Tempat Menarik di Pahang 2021: Aktiviti Percutian Best


Senarai aktiviti untuk percutian melibatkan tempat best dan Tempat Menarik di Pahang 2021 samada waktu malam dan waktu siang

tempat best dan tempat menarik di pahang

Ada banyak destinasi popular di Malaysia, antaranya negeri Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Terengganu dan tidak lupa juga negeri Pahang.

Pilihan makanan di sana pun sedap-sedap. Sebagai sebuha neger yang paling besar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan hampir 36 ribu kilometer persegi, adalah sebuh negeri yang kaya dengan hasil balak, rimbunan hutan hujan dan tidak lupa juga pemandangan indah terutamanya di pesisir pantai Cherating Pahang.

Berikut adalah senarai 30 perkara yang perlu dilakukan di Pahang untuk merasai pengalaman terbaik sepanjang menjengah senarai tempat menarik di negeri Pahang sebagai salah satu estinasi pelancongan anda.

Semoga ia membantu sepanjang perjalanan anda ke sana kelak.

Tempat Menarik di Pahang 2021

Banyak lagi tempat menarik yang boleh anda terokai di Pahang ini. Mari kita sama-sama tinjau 10 tempat menarik terbaik negeri Pahang.

Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang – Taman Negara

Taman Negara Malaysia adalah taman rimba bagi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, burung, binatang, serangga, rama-rama dan pelbagai jenis ikan.

Pokok-pokok purba dengan banir gergasi, air terjun, gua batu kapur dan gunung-gunung yang diliputi hutan tebal adalah antara daya tarikan yang paling unik di dalam hutan yang berkeluasan 434,350 hektar ini.

Aktiviti yang mesti dilakukan di Taman Negara:

  1. Jungle trekking
  2. Berjalan di atas titi gantung sambil menikmati pemandangan indah dan cantik Taman Negara Tempat Menarik Terbaik Pahang
  3. Berkayak atau menaiki river cruise
  4. Melihat binatang buas pada waktu malam dari tempat tersembunyi
  5. Melawat perkampungan Orang Asli
  6. Melawat gua purba
  7. Memerhati 350 jenis burung dari seluruh dunia
  8. Mendaki Gunung Tahan aitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia

Terdapat 4 laluan masuk ke Taman Negara iaitu menerusi Sungai Relau atau Kuala Tahan di Pahang, Tanjung Mentong Terengganu dan Kuala Koh di Kelantan.

Daya tarikan yang berbeza-beza dan pelbagai aktiviti ditawarkan di setiap laluan masuk.

Permit masuk juga boleh diperolehi dari Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Turut disediakan tempat penginapan di sini.

Sila hubungi 03-90866800 (Kuala Lumpur),09-7416240 (Kelantan), 09-5178111 Pahang, 09-6221460

Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang – Pulau Tioman

Pulau Tioman dinobatkan sebagai salah sebuah pantai percutian terbaik di Asia Tenggara. Perairan aquamarine, kepelbagaian hidupan laut, hidupan batu karang yang menakjubkan dan keindahan kehidupan desa ditawarkan di Tioman ini. Dari pantai negeri Pahang ini, Pulau Tioman terletak hanya sejauh 56 km.

Tempat laluan masuk ialah Mersing di Johor dan Tanjung Gemok Pahang. Perjalanan lebih kurang satu jam masa diambil jika menggunakan bot laju. Walau bagaimanapun, penerbangan terus dari Kuala Lumpur dan Singapura ada ditawarkan oleh Berjaya Air.

Antara aktiviti wajib di Pulau Tioman:

  1. Menyelam di Marine Park Centre
  2. Snorkel melihat pelbagai jenis ikan seperti clownfish, pattorfish, angelfish dan banyak lagi.
  3. Menjelajah seluruh Pulau Tioman
  4. Mandi manda di Air Terjun Asah
  5. Mengikuti trek selama dua jam merentasi Pulau Tioman
  6. Berkelah di Monkey Bay
  7. Mencuba ‘rock climbing’ dan granite boulders
  8. Sewa basikal mengelilingi Pulau Tioman
  9. Mendaki Gunung Kajang, puncak tertinggi di pulau ini
  10. Merehatkan badan di SPA
  11. Bermain golf

Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang – Cameron Highlands

Anda wajib mengunjungi tempat menarik terbaik negeri Pahang ini sekiranya anda belum pernah sampai lagi ke Cameron Highland. Memang agak menyeronokkan berada di Cameron Highlands terutama pada musim hujan, walaupun pada waktu ini agak bahaya perjalanan ke sana nanti.

Ia dapat memberikan anda suasana seolah-olah berada di negara Eropah, dengan rasa nyaman dan sejuk di Cameron Highlands ini.

Tempat penginapan di Cameron Highlands

Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati bagi tempat penginapan di Cameron Highlands, sama ada menginap di resort, hotel atau mungkin lebih selesa di homestay sahaja jika anda bercuti dalam bilangan ahli keluarga yang ramai.

Taman Negara Endau Rompin

Taman Negara Endau Rompin merupakan kawasan menarik yang masih kekal menarik dengan hutan rimba yang belum terusik dengan pembangunan dan ianya terletak di negeri Johor dan Pahang.

Taman negara kedua terbesar di Semenanjung Malaysia adalah Taman Negara Endau Rompin dan disini tersimpannya pelbagai hidupan dan tumbuhan eksotik yang tidak dijumpai di tempat lain.

Yang menariknya mengenai taman negara ini pelbagai jenis hidupan seperti tapir, gajah dan harimau masih banyak lagi berkeliaran bebas.

Hanya beberapa tempat sahaja dibuka untuk diteroka oleh pengunjung untuk mengekalkan alam semulajadinya.

Sebelum meneroka Taman Negara Endau Rompin ini, permit masuk dan juru pandu yang berpengalaman perlu didapatkan terlebih dahulu.

Perkara menarik yang anda boleh lakukan di Taman Negara Endau Rompin:

  • Melihat tapak kaki binatang buas di kawasan ‘menjilat garam’
  • Menjejaki tumbuhan yang unik dan pelik dan jarangkali ditemui di tempat lain
  • Memerhati lebih dari 200 jenis burung
  • Menerokai gua
  • Merasai kesejukan air di air terjun

Anda boleh hubungi Jabatan Perhutanan Rompin di 09-4145204

Tempat Menarik Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah

Disini anda dapat berpeluang untuk mengenali lebih dekat dan rapat gajah Malaysia ini sekaligus menjadikan Pusat Pemuliharaan Gajah ini salah satu tempat yang paling menarik di negeri Pahang.

Pada tahun 1989, ia dibuka dengan tujuan untuk memindah dan menyelamatkan gajah-gajah.

Ini adalah satu-satunya pusat pemuliharaan gajah di Malaysia dan ianya berfungsi untuk mendidik orang awam betapa pentingnya kita untuk memelihara dan menyelamatkan gajah ini daripada pupus.

Bari Bentong, Kuala Gandah ini terletak jauhnya kira-kira 40 kilometer sahaja.

Perkara menarik yang boleh dilakukan di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah

  • Memberi makan gajah
  • Menyaksikan persembahan menyelamatkan gajah
  • Mengikuti penerangan mengenai usaha yang dilakukan di Elephant Conservation Talk
  • Pengalaman menunggang dan bermain dengan gajah

Masuk adalah secara percuma dan anda boleh hubungi 09-2790391

Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang – Genting Highlands

Anda boleh sampai ke tempat menarik Genting Highland ini dengan melalui beberapa jalan masuk sama ada melalui Batang Kali ataupun lebuhraya Karak. Tempat ini memang untuk anda berhibur, pelbagai jenis hiburan boleh didapati disini, boleh tepuk dada tanya poket dan iman anda.

Perkhidmatan bas juga turut disediakan dari KL Sentral ke Genting Highlands. Perjalanan dan jaraknya dari Kuala Lumpur tidak jauh iaitu hanya 57 kilometer sahaja.

Apa boleh dilakukan di Genting Highlands?

  • Berseronok dengan pelbagai permainan dan cabaran yang akan menggayatkan anda di Theme Park
  • Berseronok menyaksikan keindahan alam yang menghijau dengan menaiki Cable Car
  • Mencabar diri dengan simulator paying terjun pertama di Asia iaity Sky Vanture
  • Melawat lading strawberi
  • Menunggang kuda
  • Menerokai dunia salji
  • Bersiar-siar sambil menyedut udara nyaman di sini

Tempat Menarik di Pahang by Genting View Resort

Genting Highlands Apartment Homestay menyediakan penginapan dan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke Genting Highlands sama ada secara berkumpulan atau bersama keluarga.

Lokasi homestay ini terletak di Genting Highlands, Genting View Resort, hanya 10 kilometer sahaja dari resort atas bukit. Apartment yang disediakan sungguh selesa untuk anda menginap.

Dengan altitude 1000meter dari kedalaman laut menjadikan cuaca dan suhu disini di seperti di musim sejuk.

Hanya 3 kilometer sahaja untuk ke Genting Skyway Cable Car Station, 4 kilometer untuk ke Awana Hotel, 1 kilometer untuk ke Ladang Strawberi dan 2 kilometer sahaja diperlukan untuk ke Hotel Sri Malaysia atau Gohtong Jaya.

NURIZUAN GLOBAL RESOURCES
Genting View Resort,
Genting Highlands
69000 Pahang Darul Makmur

Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang – Fraser Hill

Kebanyakan bangunan di Fraser Hill dibina dengan reka bentuk Tudor dan gaya Inggeris dan diperbuat dari batu granit berwarna kelabu. Daya tarikan nostalgia ke era zaman dahulu dipancarkan oleh tempat percutian Fraser Hill ini.

Tempat peranginan yang popular ini kaya dengan hidupan seperti burung, hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Fraser Hill ini sangat sesuai kepada mereka yang sukakan pemandangan yang cantik, ketenangan dan ketenteraman.

Apa yang boleh dilakukan di Fraser Hills?

  • Menunggang kuda
  • Bermain golf
  • Menyusuri laluan yang indah di taman bunga
  • Menyusuri laluan semulajadi di hutan
  • Berhibur dengan melihat pelbagai jenis burung yang cantik-cantik berkicauan

Anda boleh menginap antara senarai di bawah ini jika anda berkunjung ke Fraser Hill 

Tempat Menarik Terbaik Negeri Pahang – Berjaya Hill

The Franch-style Colmar Village di Perancis – inilah suasana yang bakal anda rasai dan alami apabila anda sampai ke Berjaya Hill ini.

Zeh – inspirasi Japanese Village ataupun merehatkan minda dan memanjakan diri anda di Chateau Spa and Wellness Resort dengan rekabentuk senibina bangunan pada zaman abad ke-18? Berkunjunglah anda dan keluarga ke sini.

Hanya lebih kurang sejam jika memandu dari Kuala Lumpur dan dari Lebuhraya Karak pula hanya 10 kilometer sahaja jaraknya.

BACA SINI: Senarai tempat menarik di Johor Bahru

Senarai Tempat Bersejarah di Pahang 2021

senarai tempat bersejarah di pahang 2020

Akan dikemaskinikan

senarai bangunan bersejarah di pahang 2020

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!


3 artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2021 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia