Contoh Surat Rasmi & Format Kerajaan Terkini tahun 2022 yang simple / ringkas tetapi tepat dan betul
Dengan peredaran teknologi yang begitu pesat sekarang, ia tidak merencatkan penggunaan surat seperti ini samada dalam bentuk fizikal mahupun secara digital dalam aspek perhubungan.
Di peringkat agensi kerajaan, surat format seperti ini masih kerap digunakan untuk pelbagai urusan.
BACA SINI: Contoh surat tunjuk sebab
Oleh itu penting penjawat awam dan kakitangan kerajaan tahu bagaimana cara tulis surat rasmi kerajaan yang betul kepada jabatan ada agensi lain.
Senarai Kandungan Penting:
Contoh Surat Rasmi 2022
Dikongsikan di sini, contoh karangan surat kiriman rasmi permohonan yang ditulis untuk tujuan pelbagai urusan termasuk permohonan kerja, bantuan kerajaan, aduan kepada agensi kerajaan, sumbangan derma, jemputan, surat rayuan kemasukan ke institusi pendidikan di Malaysia.
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
CONTOH SURAT BERHENTI KERAJAAN | SURAT BERHENTI KERJA |
CONTOH SURAT ADUAN (DALAM FORMAT WORD) | SURAT ADUAN |
CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN | SURAT PENGESAHAN MAJIKAN |
CONTOH SURAT TIDAK HADIR (MESYUARAT / KERJA) | SURAT TIDAK HADIR |
CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN | Akan dikemaskinikan |
NOTA: Contoh surat rasmi aduan seperti di jadual atas boleh diaplikasi untuk isu kutipan sampan, pembuangan sampah, salah laku, pencerobohan tanah, gangguan bekalan air / elektrik, kerosakan rumah, kebersihan dan ain lain lagi.
Tips & Cara Tulis Surat Rasmi
- Apabila bercakap tentang urusan rasmi, anda perlu memastikan ejaan dan tatabahasa yang digunakan adalah betul
- Ayat dalam surat tidak perlu meleret-leret. Cukup sampaikan dalam ayat dan perenggan yang simple dan ringkas tetapi mudah difahami oleh pembaca surat anda
Format Menulis Surat Kiriman Rasmi Kerajaan Terkini
Kami akan bantu anda berkongsi contoh format surat rasmi kerajaan mengikut urusan bermula dengan kepala surat dan seterusnya…
- Semestinya anda perlu gunakan kertas rasmi jabatan anda yang ada letter head (kepala surat jabatan anda)
- Sertakan nombor rujukan surat bahagian atas kanan surat
- Letakkan tarikh surat anda di bawah nombor rujukan
- Letakkan nama penerima (menggunakan gelaran kebesaran yang diterima) / jabatan yang bakal menerima surat
- Anda dahulukan penulisan surat anda dengan panggilan yang official seperti TUAN / PUAN / DATUK / TAN SRI
- Tajuk surat (mesti diboldkan)
- Anda dahulukan penulisan surat anda dengan panggilan rasmi seperti TUAN / PUAN / DATUK / TAN SRI
- Tajuk surat (mesti diboldkan)
- Sambungannya boleh rujuk di sini, https://www.icu.gov.my
Anda boleh dapat gambaran yang lebih jelas untuk menulis dengan format yang tepat dan betul dengan merujuk contoh gambar seperti di bawah ini


Contoh untuk anda menulis alamat adalah seperti di bawah ini yang boleh anda rujuk dan gunakan:
Ketua Setiausaha Kanan,
Pentadbiran Am, Jabatan Ketua Menteri
Aras 8, Blok A6, Kompleks Ketua Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak
30000 PERAK.
(u.p: Encik Abdul Rauf Bin Muhd Maarof)
Seksyen Pentadbiran
Contoh Format Memo Kerajaan


NOTA: Contoh format menulis memo kerajaan hanya sesuai ditulis untuk tujuan diagihkan kepada unit / seksyen / bahagian bawah urusan agensi anda untuk tujuan makluman kepada mereka.
Diharapkan dengan contoh surat rasmi yang dikongsikan seperti di atas dapat membantu anda menulis dengan betul.
Dengan harapan surat tersebut dapat menyelesaikan urusan anda dengan pihak berwajib untuk urusan yang official.