Cara daftar SSPN i Plus login, daftar Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional Online serta tarikh cabutan pemenang RM1 juta tahun 2022
Sebagai persediaan di masa hadapan membantu kalangan ibu baoa menyediakan simpanan pendidikan sendiri untuk anak- anak mereka sambung belajar kelak di peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah tampil dengan cadangan memperkenalkan skim ini
Sasarannya adalah rakyat terutamanya kalangan ibu bapa tidak terus bergantung kepada pinjaman pendidikan melalui semakan permohonan ptptn.
Dengan bayaran komitmen bulanan yang anda sebagai ibu bapa lakukan, anda akan dilindungi dengan perlindungan takaful.
Individu yang berminat untuk membuat simpanan SSPN secara pembayaran tetap setiap bulan boleh dibuat melalui SSPN Plus. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan seperti Pakej Intan, Pakej Delima, Pakej Topas, Pakej Zamrud, Pakej Nilam dan Pakej Berlian.
Cara Daftar SSPN Plus
Antara cara-cara untuk membuka akaun SSPN Plus adalah seperti berikut;
BACA SINI >> Corporate tax malaysia 2023
- Pemohon hendaklah melayari laman sesawang https://sspnportal.com/.
- Pemohon hendaklah memilih dengan mengklik pada bahagian pembukaan akaun seperti pada Rajah 3.0 di portal rasmi SSPN.
- Seterusnya, pemohon mestilah mengisi maklumat yang diperlukan oleh pihak SSPN seperti nama pendeposit, warganegara, no. kad pengenalan, jenis akaun, no. telefon, emel, amaun jumlah simpanan dan no kod eksekutif PTPTN.
- Klik pada bahagian “Hantar” setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Kemudian, pemohon mestilah membuat pembayaran seperti yang dinyatakan.
- Selepas berjaya membuat pembayaran, pemohon akan diberikan Surat Pembukaan Akaun SSPN Plus untuk rekod pemohon.
BACA SINI >> Pinjaman Ptptn Loan: Myptptn Online & Pejabat Near Me
PTPTN SSPN i Plus Login 2022
Semakin tinggi bayaran bulanan anda setiap bulan, semakin tinggi kelebihan pelindungan yang anda bakal nikmati dengan deretan pakej pakej yang ditawarkan kepada anda.
Cara login sspn i plus boleh check seperti di jadual di bawah ini
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Buka akaun secara online | https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/ |
Pautan untuk ptptn sspn login masuk | https://www.ptptn.gov.my sspni login |
Yang menariknya selepas 3 tahun anda boleh membuat pengeluaran sspn i plus di atas simpanan yang anda lakukan dengan syarat simpanan yang terkumpul ada sebanyak RM1,000 (minimum).
Dan anda boleh tutup akaun skim simpanan pendidikan nasional pada bila-bila masa sahaja. Tiada paksaan dikenakan terhadap anda.
Tetapi berdasarkan tinjauan Mypt3 terhadap ibu ibu yang bekerjaya, ramai memilih untuk ambil pakej ini kerana mereka merasakan ia satu “paksaan secara baik” demi masa depan kewangan dan pendidikan anak-anak mereka kelak.
Tak cukup dengan itu, pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang bakal dinikmati oleh pelanggan seperti anda.
6 Kelebihan
- Anda akan dapat pelepasan cukai sehingga RM8 ribu
- Anda boleh membuat simpanan pada setiap bulan dengan mudah melalui sistem bayaran ptptn potongan gaji yang disediakan mereka baik untuk penjawat awam ataupun kakitangan swasta. Semakan penyata sspn pun mudah untuk dilakukan
- Jangan risau, semestinya kerajaan akan jamin kesemua simpanan yang telah anda lakukan
- Pemberian kadar dividen yang amat berbaloi setiap tahun
- Mendapatkan perlindungan yang agak tinggi setiap kali ditimpa musibah dan kecelakaan
- Yang bagusnya jikalau kalangan ibu bapa yang merupakan pemegang akaun berhadapan dengan musibah penyakit kematian, pampasan yang diberikan kepada anda yang mana bakal digunakan untuk pendidikan masa depan anak anda.
Cara SSPN i Plus Penambahan Deposit
SSPN i Plus deposit perlu dibuat berdasarkan pakej yang dipilih oleh pemohon ketika membuat akaun SSPN Plus. Berikut merupakan cara mendepositkan simpanan SSPN Plus;
- Pendeposit hendaklah log masuk sspn plus login dengan melayari laman sesawang https://www.ptptn.gov.my untuk mendeposit simpanan mereka seperti pada Rajah di bawah ini.
- Kemudian, masukkan no. kad pengenalan pendeposit dan tekan pada butang “Semak”.
- Seterusnya, senarai akaun yang tertunggak akan dipaparkan dan pendeposit perlulah memilih akaun mana yang ingin membuat pembayaran deposit dan klik pada butang “Seterusnya”.
Cara Semakan Penyata SSPN Plus
Semakan Penyata SSPN Plus juga boleh dibuat secara atas talian.
Ini dapat memudahkan para pemegang akaun SSPN Plus untuk menyemak simpanan mereka dengan mudah dan efektif.
Semakan penyata sspn login tersebut boleh dibuat pada laman sesawang https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama seperti pada Rajah di bawah ini.
- Kemudian, no. kad pengenalan dan kata laluan yang disahkan mestilah diisikan dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Pengguna akan dipaparkan dengan maklumat penyata simpanan berdasarkan simpanan yang telah dibuat oleh pengguna.
- Akhir sekali, anda boleh mencetak penyata tersebut untuk tujuan rekod peribadi anda.
Tarikh Cabutan Pemenang SSPN RM1 Juta 2022
Akan dikemaskinikan baik cabutan sspn bulanan atau tahunan untuk tahun 2022
Soalan Lazim
1. Bolehkah saya mohon ada penyakit kritikal, boleh saya
Boleh