang anda boleh lekatkan pada halaman tertentu di mana mengandungi ringsakan dan point-point penting.

Sekurangnya-kurang lebih mudah untuk anda ingat semula dan faham

17) Akhirnya supaya tidak jadi kelam-kabut, persiapkan apa yang perlu dibawa semasa ke dewan peperiksaan.

Dah duduk dalam dewan jangan bazirkan waktu, teruskan baca doa penarang hati seeprti surah al insyirah.

Jangan buka kertas exam jikalau nada tidak baca lagi ayat yang membantu mudah jawab kertas peperiksaan iaitu (rabbi yassir wala tu’assir).

Tengah jawab jem pula, tak ingat. Releks. Jangan gelabah, sebaliknya beristighfar dan basahkan bibir anda dengan berzikir. Dan sambung jawab semula. Tawakal kepada Allah.

P/S : Ha, ingat senang nak berjaya. Tetapi jikalau amalkan tips spm 2019 seperti di atas, insyallah semua A dalam genggaman. Insyaallah

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...