Ranking Top 10 Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2019, sekolah manakah yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang?
Berikut kami kongsikan senarai sekolah terbaik STPM 2019 yang cemerlang dalam keputusan STPM keseluruhan 2019 (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) yang akan diumumkan pada 25 Februari 2020.
Pada tahun lepas, telah meningkat dalam semua kriteria pengukuran untuk pencapaian calon STPM 2018 secara keseluruhan dan ianya sekaligus berjaya mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada tahun 2013.
Analisa keputusan STPM 2019 boleh dirujuk untuk analisis pencapaian terkini.
Senarai Kandungan Penting:
Ranking Sekolah STPM Terbaik Tahun 2020
Berikut di bawah adalah senarai sekolah terbaik keputusan SPTM tahun 2019. Untuk tahun 2020 akan dikemaskikan.
Berdasarkan kepada pencapaian purata gred masing-masing iaitu yang mempunyai Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi, sekolah yang disenaraikan ini telah menerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Senarai Sekolah Terbaik STPM 2019 (Top Sekolah Mengikut Negeri Di Malaysia)
Berikut adalah antara sekolah terbaik STPM 2019 (kerajaan) di beberapa negeri yang dinyatakan. Sebagai perbandingan, juga dikongsikan senarai sekolah terbaik STPM 2017 dan 2016.
Tahun 2020
Akan dikemaskinikan
Tahun 2019
Pahang
- SMK Triang, Bera – calon PNGK 4.0 paling ramai
- SMK Dong, Raub -mendapat Gred Purata Sekolah 3.39 mata
- SMK Seri Jengka – sekolah paling cemerlang pencapaian 4P
Terengganu
- Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM) – 3.39
- Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) – mencatatkan PNGK 3.41
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas – 3.29
Johor
- SMK Sultan Ibrahim, Kulai
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya (1), Pasir Gudang
Selangor
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang
Sabah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias, Beaufort
Tahun 2018
- Sekolah Terbaik Kebangsaan : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Paduka Raja 1, Tanah Merah, Kelantan
- SMJK Chung Hwa Kelantan mendapat anugerah Terbaik STPM Tahun 2018:
Semua pelajar sekolah lulus 100% STPM
Sekolah Terbaik STPM 2018 dengan pencapaian PNGK 3.00 ke atas iaitu 3.03
Terbaik dalam Subjek Sejarah: 3.26
Akan dikemaskini dari masa kesemasa bagi senarai sekolah stpm terbaik yang lain
Buat pelajar yang bakal memasuki Tingkatan 6 (Form 6), diharapkan dengan perkongsian senarai sekolah ranking STPM terbaik 2019 ini boleh dijadikan rujukan dan panduan berguna buat anda semua.