Tema Hari Guru: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

sambutan tema hari guru 2020

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu – Logo & Tema Hari Guru 2020

Sebagai penghargaan khas kepada para guru atau cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan, tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia.

Tugas dan jasa seorang pendidik yang bergelar guru yang sangat gigih menyampaikan ilmu kepada seluruh pelajar tidak pernah berubah, walau pun kemajuan teknologi dan peredaran zaman semakin hari semakin berkembang.

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar, kini, tugas guru semakin mencabar memerlukan inovasi dan kreativiti.

Guru juga dianggap sebagai teman dan rakan untuk berbincang dan meluahkan perasaan selain dari bertugas mengajar subjek berkaitan. Khususnya berkaitan perkembangan diri pelajar.

Disebabkan banyak jasa setiap guru dalam mendidik dan mengajar anak bangsa, jadi sewajarnya mereka dihargai dan dikenang.

Senarai Kandungan Penting:

Tema Hari Guru 2020

Sambutan Hari Guru setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi kepada jasa pengajar dan guru. Sambutan Hari Guru akan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 16 Mei setipa tahun dengan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan untuk guru.

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu merupakan tema sambutan Hari Guru untuk tahun 2020. Bakal diumumkan nanti tarikh dan lokasi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2020.

Diharapkan entri berkenaan Tema Hari Guru 2020 dapat membantu kita semua dalam menyambut persediaan menyambut Hari Guru ini nanti.

SUMBER: https://www.pmo.gov.my/2020/05/teks-ucapan-hari-guru-2020/

Categories KPM