Tempat Menarik di Perak 2024: Apa Yang Best & Viral Ipoh

Semak senarai tempat menarik di perak 2024 yang best dan viral di ipoh untuk ootd terdiri daripada banyak bangunan bersejarah

tempat menarik di ipoh perak 2024

Jikalau diikutkan banyak sebenarnya senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak.

Tapi itulah, negeri ini terutamanya bandar besar mereka Ipoh seperti kurang dikunjungi oleh kalangan pelancong berbanding di negeri-negeri lain.

Banyak tempat menarik dan best di perak yang boleh ditawarkan kepada anda jika datang melancong dan bercuti di sini. (SEMAK: Senarai buffet ramadhan Perak)

Kepada yang sedang merancang datang ke bandar yang cukup terkenal dengan Ipoh White Coffee boleh semak perkongsian daripada kami di sini

Tempat Menarik di Ipoh Perak 2024

Sedang dikemaskinikan senarai tempat menarik di ipoh perak termasuk di waktu malam

4. Gua Tempurung

Gua Tempurung sebenarnya tidak terletak dalam Bandaraya Ipoh tetapi sangat disarankan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak dan mencabar. Lokasinya hanya terletak 18km sahaja dari Bandaraya Ipoh dan satu-satunya tempat menarik bergua yang paling hampir untuk anda lawati dan terjah.

Kawasan dalam gua ini sangat besar dan luas dan kemudahan pengunjung turut disediakan untuk memudahkan anda menerokai gua batu kapur yang berusia ribuan tahun seperti platform jalan kaki dan lampu-lampu.

Perkhidmatan tour guide juga boleh gunakan di sini untuk membawa anda menerokai gua hingga ke kawasan yang paling dalam sekiranya anda mahu merasai lebih adventure.

Pakej tour guide di sini terdiri daripada kawasan kering dan basah, dan anda boleh mengambil grand tour guide jika anda betul-betul mahu menguji tahap stamina anda.

Anda perlu mencuba kerana pengalaman menerokai gua sebegini memang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi gua ini mudah untuk dilawati berbanding gua lain yang terletak di pedalaman dan memerlukan anda untuk menaiki bot serta meredah hutan.

Anda boleh ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak sekiranya anda ingin menerokai gua yang mudah untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu meredah banyak cabaran di tengah jalan.

Disebabkan setiap lawatan mengambil masa yang agak lama sehinggakan berjam-jam lamanya, jadi kami sarankan anda datang awal atau pada waktu pagi. Setiap lawatan hanya terhad kepada 3/4 orang sahaja.

  • Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
  • Waktu Operasi Gua Tempurung: 9pagi-6petang

Harga Pakej Lawatan Gua Tempurung:

Pakej Golden Flawstone (aktiviti kering):

  • 50 (Kanak-kanak)
  • RM6 (Dewasa)

Pakej Top The World (aktiviti kering):

  • 50 (Kanak-kanak)
  • 00 (Dewasa)

Pakej Top The World & Short River Adventure (aktiviti basah):

  • 00 (Kanak-kanak)
  • 00 (Dewasa)

Pakej Grand Tour (aktiviti basah):

  • 00 (Kanak-kanak)
  • 00 (Dewasa)

5. Tempat Menarik di Street Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail

Destinasi ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Ipoh untuk melihat keunikan mural-mural 3D yang dahulunya hanyalah bangunan lama yang kelihatan usang. Ernest Zacharevic telah menghasilkan mural-mural 3D ini dan turut menghasil karya popularnya di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan sehinggalah ke Singapura.

Art of Old Town ini lebih berkonsepkan kepada mural-mural yang berkisarkan mengenai kopi dan bandar lama Ipoh. Kisah dua benda ini memang saling berkait rapat dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Ipoh sehingga jenama Old Town White Coffee Ipoh popular dan meningkat naik.

Lokasi setiap mural 3D ini tidak jauh antara satu sama lain dan 8 jenis mural utama yang dihasilkan di sini terletak di sekitar Jalan Panglima, Ipoh.

Yang lebih menarik adalah mural seni di sini sangat besar berbanding kebanyakan mural negeri lain yang anda pernah lihat dan ia merupakan sebahagian daripada Heritage Trail.

  • Alamat: Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak
  • Waktu Operasi: 24 Jam
  • Harga Tiket: Percuma sahaja

6. Tempat Menarik di Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)

Anda sangat disarankan untuk ke Pasar Karat yang terletak di Jalan Horley, Ipoh jika anda menginginkan tempat membeli belah di Ipoh yang best dan unik walaupun sebenarnya terdapat banyak pilihan shopping mall di Ipoh yang besar dan grand di sini.

Tempat viral di ipoh seperti di Pasar Karat dibuka dan beroperasi setiap pagi ini mempunyai banyak nama seperti Pasar Barang Antik, Memory Lane, Loken, Pasar Lok Kin dan Lokin, semua nama tersebut merujuk kepada tempat yang sama.

Pasar ini memang sangat besar dan barangan antik atau vintage memang sangat banyak boleh didapati di sini. Anda mungkin memerlukan berjam-jam lamanya jika anda berjalan-jalan atau pusing di semua kawasan penjual di Pasar Karat ini.

Konsep barangan di sini memang sangat rare, jadi anda boleh singgah melawat ke Pasar Karat Ipoh setiap pagi jika anda mencari kelainan pada barangan seperti kasut, pakaian, hiasan rumah, duit lama, setem lama, barangan elektrik dan sebagainya. Hujung minggu di sini ternyata lebih meriah dengan kunjungan orang luar dan dalam Ipoh.

  • Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
  • Waktu Operasi Pasar Karat Ipoh: 6.30pagi-1petang
  • Harga Tiket: Masuk Percuma

7. Tasik Cermin Gunung Rapat

Tasik Cermin di Gunung Rapat adalah sebuah tasik terpencil dan bukit-bukit batu kapur mengelilinginya secara menyeluruh. Untuk ke tasik ini, terowong berjalan kaki sejauh 30-40m perlulah dilalui oleh para pengunjung. Anda pasti akan rasa seperti berada di dunia lain dengan keindahan tasik dan pokok-pokok menghijau mengelilingi sekitarnya dan berdindingkan bukit batu kapur sebaik sahaja anda menyeberangi pintu gua ini.

Pengunjung boleh melihat keindahan tasik cermin ini dengan kemudahan platform yang tidak terlalu besar yang disediakan di sini.

Permukaan airnya memang sangat tenang tidak bergelora memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin. Sebab itulah ia dinamakan Tasik Cermin kerana anda seolah-olah melihat sebuah cermin yang besar dengan pantulan bukit batu kapur di atas permukaan air.

Disebabkan di sini banyak lori kuari, jadi jalan menuju ke sini agak berdebu dan ianya bukan satu tempat menarik di Ipoh yang dikomersialkan secara meluas. Hati-hati untuk ke sini kerana Tasik Cermin ini berdekatan dengan kawasan kuari.

  • Alamat: berdekatan dengan Da Seng Ngan Temple
  • Waktu Operasi: sebaiknya waktu siang, namun waktu tidak ditetapkan
  • Harga Tiket: Masuk percuma

tempat bersejarah di ipoh 2021 perak

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my

Semoga perkongsian senarai tempat best dan tempat menarik di negeri perak memabntu semasa bercuti di sini kelak

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia