Singapore Airlines Promotion: Booking Ticket Flight 2023


Booking Ticket Singapore Airlines Promotion 2023 Flight airline

singapore airlines promotion 2023

Syarikat ini berpegang dengan slogan “A Great Way to Fly” mengangkat syarikat penerbangan Singapura ini menjadi syarikat penerbangan yang terbaik di dunia menurut Skytrax.

Matlamat utama Singapore Airlines adalah menawarkan pengalaman penerbangan yang bernilai bersama syarikat penerbangan ini. Ini menjadikan Singapore Airlines pilihan utama para pelancong dalam negara dan luar negara.

BACA SINI >> Emirates airlines malaysia: harga booking ticket flight emirate

Singapore Airlines juga terdiri daripada pesawat seperti Airbus A350-900, Airbus A380-800, Boeing 777-300ER, Boeing 787-10, Boeing 737-8 dan Boeing 737-800 NG yang menjanjikan keselesaan dan kemewahan sepanjang penerbangan ke destinasi antarabangsa.

Cara Daftar Akaun Singapore Airlines Online

Singapore Airlines menjadi pilihan ramai pelancong asing kerana perkhidmatan yang ditawarkan dan juga percapaian yang cemerlang tahun berganti tahun.

Ini sekali gus memberi kepuasan kepada pelancong untuk terbang bersama Singapore Airlines. 

Bagi memudahkan penumpang menempah tiket bersama Singapore Airlines promotion, penumpang perlu mendaftar akaun Singapore Airlines terlebih dahulu.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun Singapore Airlines;

singapore airline booking
  • Klik pada bahagian “Sign Up” untuk mendaftar akaun bagi pengguna pertama kali.
  • Masukkan butiran maklumat penumpang seperti pada Rajah di bawah dan klik pada butang “Continue”.
singapore air economy
  • Penumpang akan menerima notifikasi yang menunjukkan penumpang berjaya membuat akaun Singapore Airlines dan sekali gus menjadi ahli Singapore Airlines.
  • Akhir sekali, penumpang perlu membuat pengesahan akaun di alamat emel penumpang sebelum dapat menggunakan akaun yang telah didaftarkan dibawah nama pengguna.

Cara Log Masuk Singapore Airlines Login Online

Setelah pengesahan akaun Singapore Airlines penumpang berjaya, penumpang boleh mula log masuk ke akaun mereka pada bila-bila masa untuk membuat penempahan tiket dan hotel.

Penumpang boleh mengakses Singapore Airlines dengan langkah-langkah log masuk ke akaun seperti berikut;

  1. Layari laman sesawang portal rasmi Singapore Airlines di https://www.singaporeair.com
  2. Klik pada butang “Log In”.
  3. Masukkan emel dan kata laluan seperti pada Rajah di bawah ini.
  4. Klik pada butang “Log In”.
  5. Akhir sekali, menu utama akan dipaparkan.
singapore airways

 

Singapore Airlines menyediakan perkhidmatan penempahan secara atas talian yang efektif untuk memudahkan penumpang membuat penempahan tiket. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat penempahan tiket Singapore Airlines secara atas talian;

  • Layari laman portal rasmi https://www.singaporeair.com  dan log masuk ke akaun pengguna.
  • Klik pada bahagian “Book Flights”.
  • Masukkan destinasi pelepasan, destinasi ketibaan, tarikh penerbangan dan bilangan penumpang seperti pada Rajah 5.0 dan klik pada butang “Search”.
singapore flights booking
  • Senarai harga dan masa penerbangan pada tarikh yang dipilih akan dipaparkan seperti pada rajah di bawah ini
  • Klik pada mana-mana pilihan masa dan harga yang diingini oleh pengguna.
singapore flight booking
  • Klik pada butang “Select” seperti pada Rajah di bawah ini
singapore airlines economy class
  • Kemudian, klik pada butang “Proceed”.
  • Masukkan informasi penumpang dengan betul dan tepat, kemudian klik pada butang “Seat Selection” untuk pemilihan tempat duduk.
  • Selepas itu, penumpang boleh memilih untuk membuat tambahan lain seperti tambahan makanan, bagasi dan insurans perjalanan.
  • Seterusnya, klik pada “Continue to Payment” untuk membuat pembayaran.
  • Akhir sekali, pengguna mestilah memasukkan butiran kad debit/ kad kredit pengguna untuk membuat pembayaran tiket seperti yang dipaparkan dengan klik pada butang “Make Payment”.
  • Pengguna akan menerima emel setelah pembayaran dibuat sebagai tanda pengesahan pembelian tiket Singapore Airlines.

