Senarai Tempat Menarik di Terengganu 2021

Senarai bangunan, tempat bersejarah dan tempat menarik di Terengganu 2020 termasuk di aktiviti di waktu malam

senarai tempat menarik di terengganu 2020

Jikalau pergi Pantai Timur, Terengganu adalah negeri dan lokasi pilihan jika ingin bercuti dan melancong di sana. Kuala Terengganu adalah ibu negeri bagi terengganu. Ia mampu menawarkan banyak tempat menarik sepanjang anda berada di bandar Kuala Terengganu.

Tidak cukup dengan itu, dengan keluasan pantai sepanjang 13,000 kilometer persegi menghadap Laut China Selatan, anda oleh jumpa banyak perkampungan kecil, deretan pulau yang cantik dan pantai yang cukup indah. Yang penting apa anda datang bercuti di sini, anda akan dimanjakan dengan deretan menu masakan laut sepanjang anda terjah tempat menarik di Terengganu.

Terengganu merupakan sebuah negeri yang wajib dan berbaloi untuk dikunjungi. Terengganu bukan sahaja menyerlah dengan keindahan Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas sahaja. Malah keunikan seni kraftangan, sejarah dan budayanya dan makanan juga turut terserlah yang menjadi penyumbang kepada kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Jadi, pada entri kali ini, kami akan bantu anda menyenaraikan beberapa tempat best dan menarik di Terengganu!

Boleh dikatakan banyak tempat percutian menarik ada ditawarkan di setiap daerah di Terengganu. Dari Besut sehinggalah ke Kemaman. Kami cadangkan lokasi TOP Terengganu pada artikel kali ini. Yang betul-betul berbaloi untuk percutian anda bersama rakan atau keluarga tersayang.

Tempat Menarik di Terengganu 2021

Senarai tempat menarik di Terengganu termasuk di waktu malam sedang dikemaskinikan

1. Taman Tamadun Islam

Lebih 20 replika masjid dan monumen ikonik seluruh dunia ditempatkan di sini. Pengunjung boleh melihat Kota Lama Islam Aleppo, Masjidil Haram, Kubah As Skahrah, Istana Alhambra, Masjidil Aqsa dan banyak lagi.

Ukiran dan senibinanya mirip sekali dengan yang sebenar. Selain itu, sejarah dan info menarik yang boleh didapati pada papan tanda yang disediakan boleh anda pelajari.

Landskap kawasan ini cukup bersih dan indah. Ramai pengunjung yang mengambil peluang ini untuk menangkap dan merakam gambar berlatar belakangkan replika unik ini.

  • Harga Tiket: Dewasa RM21.20 / Kanak-kanak bawah 12 tahun RM15.90
  • Waktu Operasi: 9pagi-7malam tutup pada hari Selasa
  • Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

2. Masjid Kristal Terengganu

Mercu tanda ini sudah tidak asing lagi pada penduduk tempatan dan pengunjung yang ke Terengganu. Ia menjadi daya tarikan pelancong sejak ia dibina beberapa tahun lepas kerana keindahan dan kemegahan seni binanya yang mengagumkan.

Ia dibuka secara percuma untuk orang ramai menunaikan solat dan jalan-jalan melihat pemandangan Sungai Terengganu.

Keindahan masjid ini dapat anda saksikan tanpa mengira waktu. Bangunan ini kelihatan lebih ‘stand out’ berbanding yang lain disebabkan pantulan cahaya matahari pada waktu siang.

Cahaya lampu melimpahi seluruh kawasan ini pada waktu malam menjadikan ia terang benderang di malam hari.

  • Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

3. TTI River Cruse

Kami cadangkan anda untuk menaiki TTI River Cruise jika anda ingin melihat kepelbagaian mercu tanda di Kuala Terengganu. Anda berpeluang untuk menyusuri Sungai Terengganu dan menikmati keindahan kawasan sekitarnya.

TTI River Cruise dikelaskan sebagai “outdoor edutainment” di mana penumpang bukan sahaja dapat menyaksikan lebih 20 mercu tanda dan tempat-tempat menarik. Bahkan, sejarah dan latar belakangnya akan diterangkan oleh pemandu pelancong selama 45 minit.

  • Laman Web: https://www.tti.com.my/tti-river-cruise/
  • Harga Tiket: Bawah 7 tahun percuma / Kanak-kanak & Warga Emas RM16.90 / Dewasa RM22.90
  • Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Garang, 21000 Kuala Terengganu.

4. Muzium Negeri Terengganu

Tidak kurang hebatnya juga Muzium Negeri Terengganu yang tersergam indah seperti istana zaman dahulu kala. Pelbagai sejarah negeri Terengganu ditempatkan di muzium ini.

Muzium ini terdiri daripada Muzium Maritim, Muzium Utama, Muzium Perikanan, taman botani dan herba, 4 rumah tradisional serta galeri-galeri yang mempamerkan sejarah, seni Islam, alat kebesaran diraja, senjata lama dan tekstil.

Batu Bersurat asli yang diletakkan di tengah kawasan juga boleh dilihat oleh pengunjung yang bertandang.

  • Harga Tiket: Kanak-kanak RM2 / Dewasa RM5
  • Waktu Operasi: Tutup pada Jumaat / Dibuka 9 pagi-5petang
  • Alamat: 201566 Bukit Losong, Terengganu.

5. Pasar Payang

Jika anda tidak ke Pasar Payang, tidak lengkaplah percutian anda ke Kuala Terengganu. Pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu dan barangan kraftangan ditempatkan di sini.

Batik, songket dan lain-lain juga ditawarkan di tempat popular membeli-belah ini pada harga yang berpatutan. Anda pasti rambang mata dengan ratusan lot kedai di sini.

Selain itu, pelbagai jenis manisan dan snek tradisional serta keropok lekor segar boleh dicuba di Pasar Payang ini. Wajib anda cuba dan singgah!

Kini, lokasi Pasar Payang sudah bertukar dan berada di tempat baharu di Jalan Sultan Zainal Abidin

  • Waktu Operasi: Tutup pada hari Jumaat / 8.30pagi-6petang
  • Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

6. Chinatown

Ia juga dikenali dengan World Heritage Lane di Chinatown Terengganu. Ia menjadi tarikan penduduk tempatan dan pelancong kerana lokasinya yang penuh sejarah dan indah. Bangunan-bangunan lama dari zaman klonial ini digunakan hingga ke harini dan masih berdiri teguh.

Mood dan budaya kaum Cina dapat dibangkitkan dengan tanglung yang digantung dan dicat dengan warna ceria.

Memandangkan hampir keseluruhan bandar ini masih mengekalkan konsep asal bangunan menjadikan ia cukup menarik untuk dikunjungi. Anda juga boleh menemui kedai-kedai makan halal seperti kafe hipster di sini.

Peluang untuk bergambar dengan pondok telefon klasik di sini jangan sekali anda lepaskan.

7. Pantai Batu Buruk

Banyak betul tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Terengganu. Salah satunya adalah Pantai Baru Buruk. Ia penuh dengan tarikan yang menarik dan kemudahan asas yang cukup. Pantai ini kebiasaannya tidak pernah lekang dengan kehadiran orang awam.

Mana tidaknya, pengunjung juga berpeluang menaiki kereta kuda dan ATV, menunggang kuda, bermain layang-layang dan banyak lagi.

Di Pantai Baru Buruk juga boleh ditemui kedai makan dan food court. Angin pantai yang sungguh nyaman boleh dinikmati ketika anda menjamu selera.

8. Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu)

Jambatan Angkat yang baharu sahaja siap dibina pada tahun lalu telah menjadi salah satu tempat menarik di Terengganu 2020!

Jabatan yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Neru sepanjang 638 km ini boleh diangkat untuk membenarkan kapal besar dan bot untuk lalu di bawahnya.

‘Skybridge’ iaitu ruangan komersial dibuka kepada orang ramai untuk melihat pemandangan dan bandar Kuala Terengganu dari pandangan atas. Pada masa akan datang, akan lebih banyak lagi tarikan yang bakal dibuka.

  • Harga Tiket Skybridge: RM5
  • Alamat: Kuala Terengganu Drawbridge, Kampung Surau Pasir, 20000 Kuala Terengganu

9. Pantai Seberang Takir (Miami Beach)

Dek kerana keindahan dan panorama bandar Kuala Terengganu yang boleh dilihat di sepanjang pantai ini ia juga dipanggil sebagai Miami Beach. Pantai ini memang tidak ubah seperti Pantai Miami, Florida.

Orang ramai gemar berjalan atau berbasikal disini dan lepak di tepi pantai, sambil bergambar berlatar belakangkan Jambatan Angkat.

Bagi kami, ia sangat menarik untuk anda kunjungi.

  • Alamat: Kampung Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tempat Menarik di Besut Terengganu

10. La Hot Spring

Dengan keindahan pantai dan alam semula jadi, tempat menarik di Besut juga tidak kurang hebatnya. Kolam air panas semula jadi, La Hot Spring adalah satu lokasi yang harus anda lawati.

Memang sudah tidak dapat disangkal lagi bahawa khasiat kolam air panas dalam merawat sakit kulit dan sendi. Anda boleh menikmatinya secara percuma sahaja. Tambahan pula, beberapa buah kolam disediakan pihak pengurusan untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai.

Turut disediakan kolam cetek untuk kanak-kanak. Fasiliti seperti pondok rehat, surau dan tempat persalinan juga disediakan.

  • Harga Tiket: Percuma
  • Alamat: Sungai Peng, 22010 Jerteh, Terengganu

11. Zul Ikan Bakar

Dalam entri ini turut kami selitkan restoran Zul Ikan Bakar di Kampung Raja iaitu antara tempat makan sedap di Besut. Dek kerana menggunakan rempah istimewa yang menyelerakan inilah yang menyebabkan keenakan ikan bakar mereka memang cukup terkenal.

Pelbagai jenis ikan segar yang disediakan boleh dipilih oleh para pelanggan seperti ikan siakap, ikan merah, pari, kerapu dan lain-lain. Kesemua makanan laut di sini segar-segar. Maklumlah, pendaratan ikan LKIM hanya bersebelahan dengan restoran ini.

Menu lain pula seperti udang dan sotong celup tepung. Cukup enak jika anda makan bersama nasi putih dan juga sos pencicahnya yang istimewa.

  • Waktu Operasi: Tutup pada Isnin / 8malam-2pagi
  • Alamat: Kampung Seberang Kastam, 22200 Kampung Raja, Terengganu

Tempat Menarik di Paka Terengganu

12. Rumbia Resort Villa

Di Paka, Terengganu tidak banyak tempat menarik yang berbaloi untuk anda lawati. Ini kerana Paka sudah menjadi kawasan perindustrian minyak dan gas. Namun, untuk anda sekeluarga, terdapat sebuah resort menarik untuk anda menginap.

Ia berkonsepkan villa, di mana satu unit rumah akan anda sewa untuk bermalam. Terdapat 3 jenis penginapan di sini:

  • Superior Suite
  • Banglo
  • Rumah dengan 3 buah bilik

Bergantung kepada bajet anda, setiap satu penginapan ini memiliki keistimewaan dan keunikan masing-masing.

Kemudahan

  • Ruang tamu
  • Bilik tidur
  • Bilik air
  • Dapur
  • Kolam renang
  • Tempat letak kereta
  • Restoran

Kolam renang yang luas turut disediakan di Rumbia Resort Villa  . Ahli keluarga terutamanya anak-anak pasti menyukainya sekiranya dapat bermandi-manda pada waktu petang.

Di samping itu, beberapa aktiviti indoor dan outdoor menarik turut ditawarkan di Rumbia Resort Villa untuk tetamu seperti:

  • Berbasikal
  • Memancing
  • Taman Permainan
  • Tenis
  • Paintball
PERKARABUTIRANNYA
Hargadari RM350 semalam
Alamat23100 Paka, Terengganu

Tempat Menarik di KEMAMAN Terengganu

13. Kemaman Zoo dan Recreation Park

Kemaman Zoo dan Recreation Park adalah salah satu tempat menarik di Kemaman yang wajib anda lawati. Keadaan landskap dan persekitaran zoo yang menarik dan dijaga dengan rapi pasti akan membuatkan anda berasa teruja.

Pengunjung diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan liar seperti gajah, buaya, singa, harimau dan tapir ini.

Tambahan pula, beberapa pertunjukkan dan demonstrasi haiwan yang menarik yang dikendalikan pihak zoo untuk tontonan para pengunjung.

Taman Tema Air Mini

Penambah tarikan di Kemaman Zoo dan Recreational Park adalah sebuah taman tema air mini untuk si cilik turut mereka sediakan di sini.

Ia dilengkapi dengan kolam besar yang cetek airnya dan gelongsor. RM5 sahaja akan dikenakan untuk masuk ke taman tema air mini ini dan perlulah dibayar secara berasingan

Harga Tiket: Kanak-kanak RM5 / Dewasa RM10

14. Pantai Teluk Mak Nik

Pantai ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri walaupun namanya mungkin tidak gah seperti Pantai Cherating. Namun dalam kalangan penduduk tempatan, Pantai Teluk Mak Nik ini cukup popular sebagai tempat beristirehat pada waktu petang dan hujung minggu.

Kawasan ini sangat redup dan indah dengan deretan pokok rhu di sepanjang pantai ini.

Pengunjung boleh memilih untuk berjalan-jalan, berkelah, bersantai dan si cilik pula pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk bermain di taman permainan yang disediakan.

  • Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu

Tempat Menarik di DUNGUN Terengganu

15. Pantai Teluk Bidara

Luangkan masa anda seketika sekiranya anda berada di sekitar Dungun dengan menikmati angin pantai di Pantai Teluk Bidara. Pantai ini mesra pengunjung kerana struktur pantainya yang melengkung, landai dan selamat untuk bermandi-manda.

Pelancong luar juga turut tidak terkecuali untuk melakukan aktiviti pantai di sini selain daripada penduduk tempatan di sini.

Anda sangat disarankan untuk melawat salah satu tempat menarik di Dungun ini.

16. Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC)

Penyu sangat sinonim dengan negeri Terengganu bukan. Apa kata luangkan masa anda untuk melawat Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan haiwan yang hampir pupus ini.

Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) adalah satu tempat penyelidikan dan pemuliharaan penyu. Orang ramai boleh masuk secara percuma untuk mengenali penyu dengan lebih lanjut dan mendalam.

  • Harga Tiket: Percuma
  • Alamat: No. 1, Rantau Abang, Terengganu, 23000 Kuala Dungun

17. Pulau Redang

Airnya yang biru di Pulau Redang ini pasti dapat menggamit hati dan perasaan jika anda dapat menikmatinya pada hujung minggu. Aktiviti scuba diving, snorkelling dan mandi pantai wajib anda lakukan di sini. Lokasi-lokasi seperti Pasir Mak Simpan, Pantai Pasir Panjang dan Pasir Mak Kepit menjadi tumpuan pelancong.

Perkhidmatan bot yang disediakan oleh resort yang anda menginap boleh anda gunakan

  • Coral Redang Island Resort
  • Taaras Beach Resort and Spa
  • Redang Beach Resort
  • Laguna Redang Resort

18. Pulau Perhentian

Sudah tidak dapat kita pertikaikan lagi kejernihan air dan keindahan pantai di Pulau Perhentian ini. Tidak hairanlah ia diangkat menjadi antara salah satu pulau tercantik di dunia.

Pelancong selalunya berasa teruja dengan ribuan ikan yang hadir sewaktu aktiviti snorkeling. Apatah lagi ikan-ikan itu sungguh jinak sambil berenang-renang di kaki dan di sebalik terumbu karang yang unik dan berwarna-warni.

Senarai Tempat Menarik di Pulau Perhentian

  • Pasir Jong
  • Pasir Panjang
  • Teluk Pauh
  • Teluk Keke
  • Teluk Kerma
  • Teluk Dalam
  • Teluk Aur

Sejumlah resort dan chalet disediakan untuk kemudahan penginapan kepada para pengunjung. Penginapan boleh anda pilih mengikut kesesuaian bajet anda seperti:

  • Samudra Beach Chalet
  • Coral Beach Resort
  • Perhentian Arwana
  • Fauna Bay Chalet

Senarai Tempat Menarik di Setiu Terengganu

  • Pantai Penarik
  • Pantai Merang
  • Pulau Lang Tengah
  • Lata Chakah

BACA SINI: Senarai tempat menarik di Pahang

Senarai Tempat Bersejarah di Terengganu 2021

Akan dikemaskinikan

tempat bersejarah di terengganu

Banyak lagi tempat menarik di Terengganu yang boleh anda lawati bersama keluarga atau rakan yang tersayang.

Kami yakin percutian anda ke negeri Terengganu Darul Iman akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk anda melepaskan stress bekerja di ibukota dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

senarai bangunan bersejarah di terengganu 2021

Selamat bercuti kepada anda semua!

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298318-Activities-Terengganu.html