Tali Pinggang Keledar 2020: Penumpang Belakang Tak Pakai Saman RM300

Saman RM300 yang tak ikut pemakaian tali pinggang keledar seat belakang oleh JPJ atau rear seat belt policy in malaysia

tali pinggang keledar

Nampaknya tahun 2020, tahun yang sarat dengan penguatkuasaan undang-undang.

Belum reda lagi dengan undang undang car seat 2020, Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak menunggu lama untuk mengumumkan penguatkuasaan undang-undang seat belt tali pinggang belakang.

Sekarang ini masih lagi lagi yang masih tidak memakai tali pinggang belakang. Kami yakin masih lagi tidak perasan dengan undang-undang baru ini. jangan ambil mudah.

Ini kerana bermula 1 Januari 2020, saman JPJ akan dikeluarkan kepada mana-mana tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan

Undang-undang Tali Pinggang Belakang

Butiran lengkap di bawah ini.

1) Undang-undang tali pinggang keledar 2020 ini adalah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

2) Kerajaan telah mengumumkan untuk mengutkuasakan undang-undang ini daripada Mac 2019 lagi, tetapi ramai yang tidak ambil pusing dan tidak sedar sebenarnya. Boleh tonton video berkaitan di bawah ini:

3) Jika ada yang masih ingkar dengan undang undang telah digazetkan ini, anda akan menerima saman RM300

4) Kepada anda yang berumur 17 tahun ke atas yang duduk di bahagian tempat duduk belakang, tidak pakai seat belt secara automatik saman RM300 akan dikenakan

5) Manakala mana-mana yang duduk di bahagian belakang kereta anda berumur 17 tahun ke bawah pula TETAPI tidak pakai seat belt, anda sebagai pemandu akan dikenakan saman jpj RM300. TIADA KOMPROMI lagi untuk tahun 2020

6) Tidak kisahlah anda pakai kereta SUV, MPV, Van, untuk kegunaan teksi, kegunaan kereta sewa tetap perlu ikut peraturan ini segala kereta anda telah didaftarkan bermula 1 JANUARI 1995

7) Kepada golongan OKU, warga emas, kanak-kanak 135cm ke atas juga wajib pakai seat belt belakang. Walaubagaimanapun, wanita yang sedang bunting, hamil dan mengandung dikecualikan daripada ikut peraturan ini dan dikecualiklan tindakan saman

NOTA : Berita baik, mana-mana kereta yang tiada ada kemudahan untuk memakai seat belt belakang, kerata anada akan mendapat PENGECUALIAN daripada dikenakan saman

Jikalau Tali Pinggang Keledar Rosak

Samada tali pinggang keledar rosak atau tersekat, saman tetap akan dikeluarkan. Jadi memulakan pemanduan, sila semak dan check keadaan seat belt belakang anda.

Jikalau tiada fungsi keselamatan tali pinggang ini, anda perlu pergi ke mana-mana pembuat model kereta anda untuk tujuan pemasangan.

Cara Memakai Tali Pinggang Keledar Dengan Betul

Boleh tonton video di bawah ini

Kepada yang telah baca pengumuman dan butiran di atas, diharapkan maklumkan juga kepada ahli keluarga dan kawan-kawan supaya mereka semua tidak dikenakan saman RM300.

Sayang duit. Nak dapat duit bukan senang sekarang!