BERAPA HARGA SINGAPORE AIRLINES BUSINESS CLASS DAN SENARAI KEMUDAHAN

Harga Tiket Singapore Airlines Business Class

Boeing B777-300ER dan Airbus A350-900 bagi Singapore Airlines menawarkan kelas perniagaan yang cukup mewah dan bertaraf 5 bintang.

Ini bertujuan untuk memastikan setiap penumpang selesa dan berpuasa hati dengan perkhidmatan yang disediakan sepanjang perjalanan.

Antara kemudahan yang disediakan di kelas perniagaan ialah tempat duduk yang luas dengan sandaran 132 darjah dan boleh dilipat menjadi katil bagi perjalanan jauh, TV LCD berskrin 18 inci dan ruangan tempat duduk yang luas.

Kelas perniagaan bagi penerbangan Singapore Airlines juga pernah dinobatkan sebagai kelas perniagaan terbaik dunia oleh Skytrax.

Berikut merupakan kadar harga sehala bagi penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi dibawah adalah seperti berikut;

DESTINASIHARGA (RM/sehala)
Flight to Dubai13422
Flight to London20316
Flight to Paris12452
Flight to Istanbul10155
Flight to Switzerland12289
Flight to Melbourne130771
Fligth to Singapore1820

Jangan tidak tahu, akan dapat tawaran promosi harga tiket business class promotion 2023 yang berbaloi untuk anda dapatkan. Jadi sangat penting untuk mengikut dan melanggan email dengan mereka.

Harga Tiket Singapore Airlines First Class

Boeing 777-300ER menawarkan kabin kelas pertama untuk penerbangan Singapore Airlines promotion.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam kabin kelas pertama adalah hiburan tanpa had dengan adanya skrin TV LED 24 inci, pencahayaan yang boleh dilaras oleh penumpang untuk keselesaan semasa penerbangan, tempat duduk yang lebar serta boleh dijadikan katil dan tempat duduk yang dilapisi kulit dan mahogani.

Berikut merupakan kadar harga sehala bagi penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi dibawah adalah seperti berikut;

DESTINASIHARGA (RM / sehala)
Kuala Lumpur to Dubai15202
Kuala Lumpur to London27216
Kuala Lumpur to Paris24218
Kuala lumpur to Istanbul13765
Kuala Lumpur to Switzerland239521
Kuala Lumpur to Melbourne14684
Kuala Lumpur to Singapura2030

Singapore Airlines Manage Booking Online

Setiap penempahan tiket Singapore Airlines boleh diurus dengan mudah melalui portal rasmi Singapore Airlines.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengakses pengurusan terhadap tempahan tiket secara atas talian;

singapore airlines manage booking
  1. Layari laman portal rasmi https://www.singaporeair.com  dan log masuk ke akaun pengguna.
  2. Klik pada bahagian “Manage Booking” seperti pada Rajah di atas ini
  3. Masukkan nombor tempahan dan nama keluarga, kemudian klik pada butang “Manage booking”.
  4. Pengguna boleh meminda tempahan sama ada untuk membuat tambahan bagasi, pemilihan makanan, pemilihan tempat duduk, pertukaran tarikh penerbangan atau banyak lagi.
  5. Akhir sekali setelah pindaan atau tambahan dibuat, pengguna perlu membuat pembayaran dan pihak Singapore Airlines akan menghantar tiket yang baharu menerusi emel yang berdaftar.

Cara Register Singapore Airlines Online Check In

Penumpang Singapore Airlines kini boleh membuat pendaftaran masuk secara atas talian tanpa perlu ke kaunter tiket bagi melancarkan pengurusan penerbangan penumpang.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar masuk bagi penerbangan Singapore Airlines;

singapore airlines check in online
  1. Layari laman portal rasmi https://www.singaporeair.com dan log masuk ke akaun pengguna.
  2. Klik pada bahagian “Check-In” seperti pada Rajah di bawah ini dan masukkan nombor penempahan penerbangan dan nama keluarga serta klik pada butang “Check-In”.
  3. Tanda pada nama penumpang dan klik pada butang “Continue”.
  4. Pada bahagian “Add-Ons”, penumpang boleh memilih untuk tambah bagasi, makanan dan pemilihan tempat duduk. Jika tidak perlu, pengguna boleh abaikan dengan klik pada butang “Continue”.
  5. Akhir sekali, penumpang perlu membuat pengesahan dan penumpang akan menerima Boarding Pass digital. 

Cara Check Singapore Airlines Flight Status

singapore airlines flight status

Penumpang juga boleh memeriksa status penerbangan Singapore Airlines menerusi laman portal rasmi Singapore Airlines.

Berikut merupakan cara-cara untuk memeriksa status penerbangan Singapore Airlines;

  1. Layari laman portal rasmi https://www.singaporeair.com dan log masuk ke akaun pengguna.
  2. Klik pada “Flight Status” seperti pada Rajah di atas ini
  3. Klik pada butang “By route” atau “By flight number”.
  4. Masukkan maklumat penerbangan yang dikehendaki seperti nombor penerbangan, destinasi penerbangan dan tarikh penerbangan.
  5. Kemudian, klik pada butang “Search”.
  6. Akhir sekali, status penerbangan penumpang akan dipaparkan untuk makluman penumpang.

Cara Beli Ticket Singapore Airlines Promotion 2023

YouTube video

Bagi individu yang menjadi ahli kepada Singapore Airlines, mereka akan dikenali sebagai ahli KrisFlyers.

Ahli-ahli Singapore Airlines akan menerima notifikasi airline promotions 2023 yang berkaitan dengan Singapore Airline.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan Singapore Airline promotion 2023;

  1. Layari laman sesawang portal rasmi https://www.singaporeair.com
  2. Klik pada bahagian “Special Offers” di https://www.singaporeair.com untuk menikmati promosi promosi sia airline promotions 2023 yang ditawarkan seperti pada Rajah seperti di bawah ini
harga ticket singapore airlines promotion

Free Tiket Percuma Singapore Airlines

Tahukah anda, kami berjaya dapat free 2 tiket percuma flight Singapore Airlines untuk penerbangan ke London menerusi penggunaan credit card UOB selepas diumumkan pemenang dalam Ultimate Gateway Campaign by UOB & Citibank.

Jadi untuk dapatkan free ticket flight secara percuma ada pelbagai cara lain termasuk penebusan mata ganjaran Krisflyer

SUMBER: https://www.uob.com.my

Singapore Airlines vs Emirates Mana Lagi Best

Setiap pesawat mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Singapore Airlines promotion dan Emirates bersaing rapat kerana kedua-duanya menawarkan perkhidmatan yang luar biasa. Bukan itu sahaja, kedua-duanya juga merupakan syarikat penerbangan terbaik dunia. Ianya tersebarai dalam 10 penerbangan terbaik dunia. 

Tambahan pula, kedua-dua syarikat penerbangan ini menawarkan perkhidmatan bertaraf 5 bintang dan kemudahan bertaraf dunia. Berikut merupakan perbandingan antara Singapore Airline promotion dan Emirates dalam industri perlancongan;

PESAWATSINGAPORE AIRLINESEMIRATES AIRLINES
Pengiktirafan daripada SkytraxMendapat pengiktirafan 5 bintangMendapat pengiktirafan 4 bintang
KabinTerbahagi kepada 5 jenis kabin yang mewah iaitu suite, kelas pertama, kelas perniagaan, kelas ekonomi premium dan kelas ekonomi. Rata-rata tempat duduk adalah mewah dan selesa.Terbahagi kepada 4 jenis kabin iaitu kelas pertama, kelas perniagaan, kelas ekonomi premium dan kelas ekonomi. Rata-rata tempat duduk yang ditawarkan adalah mewah, selesa dan penuh privasi.
MakananMakanan mengikut kelas dan bertemakan destinasi yang dituju. Sebagai contoh, penerbangan ke Dubai, makanannya lebih kepada makanan rugi orang Arab. Menyajikan makanan mengikut diet khusus penumpang.Makanan mengikut kelas.
Rangkaian laluanLebih 75 destinasi antarabangsaLebih 150 destinasi antarabangsa

Secara tuntasnya, menurut Skytrax Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan yang lagi menarik berbanding Emirates dari segala sudut.

Walaupunbagaimanapun, setiap penumpang merasai pelbagai pengalaman yang berbeza bagi kedua-dua penerbangan dunia.

Soalan Lazim & FAQ

1) Bila syarikat penerbangan ini ditubuhkan

Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan kebangsaan bagi kerajaan Singapura yang ditubuhkan pada 1 Mei 1947.

2) Di mana hub utamanya

Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.

3) Mana satu pesaing Singapore airline

Singapore Airlines menawarkan penerbangan 5 bintang yang bersaing rapat dengan syarikat penerbangan Qatar Airways, Emirates dan Etihad.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia