Takaful Malaysia Login: Financial Link Car Motor Insurance promo Code

Syarikat Takaful Malaysia Login Financial Link Car Motor Insurance promo Code

syarikat takaful malaysia login promo code 2023

Syarikat Takaful Malaysia Berhad merupakan antara syarikat insurans yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1981 dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1985 dalam mengemukakan perkhidmatan insuran takaful yang terkemuka di negara kita

Bukan itu sahaja, Takaful insurance Malaysia ini juga adalah antara syarikat yang telah tersenarai di bawah Bursa Malaysia Securities Berhad dengan pegangan saham lebih jutaan billion dalam pasaran negara. 

Syarikat Takaful insurance ini menyediakan pelbagai perkhidmatan insurans patuh syariah dalam memenuhi keperluan masyarakat terhadap kualiti hidup yang lebih baik dengan kewangan yang lebih stabil.

Syarikat ini memberi jaminan kepada pelanggannya dengan menawarkan jaminan insurans yang boleh meliputi semua aspek kehidupan termasuklah dari segi kesihatan, keselamatan, pelajaran dan banyak lagi. Strategi perlaksaan dan pemasaran insuran Takaful kini telah menjadikan syarikat ini pilihan utama rakyat negara kita dalam perkhidmatan insurans.

Insuran Takaful Malaysia

1. Takaful Myclick Motor

Takaful Myclick Motor ialah pelan Takaful Motor Persendirian Komprehensif yang memberi perlindungan terhadap kenderaan pelanggan sekiranya berlaku kerugian dan kerosakan melibatkan kebakaran, kehilangan, kecurian, kemalangan atau liabiliti kepada pihak ketiga.

Takaful car insurance ini merupakan pelan ansuran tanpa faedah dengan perlindungan secara menyeluruh terhadap kenderaan pelanggan. 

Selain itu, TakafuL Myclick Motor juga menawarkan perkhidmatan program bantuan tepi jalan yang beroperasi 24 jam.

Bantuan ini termasuklah bantuan tunda kenderaan, pembaikan kecil, bantuan bateri, sokongan jumpstart dan penghantaran bahan api. 

Permohonan dan langganan Takaful my Click Motor boleh dibuat di laman sesawang https://online.takaful-malaysia.com.my/motor seperti pada Rajah di bawah ini. 

Insurans ini menawarkan perlindungan selama setahun dan mestilah memperbaharui sijil kenderaan pada setiap tahun.

takaful insurance

2. Takaful Myclick Motor Flexisaver

Takaful Myclick Motor Flexisaver ialah merupakan pelan perlindungan kenderaan am dan perlindungan harian bagi kerosakan dan kerugian kenderaan yang tidak disengajakan di jalan raya dengan mengaktifkan perlindungan harian.

Perlindungan takaful malaysia insurans kereta ini meliputi pemandu dan penumpang secara keseluruhannya.

Pelan perlindungan ini sesuai bagi mereka yang kurang memandu dan memiliki beberapa buah kenderaan.

Kaedah pembayaran adalah bayar semasa ingin memulakan pemanduan. 

Permohonan perlindungan harian ini boleh dipohon melalui aplikasi dan laman sesawang “Click for Cover”.

Pemilik kenderaan yang berumur 18 tahun dan keatas boleh membuat permohonan untuk melanggan pelan ini.

Kenderaan yang didaftarkan ini mestilah kenderaan persendirian yang mempunyai jangka hayat 11 tahun dengan nilai pasaran antara RM70 ribu sehingga RM1.5 juta.

myclick motor kereta takaful malaysia car insurance

3. Takaful Myclick Motorcycle

Ia merupakan pelan Takaful Motor Persendirian Komprehensif yang menyediakan perlindungan menyeluruh kepada penunggang motosikal sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian atau kecederaan badan dan kerugian harta benda.

Bukan itu sahaja, penunggang motosikal juga akan mendapat faedah tambahan seperti perlindungan kemalangan peribadi, liabiliti undang-undang kepada pembonceng, kemasukan peril khas, program bantuan tepi jalan 24 jam dan banyak lagi.

Perlindungan ini dikhususkan kepada motosikal persendirian yang berumur kurang daripada 16 tahun dengan kapasiti padu yang tidak melebihi 225cc.

Pelan ini ditawarkan kepada individu yang merupakan pemilik motosikal yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Pelan ini merupakan pelan perlindungan selama setahun di mana pemilik motosikal perlu memperbaharuinya pada setiap tahun.

takaful motosikal

4. Takaful Travel Insurance Myclick PA

Pelan insurans Takaful Myclick Travel PA ini merupakan pelan insurans takaful yang memberi perlindungan kepada pelancong untuk memastikan pelancong dapat melancong dengan tenang.

Perlindungan takaful travel insurance ini ditawarkan untuk mengurangkan bebanan para pelancong jika berlaku kejadian yang tidak diingini di tempat orang.

Perlindungan ini hanya tertakluk kepada perjalanan antarabangsa sahaja.

Perlindungan ini memberi manfaat melibatkan keadaan-keadaan seperti penerbangan tertunda, terlepas dan terbatal, kemalangan peribadi, kehilangan bagasi dan kesan peribadi, sekatan perjalanan, elaun hospital, kehilangan kad kredit, sekatan perjalanan dan banyak lagi.

Pelan perlindungan takaful travel insurance ini boleh dipohon oleh mana-mana individu yang memegang warganegara, bermastautin di sini dan memegang pas kerja di negara ini.

Kadar caruman adalah berdasarkan jenis kategori pelan, destinasi pelancong dan tempoh perlindungan. 

takaful travel insurance

5. Takaful Insurance Myclick PA

Pelan ini memberi perlindungan kepada mana-mana individu secara amnya jika berlaku kemalangan yang serius yang menjejaskan kewangan keluarga.

Ianya merangkumi semua jenis kemalangan.

Pelan ini merupakan antara pelan Takaful Myclick PA yang mampu milik ditawarkan kepada masyarakat. 

Pelan ini dikhususkan dengan memberi perlindungan sehingga RM10000 untuk pembedahan besar yang melibatkan kemalangan, perlindungan sehingga RM500 sehari bagi pendapatan hospital harian akibat kemalangan, perlindungan sehingga RM5000 bagi proses pemulihan setelah kemalangan dan perlindungan sehingga RM5,000 bagi bayaran balik perubatan.

Faedah yang ditawarkan sangat banyak dibawah pelan ini yang mana boleh mengurangkan beban kewangan pelanggan pelan insurans ini apabila berlaku perkara yang tidak diingini sehingga menelan jumlah kewangan yang besar.

6. Takaful Myclick Mediplus

Pelan perlindungan Takaful Myclick Mediplus ialah pelan takaful yang memberi perlindungan dari segi keperluan kesihatan dan perubatan sepanjang hayat dan setiap masa.

Pelan ini memberi perlindungan sehingga RM300000 setahun kepada individu yang melanggan.

Pelan ini juga menjamin perlindungan tanpa had umur. Kos langgan juga minimal dan mampu milik.

Bukan itu sahaja, pelan insurans mendapat pengecualian daripada dikenakan cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

7. Takaful Myclick Medicare

Pelan Takaful Myclick Medicare ialah pelan perlindungan kesihatan yang menjamin perlindungan dari segi menjaga bil perubatan sehingga umur 85 tahun.

Perlindungan penuh ini diberikan kepada pesakit luar dan pesakit dalam sehingga RM100000 termasuklah kos yang melibatkan kos susulan dan kos pemulihan sehingga 90 hari dari tarikh keluar wad.

Penyakit-penyakit juga dilindungi di bawah pelan ini, sebagai contoh kanser, strok, sakit jantung dan banyak lagi.

8. Takaful Myclick Term

Pelan Takaful Myclick Term ialah pelan yang memberi perlindungan bagi kejadian yang melibatkan kematian dan cacat kekal.

Ianya memberi perlindungan kewangan antara RM50,000 sehingga RM500,000.

Tempoh perlindungan adalah fleksibel bergantung kepada tahap kewangan pelanggan yang boleh mencecah sehingga 20 tahun.

Pelan ini ditawarkan kepada individu yang layak yang berumur 19 tahun sehingga 45 tahun.

Permohonan untuk langganan pelan ini boleh dibuat di laman portal rasmi Takaful.

9. Takaful Myci Cover

Pelan Takaful Myci Cover ini memberi perlindungan kepada individu yang menghidap penyakit kronik.

Lebih kurang 39 jenis penyakit kronik yang dilindungi dibawah pelan ini.

Ianya termasuklah kanser, penyakit jantung atau kegagalan buah pinggang.

Perlindungan kepada 39 jenis penyakit kritikal ini dilindungi dengan pemberian danayang diperlukan untuk rawatan tersebut serta sekaligus dapat meringankan beban kewangan individu.

Tempoh perlindungan ini adalah fleksibel sehingga 20 tahun.

Pemohon yang ini ingin memohon boleh membuat permohonan tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan permohonan boleh dibuat di portal rasmi Takaful.

10. Takaful Mymotor

Takaful Mymotor ialah pelan insurans takaful yang memberi faedah perlindungan kenderaan yang mengalami kerugian, kerosakan dan liabiliti udang-undang pihak ketiga.

Terdapat dua (2) jenis perlindungan yang boleh dimanfaatkan daripada pelan ini iaitu manfaat perlindungan komprehensif dan manfaat perlindungan pihak ketiga.

Perlindungan tambahan yang ditawarkan dibawah pelan ini ialah termasuklah kerosakan cermin depan, liabiliti penumpang, bahaya khas disebabkan oleh cuaca semasa dan mogok dan rusuhan.

Takaful Malaysia Car Motor Insurance Promo Code 2023

Individu yang ingin melanggan pelan insurans takaful bersama Syarikat Takaful boleh dilanggan dengan mendapat promo seperti 10 peratus potongan langganan pelan insurans takaful secara atas talian termasuk pelanggan setia takaful myclick motor.

Segala kod promo code termasuk takaful myclick motor promo code boleh didapati di portal rasmi https://www.takaful-malaysia.com.my pada bahagian promosi.

Cara Menjadi Agen Takaful Malaysia

Agen insurans ialah individu yang bertindak dalam pemasaran pakej insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

Berikut merupakan antara cara-cara untuk menjadi agen Takaful Malaysia;

cara menjadi agen takaful
  • Pemohonan untuk menjadi agen Takaful boleh dibuat di laman sesawang https://www.takaful-malaysia.com.my seperti pada Rajah di atas ini.
  • Pemohon perlu mengisi semua butiran yang diperlukan pada laman tersebut dan klik pada butang “Hantar” untuk mendaftar sebagai agen
  • Pihak insurans akan menghubungi anda dan akan menerangkan serba sedikit berkenaan Takaful Malaysia.
  • Seterusnya, pemohon perlu mendaftar dan menduduki peperiksaan PCE (Pre Contract Exam) secara atas talian di laman portal rasmi Malaysian Insurance Institute (MII).
  • Pemohon perlu klik pada laman sesawang https://www.mii4u.org untuk mendaftar dan menduduki ujian tersebut seperti pada Rajah di bawah ini.
  • Tujuan pemohon menduduki ujian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada individu terhadap tugas-tugas agen insurans.
komisyen agen takaful
  • Kemudian, bagi agen Syarikat Takaful insurans pemohon perlu menduduki satu lagi ujian yang dikenali sebagai Takaful Basic Examination (TBE) secara online dengan melayari portal rasmi takafuleexam login www.takafuleexam.com login masuk seperti pada Rajah di bawah ini dan perlu log masuk untuk daftar akaun di https://enroll.ibfimonline.com.
takaful insurans malaysia financial link
  • Setelah lulus kedua-dua ujian yang wajib diduduki tersebut, pemohon akan mendapat nombor kod agen dan secara tidak langsung, pemohon akan menjadi agen insurans takaful yang berdaftar serta boleh mula untuk menjalankan perniagaan insurans takaful.

Insuran Takaful Malaysia Financial Link

Anda boleh terus ke link pautan ini, https://w1.financial-link.com.my untuk akses takaful insurans Malaysia Financial Link

Senarai Takaful Malaysia Panel Workshop

Berikut merupakan senarai panel workshop bagi Syarikat Takaful mengikut negeri yang terdapat lebih daripada 200 workshop melalui link pautan ini, https://www.takaful-malaysia.com.my

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia