Senarai Tempat Menarik di Perlis 2020

Senarai bangunan, tempat bersejarah dan tempat menarik di Perlis tahun 2020 termasuk di waktu malam

senarai tempat menarik di perlis 2020

Perlis adalah negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan hanya sekitar 800 km persegi. Dahla, negeri paling hujung di Malaysia, jauh di utara sana.

Penduduk pun tidak seramai mana, 225 ribu sahaja.

Lagipun, memang sukar jumpa tempat pelancongan di negeri ini tetapi kami boleh akui negeri Perlis memiliki suasana kampung, pemandangan yang cukup indah tertentu lapangan swah padi yang menghijau berlatarbelakangkan bukit bukau.

Walaubagaimanapun, jika anda teragak nak pergi ke Perlis, di sini dikongsikan senarai tempat menarik di Perlis yang boleh anda kunjungi berdasar pengalaman kami sepanjang pernah datang sebelum ini

Tempat Menarik di Perlis 2020

Senarai tempat menarik terutamanya di Padang Besar Perlis termasuk di waktu malam sedang dikemaskinikan

BACA SINI: Senarai Tempat menarik di Kedah

Senarai Tempat Bersejarah di Perlis 2020

Akan dikemaskinikan

senarai tempat bersejarah di perlis 2020

Bangunan Bersejarah di Perlis : Sejarah Muzium Kota Kayang

Muzium Al-Marhum Kota Kayang dikenali sebagai Muzium Kota Kayang. Muzium ini terletak 6.5 kilometer dari Pekan Kangar, dengan melalui Jalan Tok Kuning menuju ke Kuala Perlis sekaligus diangkat sebagai salah satu bangunan bersejarah Perlis yang cukup terkenal di sana

Sejarah Binaan Muzium Kota Kayang

Pada tahun 1999, muzium ini telah dibina yang terletak berhampiran dengan kawasan Makam Al-Marhum Kayang pertama atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah (1661 – 1687)  yang merupakan Sultan Kedah ke – 15. Kota Indera Kayangan telah dibangunkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kedah oleh Sultan pada ketika itu.

Sultan Muhyiddin Mansur Syah atau Al-Marhum Sena (1653-1661) yang telah mangkat dan disemayamkan di Kota Sena berhampiran Bandar Kangar telah digantikan oleh Baginda.

Struktur / Senibina Sejarah Muzium Kota Kayang

senarai bangunan bersejarah di perlis 2020

Pada zaman pemerintahan Sultan Kedah yang ke – 15 iaitu pemerintahan Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah 1 yang memerintah antara tahun 1661 sehingga 1687, tapak Muzium Al-Marhum Kota Kayang yang juga merupakan Kota Indera Kuantan telah dibina.

Pada 8 Safar 1075 Hijrah, kota ini telah siap dibina, yang dilengkapi dengan Istana dan Balai Penghadapan. Kota Indera Kayangan adalah nama yang diberikan kepada kota ini. Bangunan bersejarah Perlis ini dibina di kawasan yang dikelilingi bukit-bukit seperti Bukit Besi Hangit, Bukit Lambung Pawah, Bukit Kubu, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Papan, Bukit Tok Poh dan Gunung Medan.

Kota Indera Kayangan ini mempunyai jalan perhubungan dengan laut melalui laluan Sungai Raja yang digali terus ke Sungai Perlis. Pada tahun 1688, Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I telah mangkat dan dimakamkan di Kota Indera Kayangan yang juga dikenali dengan gelaran Al-Marhum Kayang Pertama.

Fasa pertama mempunyai arkeologi berharga, spesimen yang dijumpai di sekitar Perlis dan sejarah Perlis serta senjata tradisional yng digunakan oleh masyarakat setempat.

Fasa kedua pula boleh didapati sejarah susur galur pemerintah Perlis serta informasi lain yang berkaitan yang dipaparkan di Galeri Diraja dan juga bahagian kebudayaan.

Makam Al-Marhum Kayang Pertama Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I  dan juga Juang Tawa yang merupakan menantu Baginda iaitu seorang putera Bugis telah ditempatkan di sudut kanan berhampiran dengan bukit.

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298301-Activities-Perlis.html

Perigi Lama

Keluarga Al-Marhum ada menggunakan sebuah perigi. Kemudian, perigi tersebut telah digunakan untuk tujuan pertanian oleh masyarakat setempat selepas pentadbiran kesultanan Kedah berpindah ke Kota Setar