Bagaimana Cara Connect Smart Wifi Selangor Secara Percuma

Bagaimana Cara Connect Smart Wifi Selangor Secara Percuma

Sekarang ini, dunia tanpa sempadan. Jikalau satu-satu kawasan itu tiada hubungan jalur lebar, sangat pelik.

smart wifi selangor

Sesuai dengan kapisiti sebagai negeri termaju di Malaysia dan mempunyai rezab negeri yang cukup besar, kerajaan negeri berbesar untuk beri wifi Selangor percuma kepada rakyat di Selangorku untuk menggunakannya.

Dengan harapan, dengan ada kemudahan wifi secara percume ini di seluruh negeri Selangorku dapat membantu pelajar, guru, usahawan, golongan berpendapatan rendah dan menengah serta pelancong dapat berhubung dan memanfaat kemudahan yang ada untuk memudahakn urusan masing-masing.

5 Langkah Untuk Connect dan Login Smart Wifi Selangor

1. Semestinya pertama sekali, anda perlu memastikan anda menerima signal terlebih dahulu WIFI Smart Selangor ini.

  • Kepantasan sambungan Wifi Smart Selangor : WIFI 4G
  • Penyedia projek : TM

2. Selepas anda cuba connect wifi Selangor, and boleh mula buka mana-mana website.

Walaubagaimanapun, website yang anda inginkan tidak boleh dibuka sebaliknya akan terpapar halaman daftar atau register Wifi Selangor.

3. Anda perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Selepas anda isikan segala butiran dan maklumat yang diperlukan, anda sudah boleh mula akses menggunakan usernama dan password yang telah anda tetapkan sebelum ini semasa pendaftaran dilakukan.

4.Nah, anda sudah boleh mula menggunakan kemudahan ini secara percuma selam tempoh 30 minit setiap kali anda connect dan login

5. Cuma ingin diingatkan di sini, kemudahan  ini sesuai untuk anda semak Facebook, Twitter, Instagram, media sosial yang lain termasuk blog untuk informasi. Tetapi jikalau anda mahu tonton video mungkin anda akan menghadapi masalah kerana kelajuannya dikawal.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...