Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA: Berita & Fungsi


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA: Berita & Fungsi

fungsi suruhanjaya perkhidmatan awam spa

SPA telah ditubuhkan pada hari kemerdekaan Negara Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1957.

Berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, SPA bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan perlantikan dan pengambilan anggota ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta pelaksana.

BACA SINI: Kadar elaun penjawat awam 2022

Selain itu, SPA juga bertanggungjawab menguruskan perihal berkaitan pencen, kanaikan pangkat, pertukaran dan juga tatatertib anggota perkhidmatan awam.

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA

Seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 144(1), antara fungsi dan peranan SPA adalah seperti berikut:

BACA SINI: Pengumuman perdana menteri untuk penjawat awam

1. Pelantikan

Suruhanjaya bertanggungjawab melantik anggota perkhidmatan awam samada secara lantikan tetap, kontrak, sementara, pinjaman atau tukar sementara.

Selain daripada melantik, Suruhanjaya juga berkuasa untuk menamatkan perkhidmatan anggota yang sedang berkhidmat mengikut peraturan 48, 49 dan 50, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 2012.

2. Pengesahan Perkhidmatan

Seorang penjawat awam yang baru dilantik perlu mendapatkan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh 3 tahun.

Kuasa pengesahan perkhidmatan ini juga terletak di tangan Suruhanjaya.

Selain itu, Suruhanjaya juga berkuasa melanjutkan tempoh percubaan sekiranya anggota tersebut tidak menepati syarat-syarat pengesahan, mengembalikan anggota tersebut ke jawatan asal ataupun menamatkan perkhidmatan sekiranya gagal mendapatkan pengesahan jawatan.

3. Pemberian Taraf Berpencen

Setelah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkirasebagai perkhidmatan berpencen, seseorang penjawat awam boleh diberikan taraf berpencen oleh Suruhanjaya.

Namun, pemberian taraf berpencen ini tidak termasuk anggota kumpulan sokongan D JKK.

4. Pertukaran Perkhidmatan

Keputusan pertukaran perkhidmatan juga terletak di tangan Suruhanjaya. Suruhanjaya berhak dan berkuasa menukar penjawat awam secara tetap dari satu skim ke satu skim yang lain atau dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain tetapi dalam skim yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar status lantikan anggota secara tetap dari status tukar sementara kepada pinjaman.

5. Kawalan Tatatertib

Pihak Suruhanjaya mempunyai kuasa tatatertib untuk membuang dari perkhidmatan atau menurunkan pangkat penjawat awam dari anggota Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pengurusan tertinggi sekiranya didapati bersalah dan melanggar peraturan-peraturan yang termaktub di dalam peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam.

6. Kenaikan Pangkat

Sebagai Lemnaga Kenaikan Pangkat, Suruhanjaya juga berfungsi menganugerahkan kenaikan pangkat ke jawatan kepada pegawai-pegawai yang merupakan Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari satu gred kepada gred yang lebih tinggi bagi pegawai yang tergolong dalam skim Perkhidmatan Bersepadu.

Suruhanjaya juga memainkan peranan sebagai Lemabaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA

Permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam Malaysia boleh dibuat melalui sistem SPA9.

Spa9 merupakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah ditambahbaik daripada sistem terdahulu iaitu Spa8i.

Ianya merupakan borang permohonan secara atas talian yang digunakan oleh pemohon untuk memohon pekerjaan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Antara penambahbaikan yang ada adalah ia telah dibangunkan dengan padanan nombor kad pengenalan bagi menjana maklumat peribadi dan kelayakan akademik pemohon.

Ini bermakna, pemohon tidak perlu memasukkan maklumat peribadi dan kelayakan akademik kerana telah dijana secara automati.

Pemohon hanya perlu mengemaskini maklumat tersebut sahaja.

Berikut merupakan langkah-langkah permohonan melalui sistem online.

  1. Pertama sekali, layari laman web https://spa9.spa.gov.my
  2. Pada halaman log masuk, klik pada pautan pendaftaran pengguna untuk mendaftar akaun anda.
  3. Pada halaman daftar akaun, isikan maklumat peribadi, soalan keselamatan, kata lalauan dan klik pada petak persetujuan dan tekan “daftar”.
  4. Kembali ke halaman log masuk dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata lalauan anda untuk log masuk.
  5. Pada paparan seterusya, makluat peribadi anda telah pun dijana semasa anda membuat pendaftaran tadi. Jadi semak dan kemaskini maklumat sedia ada dan isikan maklumat yang belum lengkap.
  6. Pilih pusat temuduga yang anda inginkan dan klik “seterusnya”.
  7. Anda akan di bawa ke halaman maklumat peperiksaan sekolah menengah di mana anda perlu mengisi maklumat berkaitan keputusan peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV, sijil kemahiran, STPM, STAM dan Matrikulasi.
  8. Seterusnya adalah bahagian keputusan pengajian tinggi. Di bahagian ini, anda perlu mengisi CGPA anda bagi setiap peringkat pengajian anda dari diploma sehingga ke PhD. Isikan juga maklumat Universiti anda dan tahun-tahun sijil anda dikeluarkan oleh senat.
  9. Maklumat seterusnya yang perlu diisi adalah penyertaan anda bersama badan-badan professional atau ikhtisas sekiranya ada.
  10. Sebelum ke bahagian seterusnya, akan keluar “pop-up” bertanyakan samada anda sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam ataupun tentera. Sekiranya anda jawab “YA”, teruskan mengisi maklumat-maklumat yang dipinta. Sekiranya tidak, teruskan ke halaman kebolehan bahasa.
  11. Pada bahagian ini, isikan maklumat berkenaan jenis bahasa yang kuasai dan tahap penguasaan anda.
  12. Di bahagian bakat pula, pilih bakat-bakat yang ada pada diri anda.
  13. Begitu juga di bahagian sukan, pilih penglibatan anda dalam bidang sukan serta tahap peglibatan anda.
  14. Setersunya anda akan dibawa ke bahagian penerimaan bantuan. Isikan maklumat berkenaan bantuan yang anda terima daripada kerajaan sekiranya ada.
  15. Di bahagian OKU pula, anda perlu menyatakan samada anda adalah seorang OKU ataupun tidak.
  16. Bahagian yang paling penting adalah bahagian jawatan SPA. Pada bahagian ini lah anda perlu memilih 15 jawatan yang anda inginkan. Sistem ini akan mencadangkan kepada anda beberapa jawatan yang sepadan dengan bakat dan kelayakan akademik anda. Pilih 15 jawatan mengikut keutamaan anda.
  17. Sebelum meneruskan permohonan, sila semak maklumat permohonan anda buat kali terakhir.
  18. Akhir sekali, tekan petak setuju pada bahagian persetujuan dan tekan butang “hantar”.

Kelebihan Lantikan SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

(i) Elaun

Selain daripada gaji pokok, penjawat awam juga menikmati pelbagai elaun bagi memberi kemudahan dan keistimewaan kepada mereka.

Antara elaun yang dinikmati oleh penjawat awam adalah seperti elaun rumah, elaun sara hidup, elaun khas penjawat awam dan elaun wilayah.

Terdapat juga elaun khas untuk jawatan-jawatan tertentu seperti elaun kritikal dan elaun pedalaman.

(ii) Cuti

Cuti merupakan kelebihan dan keistimewaan paling penting yang dapat dinikmati oleh seorang penjawat awam.

Penjawat awam diberi kuota cuti rehat selama 20 hingga 25 hari setahun.

Bilangan ini lebih banyak berbanding pekerja swasta. Ini tidak termasuk cuti-cuti lain seperti cuti sakit, cuti tanpa rekod, cuti ganti, dan juga cuti bersalin yang boleh dipohon sehingga 3 bulan.

(iii) Pencen

Pencen merupakan kelebihan utama sektor awam berbanding sekor swasta. Keistimewaan ini tidak ditawarkan dalam sektor swasta yang hanya memotong gaji pekerja untuk caruman KWSP sahaja.

Sektor swasta pula memberi pilihan kepada anggota untuk memilih samada ingin meneruskan pencaruman KWSP atau skim pencen.

Skim pencen ini membolehkan penjawat awam terus menerima sebahagian daripada gaji mereka selepas bersara dalam bentuk duit pencen.

Ini bermakna, walaupun tidak lagi berkhidmat, pesara kerajaan masih tetap menerima sebahagian daripada gaji mereka sehingga akhir hayat mereka.

(iv) Gaji

Walaupun gaji yang ditawarkan dalam sektor awam tidak selumayan sektor swasta, namun kadar kenaikan gaji tahunan adalah tetap setiap tahun dalam amaun yang berbeza mengikut gred dan kumpulan jawatan.

Perkara ini tidak dinikmati oleh pekerja swasta yang berdepan dengan kenaikan gaji yang tidak menentu.

(v) Terjamin

Walaupun kerajaan sekarang mengamalkan ‘exit polisi’ yang boleh menyebabkan penjawat awam dibuang kerja, namun perkara tersebut merupakan perkara terakhir yang akan dikenakan kepada mereka.

Selain daripada itu, faktor ekonomi atau pandemik tidak akan mengganggu gugat kedudkan penjawat awam.

Ini terbukti semasa dunia dilanda pandemik covid-19, ramai pekerja swasta yang terpaksa diberhentikan kerja kerana majikan tidak mampu membayar gaji mereka.

Berbeza dengan penjawat awam yang masih boleh terus bekerja walaupun terpaksa bekerja dari rumah.

(vi) Pinjaman Kerajaan

Keistimewaan sebagai penjawat awam adalah mereka boleh membuat pinjaman daripada kerajaan untuk membeli rumah, tanah dan perkara lain dengan kadar faedah bayaran balik yang lebih rendah berbanding pinjaman bank konvensional.

Pinjaman kerajaan yang paling popular adalah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

(vii) Pendidikan

Bekerja sebagai penjawat awam tidak bermakna anda tidak boleh lagi meyambung pelajaran. Ini kerana setiap kementerian ada menawarkan tajaan atau hadiah untuk menyambung pelajaran di peringkat seterusnya.

Malah pihak SPA sendiri juga ada menawarkan tajaan seumpama ini.

Ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pegawai tersebut yang sudah semestinya akan meningkatkan prestasi kementerian dan kerajaan.

(viii) Tuntutan

Semasa menjalankan tugasan rasmi di luar kawasan, penjawat awam boleh membuat tuntutan terhadap segala perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tempoh tugasan rasmi tersebut.

Ini termasuk tuntuan perjalanan, tiket-tiket pengangkutan, bayaran sewaan hotel, elaun lojing, elaun makan, bil dobi, bil tempat letak kereta dan sebagainya.

(IX) Kenaikan Pangkat

Proses kenaikan pangkat dalam sektor awam lebih terjamin dan telus berbanding sektor swasta.

Terdapat skim yang menggunakan sistem tempoh perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

Ini bermakna lambat atau cepat, penjawat awam pasti akan naik pangkat atau gred selepas cukup tempoh perkhidmatan

(X) Kesihatan

Bagi penjawat awam yang menerima rawatan di hospital kerajaan, mereka tidak perlu membayar sebang kos.

Fasiliti di hospital kerajaan juga kini setaraf fasiliti di hospital swasta.

(XI) Manfaat Keluarga Terdekat

Sebagai penjawat awam, bukan sahaja diri mereka yang menerima manfaat kesihatan, malah keluarga terdekat juga turut menerima manfaat tersebut.

Sekiranya terdapat keluarga terdekat yang menerima rawatan ataupun pembedahan di hospital kerajaan, penjawat awam tersebut boleh mengeluarkan GL (Guarantee Letter) miliknya untuk menanggung segala kos rawatan dan pembedahan tersebut.

(XII) Lebih Dipercayai

Sekiranya ingin membuat pinjaman bank untuk membiayai perumahan, kereta, peribadi dan pinjaman pembelian barangan lain, pihak bank akan lebih percaya dan mudah untuk meluluskan permohonan penjawat awam kerana mereka tahu bekerja sebagai penjawat awam lebih terjamin pendapatan.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia