Suruhanjaya Syarikat Malaysia: Ssm Business Code 2022 dan contoh senarai kod perniagaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah agensi kerajaan yang merupakan gabungan antara bahagian pengurusan perniagaan (ROB) dan syarikat (ROC) di Malaysia.
Agensi ini mengutkuasakan undang-undang berkaitan perniagaan dan syarikat yang ada di Malaysia seperti Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100), Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28), Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, Akta Syarikat 2016 (Akta 777), Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
BACA SINI: Mydata SSM Sign Up / Register & Login Untuk Beli Maklumat Syarikat
Bagi melicinkan perjalanan pengurusan syarikat dan perniagaan di Malaysia, agensi kerajaan ini telah melancarkan format baru kod perniagaan untuk ssm bagi tahun 2022.
Senarai Kandungan Penting:
Ssm Business Code 2022 (Format Baru)
Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia memperkenalkan sistem format melibatkan nombor pendaftaran perniagaan di Malaysia yang memaparkan 12 digit no yang tertera pada sijil ssm.
- 4 Digit yang pertama – tahun di mana syarikat didaftarkan
- 2 Digit yang kedua – kod perniagaan ssm
- 6 Digit yang ketiga – giliran no pendaftaran
BACA SINI: ssm e info login
Contoh Nombor Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Di bawah ini adalah contoh business code ssm yang baru melibatkan semua entiti di Malaysia termasuklah perkongsian liabiliti terhad, perniagaan dan bisnes sedia ada yang telah didaftarkan:
- Nama: AMS Setia Jaya Sdn. Bhd
- No. Pendaftaran : 202101000023 (1309852-A)
Nombor pendaftaran yang lama masih lagi dikekalkan bagi mengelakkan kecelaruan bersama-sama dengan no untuk format yang baru.
PERKARA | BUSINESS CODE |
---|---|
Syarikat Tempatan | 01 |
Syarikat Asing | 02 |
Perniagaan (ROB) | 03 |
Perkongsian Liabiliti Terhad Tempatan | 04 |
Perkongsian Liabiliti Terhad Asing | 05 |
Perkongsian Liabiliti Terhad Amalan Profesional | 06 |
Contoh Nombor Kod Perniagaan Untuk Ssm (ROC & ROB)
Di bawah ini anda boleh semak kod perniagaan ssm untuk kedai makanan, bisnes gunting rambut, pakaian, renovation, contruction, pengangkutan (transportation), pertanian, kecantikan, trading, dan lain lain untuk membuat pilihan

Soalan Lazim & FAQ
1) Bagaimana cara untuk hubungi ssm jika ada hadapi sebarang masalah?
Boleh hubungi di nombor 03-77214000 ataupun boleh terus hantar ke emel enquiry@ssm.com.my. Masalah anda akan diselesaikan secepat mungkin
2) Adakah saya perlu tukar dengan sijil ssm yang paparkan nombor pendapatan yang baru?
TIDAK perlu boleh gunakan yang lama. Tiada masalah
Semoga urusan pemilihan kod perniagaan dan business code dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dipermudahkan