Time Bill Payment: Login Online Internet Jompay Code


Pakej Time Bill Payment: Login Online time Internet payment untuk Jompay Code

internet time login

Time dotCom merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia yang menfokuskan perkhidmatan melibatkan rangkaian domestik, rangkaian antarabangsa, pusat data dan awan.

Pengkhususan ini memberi manfaat kepada individu di dalam industri pasaran runcit, perusahaan dan borong. Time dotCom juga menawarkan pelan jalur lebar yang terpantas dengan kadar kelanjuan sehingga 2Gbps.

Penggunaan jalur lebar gentian optik Cross Peninsular Cable System menjaminkan kelajuan dan ketersediaan internet kepada pengguna di seluruh negara. 

Perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan pelanggan yang selaras dengan kepesatan teknologi pada hari ini. Oleh itu, syarikat ini menyasarkan pasaran perkhidmatan telekomunikasi ini ke peringkat global serta kualiti perkhidmatan yang lebih cekap dan konsisten.

Pakej Internet Time Fibre Plan

Pakej pelan yang ditawarkan oleh syarikat Time kepada pengguna terbahagi kepada dua (2) iaitu untuk tujuan persendirian atau kegunaan rumah dan perniagaan.

Pelanggan perlu mengenalpasti terlebih dahulu tujuan langganan mereka. 

  • Kadar kelajuan internet yang disediakan laju dan stabil bagi pelan internet Time Home di mana ianya sesuai untuk kegunaan seisi rumah.
  • Kadar kelajuan untuk memuatnaik dan memuat turun juga tinggi.
  • Pelanggan akan diberikan Wifi router secara percuma jika melanggan pakej ini.
  • Kadar harga langganan adalah berbeza mengikut kadar kelajuan internet.

Ini akan memberi kepuasan kepada pelanggan apabila melayari internet tanpa ada gangguan sekatan line internet.

Ia juga akan memudahkan pelanggan untuk membuat urursan kerja di rumah. Berikut merupakan antara pakej-pakej pelan yang ditawarkan;

time fibre

Package Time Internet Plan Untuk Business

Pelan Internet Time Business ditawarkan kepada individu yang menjalankan perniagaan.

Line internet yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah lebih besar berbanding kegunaan rumah. Data Mbps juga berbeza dengan Time Home.

  • Pakej ini diperkenalkan untuk memudahkan urusan perniagaan yang dilakukan di pejabat dengan kadar penggunaan lebih besar dan pengguna yang lebih ramai.
  • Pakej ini juga meliputi satu pejabat dengan jaringan internet yang merangkumi semua bahagian.

Antara pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut;

time broadband

Cara Bayar Time Bill Payment Online

Pelanggan yan melanggan mana-mana pakej jalur lebar bersama Time dotCom boleh memilih kaedah pembayaran yang disediakan oleh pihak Time.

Pembayaran time internet payment boleh dibuat menerusi aplikasi Time, Self Care di portal rasmi Time, menerusi perbankkan internet, dengan cara debit secara terus daripada akaun bank, di mesin ATM Maybank atau Public Bank, menerusi kaunter cawangan Time dan Pos Malaysia.

Pelanggan boleh memilih mana-mana kaedah bill pembayaran time payment yang memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil termasuk melalui online internet banking.

  • Sebagai contoh, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran secara atas talian, pelanggan boleh melayari link https://selfcare.time.com.my seperti pada Rajah seperti di bawah ini.
time bill payment
  • Pelanggan perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan terlebih dahulu. Kemudian, klik pada butang “Sign In”.
  • Paparan maklumat akaun pelanggan akan dipaparkan beserta pakej langganan.
  • Seterusnya, pelanggan perlu klik pada butang “Pay Now” untuk membuat pembayaran melalui perbankkan secara atas talian.
  • Setelah pembayaran dibuat, notifikasi pembayaran berjaya akan masuk ke telefon pengguna. 

Cara Check Time Coverage

Sebelum memilih perkhidmatan Time dotCom ini, pengguna perlu memeriksa liputan telekomunikasi ini meliputi kawasan kediaman pengguna atau tidak.

Ini penting agar capaian internet sampai ke kawasan pengguna untuk kelancaran kegunaan pengguna.

Semakan liputan boleh dibuat di laman sesawang www.time.com.my check coverage seperti pada Rajah di bawah ini.

time coverage

Pengguna perlu memasukkan lokasi kediaman mereke pada kotak yang disediakan dan klik pada ikon cari.

Paparan seperti pada Rajah di bawah akan dipaparkan setelah lokasi pengguna dimasukkan dan dicari.

Pengguna boleh terus melanggan jika liputan Time terdapat di kawasan pengguna.

time internet

Cara Check Time Internet Speed

Time dotCom menjanjikan kelajuan internet sehingga 2Gbps kepada pelanggan bergantung pada kawasan kediaman pelanggan.

Ini penting untuk memastikan capaian internet di kawasan tersebut mencapai piawai yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi Time dotCom.

Ujian kelajuan atau speed test ini pada link pautan, https://testyourspeed.time.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

time internet speed test

Pelanggan perlu memilih kawasan kediaman pelanggan dengan klik pada bahagian pilih host seperti pada Rajah si bawah ini

time wifi login plan

Akhir sekali, klik pada butang “Go” dan keputusan kelajuan data internet bagi kawasan pengguna akan dipaparkan untuk rujukan pengguna seperti pada Rajah di bawah ini

internet time down

Time vs Maxis vs Time Unifi, Mana Internet Lebih Laju

Tiga faktor utama yang menjadi kayu ukur kepada tiga jenis pelan jalur lebar yang terkenal ini iaitu Maxis, Time dan TM Unifi.

Kayu ukur ini penting memastikan pengguna membuat pilihan yang betul mengikut kegunaan pengguna.

Kelajuan, liputan dan harga menjadi point utama pelanggan sebelum melanggan mana-mana pelan jalur lebar.

Berikut merupakan kadar kelajuan bagi ketiga-tiga jalur lebar yang sentiasa menjadi pilihan ramai;

JALUR LEBARKELAJUAN TERENDAHKELAJUAN TERTINGGI
MaxisMemuat turun: 30Mbps Memuat naik: 30MbpsMemuat turun: 800Mbps Memuat naik: 200Mbps
TimeMemuat turun: 100Mbps Memuat naik: 100MbpsMemuat turun: 1 Gbps Memuat naik: 500Mbps
TM UnifiMemuat turun: 30Mbps Memuat naik: 10MbpsMemuat turun: 800Mbps Memuat naik: 200Mbps

Secara tuntasnya, ini menunjukkan bahawa Time dotCom adalah lebih laju berbanding Maxis dan TM Unifi.

YouTube video

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa Itu Syarikat Time

Syarikat Time dotCom ini mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2001 dan bekerjasama dengan beberapa buah negara serantau seperti Thailand, Singapura, Kemboja dan Vietnam.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia