Senarai Tempat Menarik di Kelantan 2020

Senarai bangunan, tempat bersejarah dan juga tempat menarik di Kelantan 2020 yang perlu anda singgah dan pergi termasuk pada waktu malam

senarai tempat menarik di kelantan 2020

Kota Bharu kadang kadang disebut dengan Kota Baru, yang merupakan ibu negeri Kelantan.

Apa yang kami suka tentang Kelantan, adalah makanannya. Sedap-sedap semuanya. Jika kita pergi ke Kuala Lumpur, banyak gerai dan kedai makan dari Kelantan.

Jika pergi terus ke negeri kelahiran mereka, sudah pastinya kita akan melihat sendiri kemeriahan kedai makan dan restoran di sana untuk anda semua cuba sendiri.

Perut sudah kenyang, boleh mula jalan jalan dengan singgah tempat tempat menarik di kelantan, senarai contoh ada di sini

Tempat Menarik di Kelantan 2020

Sedang dikemaskinikan

Senarai Tempat Bersejarah di Kelantan 2020

Akan dikemaskinikan

senarai tempat bersejarah di kelantan 2020

Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Pintu Kota, Istana Balai Besar

Pintu Kota, Istana Balai Besar terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Latar Belakang Bangunan

Istana Balai Besar memang tidak dapat dipisahkan lagi dengan Bandar Kota Bharu. Malah kelahiran istana dan bandar ini adalah pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1844.

Sultan Muhammad II telah membangunkan bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran dan ibu negeri yang baharu bagi menggantikan Kota Lama.

Manakala baginda telah mendirikan Istana Balai Besar sebagai untuk menggantikan Istana Kota Lama yang sebelumnya merupakan tempat Sultan-sultan terdahulu bersemayam.

Beberapa orang Sultan Kelantan telah bersemayam di Istana ini iaitu bermula dari Sultan Muhamad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1890-1891) dan Sultan Muhammad IV

Struktur / Senibina Bangunan

Pada waktu itu, tukang mahir di Kelantan telah membina struktur binaan Istana Balai Besar dan Muhammad Salleh yang merupakan tukang yang berAsal daripada Terengganu dan menetap di Pasir Mas telah mengetuai pembinaan istana ini.

Beliau, Muhammad Salleh adalah merupakan satu-satunya orang yang berpengalaman dan mahir dalam membuat ukiran dan pertukangan pada ketika itu.

Segala upacara seperti kemahkotaan, pertabalan dan lain-lain lagi telah dilangsungkan di istana dua tingkat ini. Bangunan bersejarah kelantan ini juga merupakan sebuah institusi yang mengekalkan sumber adat dan warisan resam Melayu. Terdapat Dewan Penghadapan, singgahsana tempat bersemayam dan tempat persandingan di dalam ruang istana ini.

Sementara itu terdapat juga tempat menyimpan pelbagai khazanah negeri Kelantan pada masa dahulu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar iaitu di sebelah luar tembok istana. Pembinaan tempat penyimpanan khazanah dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad IV.

Tujuan Pembinaan Bangunan

Pada tahun 1845, setelah istana ini siap dibina sepenuhnya, Istiadat Menyambut Surat Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhamad II merupakan upacara pertama sekali yang diadakan.

Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail, beberapa penambahan telah dilakukan pada Istana Balai Besar seperti pada balai penghadapan dan bahagian penghadapan. Penambahan ini berlaku sepanjang Istana dijadikan tempat bersemayam oleh Sultan-sultan Kelantan.

Walau bagaimanpun, bentuk asal reka bentuk Istana Balai Besar ini tidak terjejas langsung.

Pada tahun 1855, semasa pemerintahan Sultan Muhammad III, rumah ini telah dibangunkan. Pada masa imi. di perkarangan istana masih lagi ada rumah ini namun ia telah dijadikan sebagai surau untuk kemudahan pekerja-pekerja istana.

Fungsi / Keadaan Bangunan

senarai bangunan bersejarah di kelantan

Dari tahun 1845 sehinggalah sekarang ini, segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dilangsungkan di Istana Balai Besar ini.

Istana ini tetap dan masih dijadikan bagi segala adat istiadat diraja hinggalah ke hari ini walaupun ia tidak lagi dijadikan sebagai kediaman Sutan-sultan Kelantan selepas pemerintahan Sultan Muhammad IV.

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298284-Activities-Kelantan.html

Pada masa kini, bandar Kota Bharu semakin maju membangun. Namun Istana ini masih kekal dalam keadaan bentuk asalnya walaupun lahir bersama-sama dengan bandar tersebut. Bangunan bersejarah Kelantan ini tetap dipelihara akan senibina dan reka bentuknya kerana ia merupakan salah satu institusi warisan kebudayaan bangsa yang tidak ternilai harganya.