Skim Myhome BSN: Diskaun RM4,800 Pinjaman Rumah Pertama

Skim Myhome BSN: Diskaun RM4,800 Pinjaman Rumah Pertama

myhome

Biasa jikalau mahu mencari dan beli rumah pertama, macan-macam perkara bermain di fikiran bukan. Mampukah bayar bayaran ansuran bulanan, nak bayar itu lagi, ini lagi. Akhirnya perancangan beli rumah terhenti sekerat jalan dek kerana kekangan kewangan.

Dan….Kepada kalangan bujang atau yang baru berkahwin sedang mencari-cari rumah pertama, ini berita baik untuk anda.

Sekali lagi kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional BSN memperkenalkan semula satu program dan skim pembiayaan dan pinjaman perumahan yang cukup ‘HOT’ dan mendapat permintaan ramai, iaitu Skim Pembiayaan Beli (SPB) 2020. Skim Pembiayaan Belia ini diletakkan di bawah Skim Myhome BSN

Dengan skim pinjaman perumahan inilah lebih 100,000 golongan belia yang berjaya beli rumah dengan cukup mudah. Bagaimana mudah? Mari kami kongsikan kepada anda keistimewaan yang diberikan kepada pembeli rumah pertama melalui skim myhome BSN ini.

Skim Myhome BSN 2020

1) Bank Simpanan Nasional mendahulukan kelulusan pinjaman perumahan di bawah skim ini, kepada sesiapa daripada anda di sini yang hantar permohonan kepada mereka. Jadi, siapa cepat, dia dapat. Jika terus berminat, boleh

PERKARAPAUTANNYA
Portal Rasmi BSN MYHOMEKLIK SINI
Download Borang PermohonanDOWNLOAD SINI

2) Anda boleh pilih mana-mana projek perumahan yang ada di Malaysia untuk beli baik di negeri anda di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Pulau Pinang.

skim myhome bsn

3) Pastikan harga rumah yang anda mahu beli itu tidak lebih RM500,000

4) Menariknya, jikalau anda lulus pinjaman perumahan skim pembiayaan belia di bawah skim myhome BSN ini, anda dapat diskaun atau subsidi atau potongan bayaran bulanan sebanyak RM200 untuk tempoh selama 24 bulan pertama (2 tahun pertama). Apa maksudnya?

  1. Anda beli rumah RM180,000 dengan deposit rumah RM18,000, bayaran bulanan anda sepatutnya sekitar RM807 sebulan untuk tempoh 30 tahun. Tetapi dengan skim ini anda dapat jimat duit banyak.
  2. Ini kerana nda anda perlu bayar bayaran bulanan sebanyak RM607 sebulan untuk 2 tahun pertama. Bermula 3 tahun dan seterusnya, barulah andaa bayar semula RM807 sebulan.
  3. Faham?
  4. Melalui dua tahun ini sahaja melalui skim ini, anda sudah dapat jimat RM4,800
  5. Dengan RM4,800 ini boleh bantu anda tukar tayar, bayaran insuran dan road tax kereta dan macam-macam lagi.
    Berbaloi-baloi

5) Satu lagi, jikalau anda beli rumah di bawah skim pembiyaan belia (SPB), anda mendapat pengecualian dan pelepasan duit setem 100 peratus untuk perjanjian pindah milik atau perjanjian pinjaman. Tidak perlu bayar. PERCUMA!

Sudah tahu apa kelebihan dan keistimewaan skim ini? Apa syarat kelayakan ditetapkan di bawah skim ini:

Syarat Kelayakan

  1. Anda mesti memegang status warganegara Malaysia
  2. Umur anda mestilah berada di antara 25 tahun hingga 40 tahun sahaja
  3. Pastikan pendapatan dan gaji isi rumah anda tidak lebih RM10 ribu sebulan
  4. Anda merupakan salah seorang yang sedang berkira-kira mendapatkan rumah pertama dalam hisup dan keluarga anda.

skim rumah pertama

Apa dokumen yang perlu anda bawa semasa memohon adalah seperti berikut:

(i) Dokumen Penjawat awam atau Pekerja swasta

  • Borang permohonan pinjaman perumahan BSN
  • Salinan Mykad (Kad Pengenalan)
  • Salinan slip gaji
  • Perjanjian SNP (Sales & Purchase Agreement) atau bukti pembayaran deposit rumah
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir
  • Salinan penyata KWSP untuk kakitangan swasta
  • Surat majikan yang mengesahkan pekerjaan anda
  • Borang EA atau Borang EC

(ii) Bekerja sendiri

  • Borang cukai pendapatan (B/BE) dan resit pembayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN
  • Sijil SSM
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini

Jikalau anda berminat boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN terdekat dengan anda untuk tujuan permohonan. Ingat, siapa cepat dia dapat!

P/S : Jika aanda merasakan skim ini sesuai untuk adik beradik anda atau kawan-kawan anda yang rapat, boleh terus SHARE pengumuman baik ini di Facebook dan Whatapps mereka!

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top