Tiktok Shop Malaysia: Register & Login Tiktok Seller Center

Cara Register Tiktok Shop Malaysia: Login Tiktok Seller Center

cara daftar tiktok shop seller center

Hampir semua pengguna telefon bimbit pada hari ini pasti mempunyai akaun TikTok.

BACA SINI >> Harga gift tiktok

Aplikasi TikTok kian menjadi bualan masyarakat hari ini kerana ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi tersebut selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Segala informasi dan maklumat yang disiarkan di dalam aplikasi tersebut juga sangat cepat menjadi tular. 

Walaubagaimanapun, aplikasi TikTok bukan sahaja memaparkan video dan maklumat terkini semata-mata. Dengan perkembangan ekonomi yang makin pesat, TikTok juga ada memperkenalkan ciri-ciri baru seperti TikTok onlien shopping.

Cara Daftar & Register Tiktok Seller Malaysia

Cara daftar TikTok Shop boleh dilakukan bagi individu yang memenuhi dua (2) syarat wajib yang melayakkan mereka menjual produk mereka di aplikasi tersebut.

Dua (2) syarat register tiktok shop seller center malaysia tersebut adalah akaun penjual mestilah mempunyai pengikut lebih daripada 1,000 orang dan beliau mestilah berumur 18 tahun keatas.

Bagi individu yang memenuhi syarat tersebut, mereka bolehlah mula daftar akaun TikTok Shop mereka melalui laman sesawang https://seller-my.tiktok.com seperti pada Rajah di bawah ini

tiktok shop malaysia
  1. Langkah pertama adalah penjual mestilah pengguna aplikasi TikTok.
  2. Nombor telefon, emel dan kata laluan perlulah diisi dengan betul untuk tujuan pendaftaran.
  3. Pemohon hendaklah memilih sama ada ingin mendaftar sebagai syarikat atau perniagaan sendiri.
  4. Seterusnya, pemohon iaitu individu yang ingin menjadi penjual/ peniaga di TikTok, beliau hendaklah mengisi borang permohonan serta melengkapkan butiran Kad Pengenalan bagi pemohon yang berniaga sendiri dan melampirkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat.
  5. Kemudiannya, pemohon mestilah menunggu selama 1 sehingga 2 hari bekerja setelah permohonan itu dihantar untuk tujuan pengesahan maklumat pemohon.
  6. Selepas itu, jika permohonan itu telah berjaya, daftar masuk akaun TikTok pemohon dan klik pada profil penjual untuk tujuan mengaktifkan akaun penjual.
  7. Setelah mengaktifan telah dibuat, penjual bolehlah mula menjual produk mereka.
  8. Masukkan maklumat produk, perniagaan, penjual dan maklumat yang berkaitan untuk memulakan perniagaan di TikTok.

BACA SINI >> Cara save video tiktok tanpa watermark

Cara Log Masuk Tiktok Shop Login

Untuk tujuan log masuk ke akaun Tik tok seller, pengguna hendaklah melayari laman sesawang tiktok seller login, https://seller-my.tiktok.com login masuk  seperti pada Rajah di bawah.

Kemudian, masukkan maklumat nombor telefon dan kata laluan, seterusnya klik pada butang “Log Masuk”. 

Walaubagaimanapun, pengguna yang sudah mempunyai akaun TikTok, pengguna boleh menekan butang “Log Masuk dengan akaun TikTok login”.

Cara ini sangat ringkas dan mudah kepada pengguna aplikasi ini jika mahu login tiktok.

tiktok shop login

Tiktok Online Shopping vs Shopee vs Lazada

TikTok Sshop ini merupakan satu platform e-dagang iaitu jualan secara atas talian yang melibatkan perbelanjaan secara terus melalui aplikasi TikTok tanpa perlu mengakses aplikasi atau laman sesawang untuk membuat pembelian.

Penjual di TikTo hanya perlu menyenaraikan produk jualan mereka dan pengguna boleh membeli secara langsung tanpa meninggalkan aplikasi TikTok.

TikTok Shop kini telah menyaingi Shopee, Lazada dan aplikasi lain yang juga menawarkan perkhidmatan e-dagang.

Penjual di dalam aplikasi ini juga terlibat dalam menjual dan mempromosi produk jualan mereka pada waktu yang sama.

Kelebihan Daftar Tiktok Shop Malaysia

TikTok Shop malaysia memberi banyak kelebihan kepada penjual dan pengguna aplikasi TikTok.

Segala kemudahan dan promosi yang disediakan menarik lebih ramai pengguna untuk berurus niaga secara atas talian.

Antara kelebihan-kelebihan menjual produk di TikTok, termasuklah

  1. TikTok Sshop merupakan aplikasi media sosial yang mudah diakses untuk tujuan urus niaga.
  2. Seperti yang diketahui, urus niaga di dalam aplikasi tersebut melibatkan penjualan pada satu masa dimana aktiviti menjual dan mempromosi produk dilakukan secara serentak pada satu masa.
  3. Penjual tidak perlu mempromosi produk mereka pada masa lain dan menjual produk mereka pada masa lain. Ini dapat menjimatkan masa penjual dalam urusan urus niaga.
  4. Dengan peningkatan bilangan pengguna di aplikasi TikTok, potensi pasaran akan meningkat lebih tinggi.
  5. Aplikasi TikTok kini menjadi ikutan masyarakat pada masa kini. Jelas menunjukkan semakin ramai pengguna akaun TikTok, aktiviti urus niaga secara atas talian di TikTok akan semakin rancak. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan lagi ekonomi negara.

TikTop Shop menawarkan banyak kelebihan kepada penjual dan pengguna di mana segala transaksi jualan akan ditawarkan subsidi penghantaran secara percuma.

Ini membuktikan ramai pengguna kini beralih memilih untuk berurus niaga di account TikTok Shop.

Selain itu, penjual dan pembeli juga ditawarkan dengan pelbagai promosi yang berbaloi seperti diskaun produk kepada pengguna baru sehingga 80%, contohnya produk botol air yang tular di media sosial dijual dengan harga RM5 sahaja. 

Kelebihan Daftar Tiktok Seller Center Malaysia

Platform urusan perniagaan kini berkembang pesat secara atas talian kerana kemudahan-kemudahan yang ditawarkan.

Antara kelebihan yang ditawarkan kepada peniaga TikTok ialah :

  • peniaga di TikTok akan disediakan dengan manual panduan yang lengkap dalam menguruskan perniagaan di TikTok,
  • diberikan latihan penjualan dan disediakan perkhidmatan logistik secara percuma di TikTok.
  • Semua panduan dan latihan ini disediakan adalah bertujuan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dipraktikkan di negara kita selaras dengan negara maju yang lain. 
  • Selain itu, peniaga TikTok Shop akan diberikan subsidi penghantaran percuma.
  • Segala penghantaran menggunakan kurier akan ditanggung oleh pihak pengurusan TikTok
  • Ini akan merancakkan lagi pembelian di aplikasi TikTok kerana pembeli bolehlah membeli barangan dengan harga yang berpatutan atau lebih murah daripada harga pasaran.
  • Oleh sebab itu, TikTok kini telah menyaingi aplikasi e-dagang yang lain seperti Shopee. 

Seterusnya, peniaga TikTok juga tidak akan dikenakan yuran pendaftaran bagi membuka akaun TikTok Shop. Pendaftaran tersebut adalah percuma. Tambahan pula, hasil jualan yang bakal diterima oleh peniaga akan dikenakan caj yang rendah sebagai faedah kepada TikTok. Oleh sebab itu, ramai peniaga kini berpindah kepada platform ini kerana tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan mereka.    

Cara Jual di Tiktok Shop Seller Center

Perniagaan di platform TikTokshop kian menjadi ikutan kerana pulangan yang tinggi kerana aplikasi TikTok kini boleh dikatakan mempunyai lebih daripada jutaan pengguna.

Tambahan pula, penjualan di TikTok sangatlah mudah dan efisien. 

Set up, jualan dan promosi boleh dilakukan di TikTok dengan sangat senang.

Ia boleh dilakukan dengan memasukkan produk-produk yang ingin dijual dengan deskripsi dan harga produk tersebut.

Penjual atau peniaga perlu membuat siaran langsung atau “Shop LIVE” daripada akaun TikTok Seller. 

Menerusi “Shop LIVE”, peniaga boleh membuat promosi produk yang ingin dijual.

Pengguna atau pembeli boleh membeli secara terus daripada siaran langsung tersebut dengan menekan butang “Shop” seperti pada Rajah di bawah ini.

tiktok seller center malaysia

Kemudian, jika pembeli ingin membeli produk yang dijual, pembeli boleh klik pada butang “Buy” dan membuat pembayaran secara terus. 

Berapa Pulangan Income Tiktok Seller Malaysia

Ramai peniaga TikTok mula menjalankan perniagaan secara sepenuh masa di platform ini disebabkan oleh pulangan wang dan pendapatan yang lumayan.

Kreativiti dan keunikan dalam menghasilkan video atau kandungan perniagaan memberi impak yang besar dalam menjana pendapatan di TikTok Shop. 

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan penjual TikTok Malaysia, kebanyakkan pengguna TikTok adalah dalam kalangan orang muda yang mendapat bayaran tertinggi di TikTok.

  • Faktor yang mempengaruhi pendapatan di TikTok adalah berdasarkan pengikut, gift yang diterima, jumlah tontonan dan jumlah like terhadap sesuatu hantaran.
  • Sebagai contoh, bagi pemegang akaun TikTok Seller yang layak menyertai TikTok Creator Fund, pihak TikTok akan membayar mereka sekitar dua (2) sehingga empat (4) sen bagi setiap 1,000 tontonan di TikTok. 

Secara amnya, pendapatan dan pulangan duit terhadap penjual-penjual atau seller TikTok agak fleksibel.

Ianya bergantung kepada banyak faktor pemangkin.

  • Misalnya, akaun TikTok @sofyank96 yang mempunyai pengikut seramai 2.1 juta dan hantaran yang mendapat hampir mencecah 224,000 jumlah like
  • boleh dikatakan pendapatan mencecah antara RM14 ribu sehingga RM21 ribu menurut Influencer Marketing Hub seperti pada Rajah di bawah ini.
income tiktok seller

Akhir sekali, TikTok kini menjadi platform yang berpengaruh dalam kalangan remaja hari ini.

Boleh dikatakan hampir 80% remaja di Malaysia mempunyai akaun TikTok di dalam telefon bimbit mereka.

Secara tidak langsung, ianya menjadi penyumbang terbesar kepada urusan jual beli di aplikasi TikTok Sshop.

Tambahan pula, ianya juga boleh menjadi satu platform dalam membina perniagaan bagi individu yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia