Berita : Sistem Syarat Kemasukan ke MRSM Diperkemaskan

Berita Syarat Kemasukan ke MRSM Diperkemaskan

Kami tidak pasti siapalah yang tergamak beri pelan cadangan speerti ini. Tahu atau tidak, yang Maktab Rendah Sains MARA adalah tempat untuk golongan yang berpendapatan serdahana dan rendah yang mempunyai sedikit pencapaian untuk ditempatkan bagi mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.

syarat kemasukan ke mrsm

Ia dengan harapan, kecemerlangan yang diperolehi kelak dapat membantu taraf keluarga masing-masing di kampung dan di pedalaman.

Tetapi ada pulak cadangan supaya tempat dan slot kemasukan ke MRSM diperdangkan untuk golongan berada dan golongan kaya membeli kejayaan dengan ditempatkan di MRSM.

Nasib baik menteri baru Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah tampil supaya cadangan kerajaan terdahulu sama sekali tidak diteruskan. Ini kerana beliau tidak mahu MRSM dilihat sebagai sebagai golongan elit semata. Ini bermakna permohonan mrsm 2019 tingkatan 4 mahupun untuk tingkatan 1 akan diperketatkan

Kerajaan sekarang ini akan memperkemaskan sistem kemasukan ke MRSM di mana yang benar-benar layak sahaja dibenarkan masuk.

Antara Langkah Penambaikan Kemasukan ke MRSM

1) Semestinya mesti cemerlang dalam keputusan UPSR dan keputusan PT3

2) Tetapi selepas ini hanya kalangan yang berpendapatan rendah dan serdahana sahaja yang dibenarkan masuk

3) Bantuan RM1500 setahun dan RM50 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang layak

4) Dalam pada masa yang sama tambahan MRSM di seluruh negara akan dipertimbangkan supaya lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan serdahana mendapat pendidikan yang lebih baik.