Senarai tempat bersejarah, bangunan dan Tempat Menarik di Kedah 2020 termasuk di bandar Alor Setar
Alor Setar terletak di barat laut Malaysia adalah ibu negeri Kedah. Selalunya dibayangi oleh adiknya Pulau Langkawi, bandar kelihatan menerima pengunjung yanb masih lagi kecil setiap tahun.
Sedangkan banyak bangunan dan tempat bersejarah yang terdapat di Kedah yang boleh disenaraikan.
BACA SINI: Senarai early bird Buffet Ramadhan Kedah
Negeri ini terkenal dengan julukan ‘negeri jelapang padi’. Jadi jikalau anda mahu tempat persinggahan jika mahu ke pergi ke Pulau Pinang atau Langkawi, inilah negeri yang boleh anda singgah. Tetapi nak pergi mana? Nah….ini senarai tempat menarik untuk anda jika jalan jalan ke negeri kedah.
Senarai Kandungan Penting:
10 Tempat Menarik di Kedah 2020
Akan dikemaskinikan senarai Tempat Menarik di Kedah termasuk di waktu malam
BACA SINI: Senarai tempat menarik di Perlis
Senarai Tempat Bersejarah di Kedah
Bangunan Bersejarah Kedah : Muzium dan Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah atau lebih dikenali dengan nama Kota Kuala Bahang di kalangan orang Kedah merupakan kota bersejarah yang dibina oleh orang Melayu. Lokasi Kota Kuala Kedah ini bertempat di tebing utara muara Sungai Kedah, di Kampung Seberang Kota Kuala Kedah.
Sejarah Pembinaan Kota Kuala Kedah
Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa, pada tahun 1771, bangunan bersejarah Kedah ini mula dibina dan pada tahun 1780 pembinaannya telah pun disiapkan.
Hafiz Sab yang menjawat jawatan Dato Maharaja Kadhi pada ketika itu telah mereka bentuk banguann bersejarah Kedah ini. Manakala, tukang-tukang mahir dan tenaga mahirnya dibawa khas daripada India.
Struktur / Senibina Kota Kuala Kedah
a) Pintu Gerbang Lama
Di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka, sebuah pintu gerbang telah dibina dan dikenali sebagai “Pintu Gerbang Kadapuri”. Acheh, Bugis dan Siam pernah menyerang kota ini.
b) Pintu Gerbang Baru
Secara rasminya dalam tahun 1909, Kedah diletakkan di bawah penguasaan British. Di dalam kawasan kota ini, beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina termasuklah sebuah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang sehingga kini masih wajud.
c) Markas
Markas tentera telah dijadikan oleh Jepun semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu hinggalah dalam tahun 1945, Jepun mengalami kekalahan kepada British.
Tujuan Binaan
Tujuan atau objektif bangunan bersejarah Kedah ini dibina adalah untuk dijadikan benteng pertahanan Kedah daripada serangan musuh, lebih-lebih lagi mengelakkan serangan Siam dari arah laut.
Fungsi / Pemulihan Kota Kuala Kedah
Kota ini telah diwartakan sebagai “Tapak Tanah Bersejarah” oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 31 Ogos 1978. “Akta Benda Purba 1976” di bawah akta 165 telah diperuntukkan ke atas kota ini.
Kerja-kerja konservasi dan pemulihan tembok timur dan selatan telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (yang sekarang ini Jabatan Muzium Malaysia) dalam bulan November 2000. Ini termasuklah kerja-kerja pembinaan semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh pada tahun 1970.
SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298281-Activities-Kedah.html