Tiada Lagi Skim Pencen & Dimansuhkan Untuk Kakitangan Baru?


Tiada Lagi Skim Pencen & Dimansuhkan Untuk Kakitangan Baru tahun 2020?

skim pencen

Sebab apa ramai yang mahu bergelar penjawat awam, sebab banyak kelebihan yang bakal dinikmati mereka. Antaranya pinjaman yang cukup mudah, ada pilihan untuk penerima bayaran pencen selepas bersara, pelbagai tawaran elaun dan kenaikan gaji penjawat awam serta pangkat.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah memberikan jaminan kepada semua penjawat awam tidak menerima kesan besar dengan skim pencen 2020. Untuk penjawat awam sedia ada sekarang ini skim pencen tidak dimansuhkan atau dihapuskan atau ditamatkan untuk anda. Tetapi….

SEMAK SINI: Jadual gaji kerajaan dan tarikh setiap bulan

Tetapi untuk kakitangan awam yang baru seperti anak-anak anda akan datang atau anak-anak anda, berkemungkinan besar akan menerima kesan pembaharuan dan rombakan ini. Butirannya di bawah ini….

2 Fakta Skim Pencen 2020

BACA SINI: Jadual pencen 2022 tarikh bayaran setiap bulan untuk pesara kerajaan

1) Untuk mana-mana penjawat awam yang sudah sah jawatan dan telah menurunkan tandatangan perjanjian skim pencen, anda tetapi terima pencen seperti yang dalam perjanjian seperti biasa apa mula bergelar pesara kerajaan kelak.

BACA SINI >> Bantuan pesara kerajaan 2022 bajet 2023: kad pencen kwap

Ini kerana anda dilindungi di bawah :

  • Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan (Perlindungan Hak-hak Pencen) yang mana Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) akan bertanggungjawab terhadap skim anda

BACA SINI: Jawatan Kosong Kerajaan & Cara Memohon Kerja 2022

Sekarang ini bayaran pencen adalah 60 peratus daripada gaji pokok jikalau berkhidmat 30 tahun 50 peratus kalau 25 tahun.

Jadi sangat-sangat mustahil untuk dimansuhkan dan dihapuskan kerana ia dilindungi PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Dan untuk ubah PERLEMBAGAAN MALAYSIA snagat-sangat sukar dan hampir mustahil.

2) Walaubagaimanapun untuk kakitangan awam yang baru mungkin besar akan terkesan dengan skim pencen 2020. Bermula tahun 2020, berkemungkinan tiada lagi skim pencen. Akan digantikan dengan skim lantikkan kontrak.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun hantar cadangan dan kajian mereka kepada jemaah menteri dan jawatan kuasa terlibat.

Semuanya akan dilaksanakan apabila ia dimuktamatkan selepas mendapat persetujuan barisan kabinet Malaysia dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

5 Info Skim Lantikkan Kontrak

1) Anda tidak akan terima skim pencen lagi. Digantikan dengan KWSP

2) Skim gaji anda bakal terima adalah lebih tinggi berbanding kakitangan yang terima skim pencen

3) Tawaran untuk anda bekerja sebagai penjawat awam adalah secara kontrak sahaja.

4) Kemudahan pinjaman perumahan dan pinjaman kereta mungkin akan digantikan dengan pemberikan elaun penjawat yang lebih tinggi

5) Akan ada juga perkhidmatan yang akan ditawarkan jawatan tetap, tetapi BUKAN SEMUA. Dan Lantikan tetap ini juga akan ditawarkan pilihan samada mahu terima pencen atau tidak.

Punca Skim Pencen Dihapuskan

Sekarang ini untuk pembayaran pencen sahaja setiap tahun dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun. Satu jumlah yang agak besar untuk kerajaan Malaysia.

1) Kerajaan Malaysia merasakan terbeban dengan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung setiap tahun untuk menyediakan bajet yang tinggi untuk membayar gaji kerajaan dan pembayaran pencen kepada golongan pesara.

2) Kerajaan bakal jimat RM5 bilion setahun dengan rombakan skim baru ini

3) Kerajaan Malaysia akan memperoleh kakitangan awam yang benar-benar komited untuk bekerja, dan mudah untuk menyingkirkan dan membuang kakitangan awam yang tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan

4) Kerajaan Malaysia ingin mengurangkan saiz dan jumlah penjawat awam di Malaysia. Berdasarkan jawapan dan penjelasan Timbalan Menteri Undang-undang Hanifa Maidin baru-baru ini yang mana pengurangan dianggarkan sekitar 5 peratus dengan pelaksanaan skim yang baru ini kelak

Jadi kepada ibu bapa yang ada anak-anak yang merancang masuk ke dalam sektor kerajaan ini berita terkini untuk makluman anda semua.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603491/mekanisme-baharu-ganti-skim-pencen-perkhidmatan-awam

P/S : Kepada geng Cuepacs usah lagi mohon untuk ditambah umur persaraan yang akhirnya menidakkan peluang golongan muda untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Cukuplah!

PP/S : Kepada kakitangan baru 2020, gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Jaga disiplin, jaga produktiviti, jaga kualiti kerja.

PPP/S : Berita ini juga berita kurang baik untuk penjawat awam lama yang masih dalam status kontrak yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk diserapkan dalam kerajaan.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia