Tempat Menarik di Port Dickson 2021: 22 Senarai Percutian Best


Senarai Tempat Menarik di Port Dickson 2021 di Negeri Sembilan

senarai tempat menarik di port dickson 2021

Setiap tahun Port Dickson menerima jutaan pelancong. Ini kerana di sini, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan kerana tempat menarik di Port Dickson dekat dekat sahaja setelah selesai mandi manda. Lagipun, kerana lokasinya yang hanya mengambil masa satu jam lebih sahaja dari Kuala Lumpur.

Dengan pemandangan laut yang indah dan suasana harmoni, serta lapangan pantai yang indah sepanjang 18km mampu menarik minat rakyat Malaysia mahupun pelancong luar datang ke sini.

Terdapat banyak tempat best yang indah dan makanan sedap yang boelh anda cuba di sekitar Pork Dickson, dan semua ini patut masuk dalam senarai itinerary anda sepanjang bercuti di Port Dickson.

Contoh senarai tempat menarik di Port Dickson Negeri Sembilan yang boleh anda pergi berdasar pengalaman kami sendiri, boleh anda semak di bawah ini bersama keluarga dan kanak kanak tersayang

Tempat Menarik di Port Dickson 2021

22. Alive 3D Art Gallery

Alive 3D Art Gallery Port Dickson adalah antara tarikan terbaru.

Anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini kalau anda seorang peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti.

Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema setiap satu menjanjikan ilusi yang berlainan. Adventure, aquarium, animation, extotic dan seni adalah antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini.

  • Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM10 / Dewasa RM15
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11am-10pm) / Cuti Sekolah & Sabtu-Ahad (10am-11pm)
  • Lokasi: No. 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson

21. Rumah Api Tanjung Tuan

Cape Rachado Lighthouse atau nama lainnya Rumah Api Tanjung Tuan merupakan sebuah mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan para pelancong yang bercuti ke Port Dickson.

Ia dibina pada abad yang ke 16 pada zaman Portugis memerintah Melaka dan dianggap rumah api yang tertua di negara kita.

Semenjak ia dibina, Kerajaan British telah memperbaharui rumah api ini beberapa kali, kali pertama pada tahun 1817, dan pada tahun 1863, bangunan yang boleh dilihat sekarang telah disiapkan.

Sebuah radar MEASAT yang dibina pada tahun 1990 adaglah tambahan terbaru pada rumah api tersebut.

  • Lokasi: Cape Rachado, Port Dickson.

20. Pantai Sri Purnama

Pantai terpencil ini tidak ramai yang ketahui akan kewujudannya kerana ia tersembunyi dari jalan utama.

Suasana pantai agak lengang pada waktu siang, tetapi apabila waktu malam ramai yang berkunjung ke sini untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam.

Anda disarankan untuk singgah sebentar ke Pantai Purnama ini jika anda mahu meluangkan masa di pantai yang kurang sibuk.

  • Lokasi: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson.

19. Tempat Best di Muzium Tentera Port Dickson

Muzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia dan ia merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita.

Muzium ini dibina supaya orang ramai dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita.

9 galeri berbeza boleh didapati di sini yang boleh membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis sehingga ke zaman penjajahan Jepun.

Selain itu, pameran jet pejuang dan kereta kebal juga dapat dilihat di bahagian luar muzium.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi Dibuka: Rabu-Ahad (10pagi-5petang)
  • Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson.

BACA SINI: Senarai tempat menarik di Sarawak

18. Kompleks Baitul Hilal

Kompleks Baitul Hilal adalah sebuah balai cerap yang lokasinya bersebelahan dengan resort popular, Klana Beach Resort.

Kompleks ini pada asalnya dijadikan sebagai tempat kajian astronomi, tetapi sekarang ini tempat ini telah dibuka kepada umum sebagai satu usaha untuk menarik pelancong datang melancong di Port Dickson sebagai satu produk edu tourism

Pameran artifak yang digunakan oleh pengkaji ilmu falak daripada zaman dahulu sehingga ke zaman moden ditampilkan oleh tempat ini.

  • Bayaran yang kecil akan dikenakan kepada para pelawat manakala masuk adalah percuma buat tetamu hotel.
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9pagi-12tengah hari)
  • Lokasi: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai 5, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson.

17. Tempat Best di Pantai Bagan Pinang

Pantai Bagan Pinang tidak sepopular seperti pantai lain di Port Dickson dan ia sangatlah sesuai jika anda lebih gemarkan pantai yang sunyi untuk melapangkan minda.

Pantai ini memang tempat terbaik untuk melupakan stress hidup di bandar kerana pantai pasirnya yang luas, ombak yang tenang dan air yang surut.

Satu ciri unik mengenai pantai ini adalah pada waktu air surut, anda boleh memerhati nelayan tempatan menjari kepah dan ketam dan juga pokok kayu bakau yang tumbuh secara semulajadi di situ.

  • Lokasi: Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

16. Kota dan Muzium Lukut

Kota Muzium Lukut adalah antara salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson. Pada tahun 1847, Raja Jumaat telah mendirikan kubu ini diatas bukit.

Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah perlombongan biji timah di kawasan Lukut.

Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Teknologi, Sejarah, Nassau dan Negeri Sembilan.

Muzium ini sangat bagus untuk dilawati sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai sejarah pentadbiran, sistem ekonomi dan pertahanan yang dilaksanakan di Kota Lukut pada zaman itu.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9pagi-6petang)
  • Lokasi: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson

15. Tempat Menarik di Port Dickson Ostrich Show Farm

PD Ostrich Farm ataupun nama panjangnya Pusat Penternakan Burung Unta ini terletak 9 kilometer dari Jalan Pantai Port Dickson.

Burung gergasi yang boleh didapati di sini dapat anda pelajari di samping berinteraksi dengan haiwan tersebut.

Keldai, arnab, kambing dan angsa adalah antara haiwan lain yang menjadikan tempat ini rumah. Mereka. Peluang untuk menyentuh dan memberi makanan kepada haiwan kecil ini diberi kepada kanak-kanak.

Untuk aktiviti pula, dengan hanya berbekalkan bayaran yang kecil, tetamu berpeluang menaiki ATV, menunggang burung unta atau bermain paintball.

  • Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM4 / Dewasa RM8
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8pagi-6petang)
  • Lokasi: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

14. Pantai Saujana

Pantai Saujana yang terletak di Batu 4 ini adalah satu tempat berkelah tepi pantai yang sangat terkenal di Port Dickson. Pantai ini popular dengan pasir yang halus dan pantainya yang luas.

Walaupun kemudahan di sini agak kurang berbanding Pantai Teluk Kemang, tetapi ia lebih sesuai bagi mereka yang ingin memasang khemah sambil berkelah bersama keluarga yang tersayang.

Bagi pasangan yang mahu berjalan-jalan romantis sepanjang pantai, ini adalah pantai yang sesuai buat anda.

  • Lokasi: Jalan Pantai, Batu 4, Pantai Saujana, 71050 Port Dickson

13. Tempat Menarik di Rumah Terbalik Port Dickson

Mungkin anda sudah mula menyedari bahawa Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi tetapi rumah terbalik ini pula akan membuatkan anda seperti didalam dunia terbalik.

Rumah Terbalik Port Dickson pada asalnya adalah sebuah rumah kedai yang kemudiannya diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan kelainan pengalaman bergambar kepada para pelancong.

Disini anda anda boleh menjumpai bilik-bilik seperti yang terdapat di rumah biasa, tetapi bezanya semua bilik ini dalam keadaan terbalik seolah-olah berjalan di atas bumbung.

  • Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM15 / Dewasa RM20
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10pagi-9malam)
  • Lokasi: No. 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9, 71050 Port Dickson

12. Tempat Menarik di Prima Water Theme Park Port Dickson

Bagi para pengunjung yang tidak berminat dengan air laut yang masin, anda boleh mengunjungi Prima Water Theme Park Port Dickson.

Mungkin anda merasakan percutian tepi pantai tidak akan lengkap tanpa bermandi-manda di laut, namun ada juga yang lebih suka bersuka-ria di pantai buatan manusia. Ia adalah pantai buatan manusia terbesar di Malaysia.

Di samping itu, tempat ini lengkap semuanya dengan air terjun, lagun, kolam renang yang luas dan gelongsor air.

Prima Water Them Park ini merupakan sebahagian daripada hotel Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC).

Fasiliti yang lain seperti taman permainan kanak-kanak bertema lanun juga boleh digunakan. Taman tema air ini dibuka pada sesi pagi dan sesi petang.

  • Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM20 / Dewasa RM30 (satu sesi)
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8pagi-7malam)
  • Lokasi: No 1 PD Prima, Jalan Pantai, Batu 13, 71250 Port Dickson.

11. Hutan Simpan Sungai Menyala

Port Dickson lebih dikenali dengan pantainya, namun di sini juga terdapat hutan simpan yang indah untuk diterokai oleh para pengunjung.

Hutan Simpan Sungai Menyala ini boleh dijumpai 12 kilometer dari pusat Bandar Port Dickson dan mempunyai keluasan 1208 hektar.

Hutan simpan ini boleh anda terokai dan hidupan liar seperti pokok jelutong gergasi dan burung helang boleh dilihat.

  • Lokasi: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

10. Tempat Menarik di Pantai Teluk Kemang Port Dickson

Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang paling popular dan paling besar di Port Dickson.

Sepanjang pantai ini tersusun banyak penginapan popular seperti hotel, resort dan apartment, seterusnya menjadikan ia sasaran pelancong untuk menginap di sini.

Berita baik kepada para penggemar sukan air, pelbagai aktiviti menarik turut ditawarkan di Pantai Kemang seperti Banana Boat, Jet Ski dan pelbagai lagi.

  • Lokasi: Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

9. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Pengkalan Kempas pada dahulunya merupakan sebuah pelabuhan kecil sebelum ia menjadi sebuah destinasi pelancongan yang popular.

Walaupun jarang terlintas di dalam minda pengunjung semasa bercuti ke Port Dickson, Kompleks ini banyak menyimpan tinggalan sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang agak menarik.

Kompleks sejarah ini juga mempunyai bilangan Megalith ataupun batu hidup yang terbanyak di negara kita.

Batu ini turut dikenali sebagai batu bersurat dan Batu Pedang, Batu Sudu dan Batu Kemudi antara 3 batu paling popular di sini.

  • Lokasi: Jalan Port Dickson, Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan

8. Taman Tema Wild West Cowboy

Taman Tema Wild Wesr Cowboy adalah antara tarikan yang baru sahaja dibina. Terdapat 4 tayangan 5D berbeza dan 7 minit masa yang diambil setiap satunya untuk habis.

Di sini juga terdapat 4 Escape Room di mana anda perlu menyelesaikan teka-teki tersebut pada masa yang singkat untuk bebas dari bilik tersebut.

  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11pagi-10malam)
  • Lokasi: 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson

7. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang adalah satu pilihan tempat yang menampilkan pameran dan ikan laut tempatan yang exotik yang wajib dituju oleh pencinta akuarium dan ikan hiasan.

Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan Pusat Ikan Hiasan yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup dengan akuarium yang mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut yang exotic dan menarik.

Tempat ini sesuai untuk semua peringkat umur, kerana ikan di sini bukan sahaja untuk dilihat malah terdapat beberapa jenis ikan yang boleh disentuh.

Destinasi ini wajib masuk dalam ‘wishlist’ bagi mereka yang minat memancing dan belajar sedikit tentang kehidupan bawah laut,

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9pagi-5petang)
  • Lokasi: Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

6. The Country Cat Cafe

Sekarang trend Cat Cafe di negara kita sudah semakin sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum berpindah ke Port Dickson, The Country Cat Cafe Port pada asalnya dibuka di Selayang.

Mereka merupakan antara yang pertama memegang rekod kafe kucing terbesar di Malaysia dan yang pertama menjayakan Cat Cafe di negara kita.

Sambil bermain dengan kucing, tetamu yang berkunjung ke kafe ini dapat turut menikmati secawan kopi. Kucing-kucing di sini merupakan kucing terbiar yang diselamatkan oleh pemilik The Country Cafe tersebut.

Saluran semula dari sebahagian pendapatan kafe ini dilakukan untuk membantu kucing terbiar yang lain. Jadi anda semua dijemput datang untuk menyaksikan gelagat comel si kucing dan pada masa yang sama membantu nasib kucing malang yang lain.

  • Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10pagi-5petang)
  • Lokasi: No. 37 Jalan 2/1 Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson

5. Tempat Menarik di Port Dickson PD Waterfront

Jika anda tercari-cari lokasi santai yang paling dekat dengan Bandar Port Dickson, PD Waterfront adalah jawapan untuk anda.

PD Waterfront adalah tempat yang baru dibina dan mempunyai satu laluan berjalan kaki panjang betul-betul bersebelahan dengan pantai.

Tempat ini sangat ideal bagi mereka yang mencari penginapan yang berdekatan dengan bandar Port Dickson kerana di sini terdapat banyak kedai makan dan penginapan moden yang akan anda jumpai.

Jika anda berkunjung sehari sahaja ke Port Dickson, jangan lepaskan peluang untuk berjalan di sini sambil menikmati udara laut yang segar dan nyaman sebelum pulang ke ibu kota.

  • Lokasi: PD Waterfront, Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson

Tempat Bersejarah di Negeri Sembilan

Akan dikemaskinikan

senarai tempat bersejarah di negeri sembilan 2021

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my

Tempat Penginapan Menarik di Port Dickson

Port Dickson seringkali dipilih sebagai destinasi percutian singkat hujung mingggu kerana hanya satu jam setengah sahaja masa diambil jika memandu dari Kuala Lumpur ke Port Dickson.

Chalet, hotel dan resort, homestay di sini banyak menawarkan sesuatu yang unik dan lain dengan harga yang berbeza ada juga murah di port Dickson

Banyak senarai penginapan bajet sekitar Port Dickson yang boleh memberi nilai terbaik untuk wang anda

Harap anda semua pulang dengan kenangan yang cukup manis bersama keluarga tercinta sepanjang pergi tempat tempat menarik di port dickson tidak kira apa pun pilihannya.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!


3 artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2021 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia