Tempat Menarik di Langkawi 2023: Aktiviti Best Waktu Malam & Siang

17 Senarai percutian tempat menarik di langkawi 2023 yang percuma dan kedai makan best dan sedap pada waktu siang dan waktu malam, sesuai untuk kanak-kanak, keluarga atau semasa honeymoon

tempat best dan tempat menarik di langkawi 2023

“Teringin untuk pergi ke Pulau Lagenda. Sungguh banyak tempat menarik yang boleh didapati di Pulau Mahsuri ini! Tetapi di manakah yang paling berbaloi untuk dilawati?”

Boleh juga singgah tengok senarai tempat menarik di Melaka & Cameron Highlands

Pulau yang terletak di Kedah ini memang cukup terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar Malaysia. Tidak kira untuk berehat sambil makan sedap mahupun untuk makan angin. Ataupun untuk membeli-belah kerana ini adalah pulau bebas cukai. Barang-barang dijual dengan harga murah terutama coklat. Jika pergi ke sana pasti akan borong bawa balik.

Pastikan anda menempah hotel di Langkawi yang berhampiran dengan tempat shopping kerana senang mahu mengangkat barang. Sini juga banyak terdapat homestay dan hotel murah di Pekan Kuah. Dan tahukah anda masih banyak tempat menarik di langkawi tanpa bayaran (free & percuma) yang boleh anda pergi samada untuk aktiviti waktu malam atau siang.

Tempat Menarik dan Best Di Langkawi 2023? Sangat Cantik!

Pantai Di Langkawi Untuk Melihat Matahari Terbit / Terbenam Yang Cantik & Berenang !

1. Pantai Cenang Langkawi

Rugi tidak menikmati pasir putih bersih dan gelombang air pasang surut yang mendamaikan jika anda sudah sampai ke Pulau Langkawi.

Ini adalah pantai yang tenang dan tempat paling indah dan menarik di pulau-pulau Langkawi.

Gelombang air pasang surut yang mendamaikan dan persisiran pantainya dihiasi dengan pasir putih bersih.

Memang cantik dan sungguh memikat hati untuk duduk lama di sini.

Ini salah satu tempat terbaik untuk beristirehat dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Elok bagi isteri yang sedang mengandung dan ada alahan dibawa di tepi pantai yang cantik ini.

Pantai seterusnya adalah kegemaran kami. Pantainya kurang popular dan lebih sunyi tetapi pemandangannya memang cantik. Airnya pun bersih sangat. Nak cari tempat makan menarik di pantai cenang pun tak susah. Banyak pilihan kedai makan yangs edap dan best di Pantai cenang di sini.

2. Pantai Tanjung Rhu

Ia satu lagi pantai yang popular di Langkawi. Pantai Tanjung Rhu terletak di timur laut Pulau Langkawi dan merupakan sebuah tanjung,

Keunikan pantai ini yang terletak di tanjung ini mempunyai persisiran laut yang menarik.

Kawasan ini sesuai untuk menikmati keindahan pantai yang bersih terjaga dan mandi-manda. Airnya sangat jernih.

Anda digalakkan untuk datang awal pagi untuk melihat pemandangan matahari terbit yang terbaik. Untuk mereka yang suka bersantai di tepi pantai, ini merupakan tempat menarik yang sangat best di langkawi.

3. Taman Marin Pulau Payar

Pulau Payar terletak kira-kira 17km dari Langkawi dan ia adalah gugusan tiga pulau kecil.

Sebuah pulau yang sangat kecil berhampiran Langkawi untuk pengalaman berenang dan berinteraksi dengan kehidupan laut yang menakjubkan. Lebih kurang seperti Pulau Redang di Terengganu.

Kami sarankan untuk menempah servis scuba diving dan snorkeling sebagai aktiviti yang anda boleh dilakukan di sana.

Para jurulatih scuba yang sangat ramah akan membantu anda untuk menikmati pengalaman menyelam ke dasar laut yang indah dan mengagumkan.

Tempat Menarik Dengan Bentuk Muka Menakjubkan di Langkawi!

SUMBER: https://migrationology.com/langkawi-malaysia-things-to-do/

4. Taman Kilim Geo Forest

Kilim Geopark adalah lagi satu tempat menarik untuk dilawati sewaktu anda bercuti di sini. Ia mempunyai alam semulajadi yang menarik yang mempunyai keluasan hampir 100 kilometer persegi.

Terdapat banyak kawasan berbeza di sini yang menjadi habitat bagi hidupan liar.

Contohnya paya bakau, pantai yang masih lagi cantik dan masih dara, dengan batu unik dengan struktur menegak.

Memang cantik sungguh bentuk muka di sini. Sangat menggamit mata.

Taman ini berada di hujung timur Pulau Langkawi dan kami cadangkan kepada anda untuk datang ke sini selepas singgah ke Pantai Tanjung Rhu (5 minit dari sini).

5. Gunung Raya

Selepas ini anda akan mendaki gunung tertinggi di sini selepas menjamu mata dengan keindahan pantai di Langkawi.

Gunung Raya merupakan tempat yang mendamaikan dan indah tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan. Lokasi ini jauh daripada gangguan yang biasanya didapati di bandar besar seperti KL & Shah Alam.

Cuaca di puncak gunung ini lebih nyaman dan baik dengan udara yang segar. Sini boleh dikatakan kawasan yang bebas pencemaran.

Kami sarankan untuk datang ke sini bagi menikmati pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan dari ketinggian 881m di atas paras laut.

Sambil itu, supaya sihat selalu, anda dapat membakar lemak dan mengekalkan paras gula di dalam darah.

6. Air Terjun Telaga Tujuh

Di mana ada gunung pasti akan ada air terjun. Anda boleh mandi-manda di air terjun telaga tujuh dari puncak gunung di Pulau Langkawi.

Asal nama air terjun ini datang daripada airnya yang mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan tujuh kolah pada muka bukit dibentuk.

Buat pengunjung Langkawi, air terjun yang sangat cantik ini menjadi satu tempat tarikan pelancongan menarik yang popular.

7. Hutan Lipur Air Terjun Temurun

Usah terkejut jika terdapat beberapa pilihan air terjun untuk mandi-manda di Langkawi. Air Terjun Hutan Lipur Temurun adalah air terjun paling tinggi di pulau ini.

Anda boleh singgah dan berkunjung ke sini untuk merasai sendiri ketenangan tempat yang masih terpelihara alam dan flora sekiranya anda sudah sampai di sini.

Kawasannya memang bersih terjaga dengan air sejuk yang menyamankan.

8. Tasik di Pulau Dayang Bunting

Mandi pantai sudah, mandi di air terjun pun sudah? Jadi mahu pergi ke mana lagi selepas ini? Kami cadangkan kepada anda untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting.

Pulau kedua terbesar selepas Langkawi adalah Pulau Dayang Bunting. Ia terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi atau 17.6 kilometer. Ada kisah lagenda tentang dayang mengandung (bunting) di pulau ini.

Di sini terdapat satu kawasan mandi manda yang tidak kurang menariknya.

Tasik yang terletak di tengah-tengah pulau ini memberikan pengalaman mandi-manda yang lebih tenteram dan tenang. Airnya pula sejuk dan jernih.

9. Taman Lagenda

Taman Lagenda adalah satu taman riadah untuk lepak, beristirehat dan menikmati keindahan landskap taman.

Taman ini terletak berdekatan dengan dataran Lang.

Abadikan kenangan manis anda bersama keluarga di Taman Lagenda ini dengan menangkap gambar di sini sementara menunggu bot di Jeti Kuah.

10. Kereta Kabel Langkawi, Idea Tinjau Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Ini adalah tempat wajib jika pergi ke Langkawi dan naik kereta kabel, sebab itulah kami letak tempat menarik ini di tempat pertama.

Tanpa perlu mengeluarkan peluh, kita dapat melihat pemandangan yang menarik dan melihat keindahan alam semulajadi dari udara.

Kereta Kabel Langkawi ini berada di barat laut Pulau Langkawi iaitu terletak di Gunung Mat Chinchang.

Pada 27 Februari 2005, perkhidmatan kereta kabel ini mula beroperasi untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung setinggi 713 meter.

Tempat Menarik di Langkawi Pada Waktu Malam

11. Sunset Dinner Cruise

Di tengah lautan biru ini, anda boleh merasai pengalaman menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang indah.

Kehebatan pemandangan matahari terbenam di Selat Melaka boleh disaksikan.

Alamat Sunset Cruise

  • Koordinat : 7P5P + WF Langkawi, Kedah
  • Lokasi : JI. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah.
  • No Telefon : 012-221 7190

12. Sky Bridge Langkawi

Walaupun banyak kali menaiki kereta kabel di Langkawi, tidak akan sama pengalaman yang kita dapat ketika mengunjungi waktu senja menimpa.

Semestinya amat mengasyikkan jika dapat melihat pemandangan matahari terbenam dari puncak gunung.

Disebabkan ia hanya dibuka sehingga jam 8 malam sahaja, jadi rebutlah peluang ini.

13. Pantai Cenang, Tempat Menarik di Langkawi Untuk Kanak-Kanak

Hanya Pantai Cenang sahaja yang sesuai dikunjungi di malam hari, walaupun di Langkawi terdapat banyak pantai yang indah. Pantai Cenang adalah antara tempat menarik di Langkawi mesti pergi yang percuma, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.

Pantai ini meriah dengan gelagat pelancong dari dalam dan luar negara.

Alamat Pantai Cenang Langkawi

  • Alamat : Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
  • Waktu lawatan : Dibuka setiap masa

Salah satu mercu tanda yang sering dikaitkan dengan Pulau Langkawi adalah Dataran Lang. Tugu Helang ini dibuka siang dan malam.

Jadi, anda boleh mengunjungi lokasi ini untuk mengambil gambar.

14. Kompleks Haji Ismail Group (HIG)

Ini adalah destinasi membeli-belah yang wajib anda singgah kerana ia merupakan sebuah lokasi sehenti yang amat dikenali dalam kalangan pelancong.

Terutama sekali jika anda mahu memborong coklat di kompleks ini kerana semuanya dijual dengan harga yang murah disebabkan tiada cukai yang dikenakan.

Selepas pulang nanti, boleh jadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.

Alamat HIG

  • Alamat : Pantai Cenang, 07000, Langkawi, Kedah
  • Waktu Lawatan : Dibuka setiap masa

15. Pasar Malam Temonyong (Hari Khamis)

Ia adalah antara tempat menarik di langkawi untuk aktiviti waktu malam yang boleh pertimbangkan.

Pada hari Khamis malam Jumaat dari 6 petang hingga 10 malam, anda boleh melawat Pasar Malam Temonyong ini. Pelbagai juadah makanan dan minuman tempatan yang enak untuk dinikmati.

Disini juga dijual barang-barang cenderahati pada harga yang berpatutan. Lokasinya juga strategik, iaitu tidak jauh dari Pantai Cenang

Alamat Pasar Malam Temonyong

  • Alamat : Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
  • No Telefon : 012-592 7181

16. Pasar Malam Kedawang (Hari Selasa)

Terdapat banyak sangat pilihan untuk pelancong yang bertandang. Terutamanya bagi mereka yang sukakan street food.

Tempat letak kereta yang terhad adalah masalah utama untuk melawat pasar ini. Jadi, seeloknya datang awal ke Pasar Malam Kedawang ini.

Ia beroperasi dari 5 petang hingga 10 malam. Jadi, anda digalakkan untuk datang selepas Asar. Boleh makan malam sekali di sini.

Alamat Pasar Malam Kedawang

  • Lokasi : Kampung Chenek Kura, 07000 Langkawi, Kedah.

17. Padang Matsirat Night Market (Ahad Waktu Malam)

Padang Matsirat Night Market hanya dibuka pada Ahad malam sahaja. Ini adalah kawasan bersejarah dan sesuai untuk percutian keluarga. Tempat ini sememangnya bersih dan terjaga. Sepanjang jalan ke sini, pelbagai jenis barangan dijual.

Pengunjung disyorkan oleh orang tempatan di sini untuk mencuba makan nasi kandar di pasar malam ini. Menunya yang terbaik adalah ayam goreng berempah dan kuah banjir. Terbaik di bandar ini. Mesti dicuba!

Pasar Malam Padang MaT Sirat juga merupakan tempat menarik di langkawi yang sesuai untuk kanak-kanak

Alamat Pasar Malam Matsirat

  • Lokasi : Kampung Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah
  • Dibuka pada hari Ahad dari 6 petang hingga 10 malam.

18) Oriental Village

Tempat menarik yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang adalah Oriental Village.

Pelbagai tarikan pelancongan untuk dilawati seperti F1 Simulator, kereta kabel ke puncak gunung, 6D Cinemotion, 3D Art Museum, restoran makanan antarabangsa dan tempat penginapan yang menarik.

Pelancong turut disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik.

19) Tempat Best & Menarik di Kuah Pulau Langkawi (Percuma)

Kuah adalah sebuah lokasi yang tidak asing lagi untuk tempat membeli-belah dan shopping yang best dan sangat terkenal dan menarik di Langkawi.

Orang ramai banyak berkunjung ke Langkawi untuk membeli pelbagai barangan seperti kain batik, coklat, pinggan-mangkuk dan lain-lain lagi. Dan penant jalan jalan di Pekan Kuah, boleh pergi cari kedai makan malam sedap di kuah. Banyak pilihan.

Selain itu, anda boleh melawat beberapa tempat menarik seperti Jeti Pekan Rabu, Dataran Helang, MARDI Langkawi Agro Technology Park.

2 Tips Menarik Bercuti Tempat Best di Langkawi

  • Untuk mendapatkan harga tiket flight dan penginapan terbaik, anda digalakkan untuk buat tempahan secara online. Kebiasaannya harga agak murah jika dibeli di luar waktu puncak.
  • Bersedialah untuk beratur panjang jika anda teringin untuk menaiki Sky Bridge kerana sangat ramai pelawat yang berkunjung di salah satu tempat menarik di yang cukup popular ini. Anda boleh cuba menempah hotel yang berdekatan, supaya anda boleh terus ke sana selepas sarapan di hotel.

Itinerary Tempat Menarik di Langkawi untuk Honeymoon

Boleh tiru itinerary percutian 5 hari 4 malam semasa melancong, di Pulau Langkawi berdasar pengalaman cari kedai makan dan buat aktiviti best waktu malam dan siang di tempat tempat menarik termasuk yang percuma dalam plan kami sendiri seperti di bawah ini

Itinerary Hari Pertama

  • Check in tempat penginapan pilihan di Alia Residence Resort Langkawi.
  • Singgah akan di Kedai Hafiz Rojak, Langkawi (tempat best dan sedap)
  • Paddy field, Kampung Bawah
  • Pergi ke Pantai Kok untuk aktiviti santai melihat sunset (matahari terbenam), cantik dan menarik sebelum menjelang waktu malam!

Itinerary Hari Kedua

  • Mangrove Tour di Geopark Forest Langkawi
  • Buat aktiviti santai jalan jalan di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
  • Check in di Vivanta Resort, Rebak Island

Itinerary Hari Ketiga

  • Cuba makanan sedap di tempat makan Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi
  • Jalan jalan di Pantai Pasir Tengkorak
  • Singgah sebentar di Teluk Datai Langkawi
  • Air Terjun Temurun
  • Check in untuk menginap di Lavigo Resort
  • Pergi ke Pantai Cenang untuk aktiviti waktu malam

Itinerary Hari Keempat

  • Makan Nasi lemak 5A, di Pantai Tengah, antara kedai nasi lemak sedap di Langkawi
  • Naik Cable car atau kereta kabel di Langkawi
  • Check in hotel yang kami tunggu-tunggu iaitu di Dash resort

Itinenary Hari Kelima

  • Kedai makanan menarik waktu tengahari di Kak Yan Nasi Campur, langkawi
  • Membeli belah dan shopping di Haji ismail group
  • Check in Cassa Kaseh Guesthouse.
  • Naik Sunset Cruise by Wise lee
  • Pergi lepak di pantai Cenang untuk aktiviti pada waktu malam

Berdasar pengalaman kami sendiri bercuti dan melancong di tempat menarik di Langkawi, aktiviti wajib anda mesti cuba adalah SUNSET CRUISE.

Harga SUNSET CRUISE Langkawi bergantung kepada saiz, pakej dan jenis bot yang anda naik, purata antara RM69 hingga RM15.

Pengalaman Book Tempat Penginapan di Langkawi

  1. Alia Residence: Tempat menginap ini agak dekat sahaja dengan airport dan pantai cenang Langkawi. Tempat penginapan di sini juga agak menarik yang mana sesuai untuk family dan kanak-kanak kerana ada swimming pool dan kolam renang dan besar serta ada akses mudah untuk terus ke Pantai Cenang Langkawi.
  2. Vivanta resort, Rebak Island: Adalah merupakan tempat penginapan menarik di langkawi sesuai untuk honeymoon dengan pemandangan cantik dengan deretan kapal layar yacht di dermaga (dock).
  3. Lavigo Resort, Pantai Cenang (RM100 / satu malam) : Harga penginapan resort yang murah dan berpatutan, Bilik pun luas dan selesa
  4. Penginapan Hotel di Dash Resort, Pantai Tengah Langkawi: Pengalaman kami sendiri tinggal menginap di tempat penginapan ini, ia merupakan antara hotel terbaik dan menarik di Langkawi. Dari pemandangan indah yang anda perolehi, keseronakan, sangat sesuai bagi pasangan suami
  5. Cassa Kaseh Guesthouse: Tempat penginapan homestay Cassa Kaseh Guesthouse ini bagi kami murah kerana harga semalam hanya RM54 sahaja

Jalan jalan Tempat Menarik di Langkawi Pasti Anda Jatuh Hati

Pulau ini sungguh kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau hati. Tidak hairanlah badan UNESCO PBB mengiktiraf ia sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia pasifik.

Bukan sembarangan tempat tempat menarik di sini. Makanan menarik di langkawi juga banyak pilihan untuk anda cuba.

Lagi terbaik, dikatakan bahawa pemandangan matahari terbenam di Langkawi ini antara yang terindah di dunia.

Jadi, anda sendiri boleh buktikannya.

Sebenarnya banyak lagi tempat best jikalau anda bercuti di Pulau Mahsuri ini yang akan kami sambung pada masa akan datang.

Jika anda ada plan mahu bercuti di Pulau Langkawi baik waktu malam dan siang, SHARE artikel senarai tempat menarik di Langkawi termasuk yang percuma di Facebook dan Whatapps suami atau isteri atau kawan-kawan percutian anda, dipersilakan…

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia